Part 1

34K 935 23
                                    

بسم الله الرحمن الرحيم

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

بسم الله الرحمن الرحيم

Streeeet!

Bunyi kerusi yang ditolak dengan sangat kuat telah menyapa telinga orang yang berada di ruang makan tersebut. Dia terbangun dari kerusi apabila mendengar kata-kata dari papanya. Hilang terus seleranya! Yang ada cumalah perasaan yang tidak puas hati menguasai diri.

"What? Bodyguard? Are you kidding me, pa?" Suaranya bergema di ruang makan tersebut. Dia seolah-olah tidak percaya apa yang dikatakan oleh papanya sebentar tadi. Ingat dia budak-budak ke sehingga perlu mengupah bodyguard?

"I'm not kidding right now, Khayra. Khayra sendiri tahu papa tengah serius sekarang ni kan?" Ucap Dato' Khairil dengan tegas.

"But why? Khayra bukan budak-budak lagi, pa. I'm 24 years old now!" Suaranya kian naik menahan amarah yang sedang membara dalam hati apabila papanya membuat keputusan sedrastik itu.

"I have my own reason. And this is for your safety too, Khayra. You are an influencer. Banyak mata yang sentiasa memerhati pergerakan Khayra, I don't want anything happen to you," ucap Dato' Khairil dengan lembut. Dia kenal benar anaknya yang seorang ini, terlalu ego, keras kepala dan tidak suka diarah. Oleh itu, dia perlu menggunakan cara yang paling lembut supaya anaknya boleh menerima keputusannya itu.

Khayra berdecit ketika mendengar kata-kata papanya itu. "Oh really? It's not because of mama?" Soalnya dengan sinis.

"What do you mean, Khayra Soffeya?" Soal Dato' Khairil dengan suara yang dinaikkan seoktaf apabila mendengar soalan dari anaknya itu.

"Papa tak nak Khayra jumpa mama kan? Papa nak halang Khayra jumpa mama kan? Just tell me the truth, pa! Tak perlu nak berdalih lagi dengan Khayra," naik seoktaf suaranya ketika mengutarakan soalan tersebut. Bukan dia tak tahu papanya mahu mengawal dirinya dari berjumpa dengan mamanya sendiri.

Dato' Khairil terdiam apabila mendengar soalan dari anaknya itu. Lidahnya seakan-akan terkelu untuk membalas sangkaan anaknya itu.

"Sampai bila papa nak macam ni? Khayra dah besar, Khayra tahu jaga diri Khayra. Kenapa papa perlu kongkong Khayra macam ni? Khayra bukan patung!" sambung Khayra lagi dengan suara yang dinaikkan sehingga bergema seluruh ruang rumah agam tersebut.

"Tak kesah lah apa yang Khayra nak cakap. Papa tetap dengan keputusan papa. Khayra jangan pernah cabar papa kalau tak nak business Khayra lingkup nanti," ugut Dato' Khairil dengan tegas.

"Khayra benci papa!" Jerit Khayra dengan geram dan terus berlalu keluar dari rumah agam itu. Dia perlu menenangkan dirinya yang sudah mula tidak terkawal disebabkan ugutan papanya itu.

 'Like the earth, we need peace to heal ourselves

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Like the earth, we need peace to heal ourselves.'

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now