Last Part

15.3K 518 24
                                    

Selesai sahaja membaca doa, Khayra mengucup lembut kekura tangan suaminya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai sahaja membaca doa, Khayra mengucup lembut kekura tangan suaminya. Belum sempat melepaskan tangan, tubuh dirangkul erat oleh Ayden. Terhinggut bahu dibuatnya.

"Abang!"

"Iya?"

"Terkejut Khayra tau!"

Ayden ketawa kecil.

"Abang nak peluk kekasih halal abang, tak salah kan?" Lembut Ayden bersuara.

"Memang lah tak."

"Jadi, jangan banyak cakap. Peluk je abang." Makin kuat tubuh Khayra dipeluk.

Sepi.

"Abang..."

"Iya, sayang." Lembut Ayden menyahut.

"Berapa lama dah abang simpan perasaan pada Khayra?"

"Dalam 10 tahun macam tu, kenapa sayang?"

Membulat mata Khayra mendengar bicara Ayden. Tidak berkelip bebola matanya memandang Ayden.

"Kenapa, sayang?" Tergelak kecil Ayden melihat gelagat Khayra. Comel saja dengan mata bulatnya.

"Maksudnya, umur abang waktu tu 17 tahun?"

"Iya sayang. Ingat tak waktu kita berselisih? Waktu tu lah abang mula suka pada Khayra."

"Jadi, kenapa abang tak luahkan pada Khayra?"

"Kenapa abang perlu luah pada Khayra?" Soal Ayden lembut.

"Iya lah, abang kan suka Khayra!" Bentak Khayra geram. Main-main lah dia ni!

"Khayra milik siapa?"

Khayra terdiam seketika. "Maksud abang?"

"Khayra milik Allah SWT. Jadi, kenapa abang perlu luah pada Khayra sedangkan abang boleh luah pada Allah supaya satukan hati kita dalam satu perkahwinan yang sah?" Tenang Ayden bersuara.

Lidah Khayra terkelu. Tidak mampu melawan kata-kata Ayden.

"Little girl..." tubuh Khayra dibetulkan supaya kepala Khayra bersandar pada dadanya.

"Hati manusia ini cepat berubah tau. Hari ini mungkin dia sayangkan kita, tetapi esok lusa belum tentu perasaannya sama. Jadi, mengapa kita perlu luahkan perasaan pada manusia sedangkan hatinya milik Allah swt?" Panjang lebar Ayden menyambung.

"Maksudnya... abang hanya berdoa selama ni?" Perlahan nada suara Khayra menyoal.

"Iya sayang. Abang berdoa supaya jika betul Khayralah jodoh abang, satukan lah kita dalam satu hubungan yang sah dan dekatkanlah kita pada waktu yang tepat."

"Tapi kalau Khayra bukan jodoh abang macam mana?"

"Abang mohon supaya Allah maafkan abang kerana menyayangi insan yang bukan jodoh abang. Abang sentiasa mendoakan kebahagiaan Khayra walaupun kita tidak bersama."

"Percayalah, jika betul seseorang itu untuk kita, sejauh mana pun dia berlari, Allah tetap dekatkan. Tapi jika bukan, sayanglah sejuta tahun pun, Allah tetap akan pisahkan."

"Jadi... abang tak sedih bila Khayra bukan milik abang?"

"Tipulah kalau abang kata abang tak sedih, tapi jika Khayra bukan dengan abang, bermakna Khayra akan bersama seseorang yang lebih baik dan tepat untuk Khayra, dan itu cukup membuatkan abang gembira. Kebahagiaan Khayra adalah keutamaan abang."

Mata Khayra sudah berkaca-kaca mendengar bicara Ayden. Hatinya dihambat rasa sayu. Sebegitu besarkah cinta Ayden padaya sehingga lelaki itu hanya berserah pada Allah atas segalanya?

"Percaya pada Allah, sayang. Dia pencipta seluruh makhluk dan alam. Dia lebih tahu yang terbaik untuk kita luar dan dalam." Ubun-ubun Khayra dikucup lembut.

"Abang..."

"Iya sayang?"

Tubuh dipusing menghadap Ayden. "Terima kasih hadir dalam hidup Khayra. Kewujudan abang dalam hidup Khayra, Khayra hargai sangat-sangat." Lembut nada suara Khayra. Air mata yang mengalir diseka lembut oleh Ayden.

"Jangan terima kasih pada abang, sayang. Terima kasih pada Allah. Jika bukan kerana Allah, kita takkan bersama, sayang. Dia yang menggerakkan dua hati kita untuk bersatu. Dia yang hadirkan rasa cinta dalam hati kita, sayang."

Khayra mengangguk perlahan sebelum segera memeluk Ayden erat. Wajahnya tersembam ke dada Ayden.

'Terima kasih Allah atas takdir yang indah ini.'

•••

"Ada apa kamu datang sini jumpa saya?" Tegas nada suara dilontarkan.

"Saya serius bila saya cakap saya mahu jadi bodyguard kepada anak Dato'."

"Kenapa?"

Perlahan nafas dihembus, menyalur kekuatan.

"Saya mengaku saya sukakan anak Dato'. Jadi, saya nak minta izin Dato' untuk dekati Khayra."

Lelaki itu terlihat kerut kening tidak mengerti.

"Sejak bila?"

"Sejak 10 tahun yang dulu. Saya kawan sekolah Khayra, Dato'." Ringkas sahaja dia membalas.

"Tapi Khayra bukan senang untuk dididik. Saya kenal anak saya." Sedangkan dia sebagai ayah pun susah untuk mendidik anaknya itu, apatah lagi orang asing.

Ayden hanya mengangguk perlahan.

"Saya ada cara saya yang tersendiri, Dato'. Saya cuma minta Dato' izinkan saya untuk buktikan yang saya betul-betul ikhlas mencintai Khayra." Tenang sahaja jawapan yang diberi.

"Apa jaminannya?" Senyum senget diukir untuk pemuda di hadapannya. Mahu menguji keikhlasan pemuda itu.

"Saya akan jadikan dia isteri saya yang sah." Hanya sebaris ayat tetapi mampu mendiamkan mulut Dato' Khairil ketika itu. Pemuda ini sangat berani berjumpa dengannya untuk meminta izin mendekati anaknya. Bekas kekasih Khayra pun tidak pernah bertemu dengannya walaupun sekali.

Ayden hanya melemparkan senyuman yang ikhlas sebelum senyumannya bertukar menjadi misteri.

'Finally, we met after so long. I'll never let you go this time and I promise I'll make you mine."

"Only mine."

-The End-

'You are the poem I never knew how to write and this life is the story I have always wanted to tell

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'You are the poem I never knew how to write and this life is the story I have always wanted to tell.'

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now