Lelaki yang berada di dalam kereta tidak jauh dari banglo mewah itu tidak langsung melepaskan pandangannya dari memerhati gadis yang baru sahaja keluar dengan kereta Mercedez Benznya.
"Nampaknya dia dah keluar, tuan. Kita kena ikut dia ke?" tanya Mark yang merupakan pembantu peribadi kepada lelaki yang berada di tempat duduk belakang.
"Tak perlu, biarkan dia." Halang lelaki tersebut dengan suara serak-serak basahnya.
"Baik, tuan. Tuan ada nak pergi ke mana-mana ke sekarang?" tanya Mark sekali lagi sambil matanya melihat tuannya dari pantulan cermin belakang.
Lelaki tersebut mempunyai aura yang tersendiri membuatkan dia kagum dengan tuannya. Selain itu, lelaki itu banyak menolong keluarganya ketika dalam kesusahan. Walaupun lelaki itu terkenal dengan sikap dingin, tetapi mempunyai hati yang sangat baik. Oleh itu, dia akan setia dan sentiasa sedia berkhidmat untuk tuannya sehingga akhir nafas.
"Tak. Hantar aku ke penthouse," arah lelaki itu.
Mark menganggukkan kepalanya sekali tanda memahami arahan tuannya itu. Sejurus itu, kereta itu bergerak meluncur keluar dari kediaman mewah tersebut.
•••
Sementara itu, di tanah perkuburan kelihatan seorang gadis sedang duduk sambil memandang kubur yang berada di hadapannya.
"Abang..."
Gadis itu memanggil abangnya sambil cuba menahan diri dari mengalirkan air mata yang sudah bergenang di tubir mata.
"Kenapa abang pergi cepat sangat? Semua orang kat sini... tak sayang Khayra. Papa... papa tak sayang Khayra, abang. Papa tak pernah faham Khayra." air mata yang sedari tadi cuba ditahan akhirnya membasahi pipinya juga. Sakit yang dirasakan tak tertahan apabila dia tiada tempat untuk meluah. Orang yang sentiasa mendengar luahannya suatu ketika dahulu sudah pergi meninggalkannya seorang diri terkontang-kanting mengharungi kehidupan yang mencabar.
Flashback...
"Ha buat apa tu?!" Sergah Khayrul.
Terangkat sedikit bahu gadis yang sedang termenung ke luar balkoni apabila disergah. Gadis tersebut terus menampar lengan Khayrul dengan kuat akibat geram dengan sikap abangnya itu.
"Sehari tak kacau orang tak aman hidup ke apa?!" Marah Khayra kepada Khayrul.
Khayrul hanya ketawa tanpa rasa bersalah. "Orang dah panggil dia banyak kali, dia yang tak dengar lepastu salahkan orang pula," jawab Khayrul.
Khayra hanya memberi jelingan maut kepada abangnya yang tidak sudah-sudah menyakatnya. Tak pernah serius!
"Adik abang ni fikir pasal apa ha sampai termenung jauh sangat tu?" Soal Khayrul hairan.
Khayra mengeluh seketika. "Khayra tak nak handle company papa, abang. Tapi papa... tak habis-habis desak Khayra," luah Khayra kepada Khayrul. Abangnya itulah satu-satunya orang yang dapat dia meluah segala perasaannya selepas mamanya keluar daripada banglo kediaman mereka sekeluarga. Oleh itu, Khayra lebih selesa berkongsi masalah dengan Khayrul.
"Kalau macam tu, Khayra cuba lah berbincang dengan papa baik-baik," pujuk Khayrul dengan lembut.
Khayra berdecit kecil ketika mendengar ujaran abangnya itu. "Macamlah abang tak kenal papa tu macam mana. Semua nak ikut kehendak dia je!" rungut Khayra.
"Khayra, tak baik cakap macam tu. Walau apapun jadi, papa tetap papa kita sampai bila-bila. Lagipun, apa salahnya Khayra belajar handle company papa? Siapa lagi papa nak harapkan selain anak dia yang bongsu ni? Hm?," nasihat Khayrul.
"Abang kan ada. Abang je lah handle company tu. Kenapa suruh Khayra?" rungut Khayra lagi. Dia cukup rimas apabila papanya mendesak untuk dia handle company selepas tamat pelajarannya. Dia lebih suka menjalankan businessnya sendiri tanpa campur tangan sesiapa.
"Taknak lah abang. Khayra tahu kan abang lagi suka dengan kerja abang sekarang. Lagipun, mana tahu ajal abang datang awal, tak sempat nak handle, so Khayra je lah tolong papa, okay?" Ucap Khayrul dengan selamba.
Khayra terus mencubit lengan Khayrul dengan kuat setelah mendengar kata-kata abangnya itu. "Tak lawak lah abang! Ingat ajal ni benda main-main ke?!" Marah Khayra kepada abangnya. Dia tak suka apabila abangnya bergurau seperti itu. Dia sendiri tak dapat bayangkan macam mana hidupnya tanpa Khayrul di sisinya.
Khayrul mengaduh sakit akibat dicubit oleh adiknya itu. "Betul lah, kalau jadi apa-apa dekat abang nanti, Khayra kena janji dengan abang yang Khayra dah tak sedih-sedih dan dengar cakap papa, okay? Khayra kena sentiasa kuat!" Pesan Khayrul kepada adiknya seolah-olah itu kali terakhir perbualan mereka adik-beradik.
"Dah lah, malas layan abang. Tak habis-habis merepek!" Khayra terus melangkah masuk ke dalam biliknya dengan perasaan yang sebal. Walau apa pun jadi, abangnya tak boleh tinggalkan dia sampai bila-bila.
Ralatnya dia ketika itu kerana tidak menyedari bahawa itulah kali terakhir dia berbual mesra dengan abangnya.
'Some people will have to appreciate you by losing you.'
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒
Romance[ Book 1 ] Tengku Ayden Qaiser, seorang lelaki yang dingin dan mempunyai syarikat sendiri. Wajah yang sentiasa dipamer beku sungguh sukar hendak melihat mesranya tetapi begitu mudah tersenyum apabila melibatkan seorang gadis. Gadis yang sudah lama m...