Part 28

7.4K 433 14
                                    

Air mata yang mengalir deras dibiarkan begitu sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Air mata yang mengalir deras dibiarkan begitu sahaja. Semakin diseka, semakin laju ia mengalir. Mengingat kembali kenangan pahit yang pernah dilaluinya amat memilukan hati. Walaupun sudah bertahun berlalu, rasanya masih sama seperti baru berlaku beberapa hari lepas.

Ayden yang tidak sanggup melihat keadaan Khayra hanya menghalakan pandangan ke depan. Apa yang dilalui gadis itu tidak pernah terlintas di kotak fikirannya.

"Cuba kau bayangkan, lepas mama papa kau bercerai, kau cuma ada abang kau je. Dia segala-galanya untuk kau. Dia mama kau, dia papa kau, dan dia juga abang kau."

"Tapi bila dia berubah sekelip mata macam tu je, sakit... sakit sangat, Ayden."

"Aku cuma harap dia takkan berubah macam mana sikap papa yang mula jadi dingin lepas cerai dengan mama. Aku harap sangat dia tak macam tu bila dia kehilangan perempuan yang dia sayang. Tapi..." mulutnya susah untuk mengeluarkan kata apabila tangisannya semakin kuat.

Ayden yang mendengar hanya mampu mengetap bibir menahan rasa.

"Dia jadi seorang yang memberontak. Jadi seorang yang pemarah. Kadang-kadang dia bercakap sorang-sorang seolah dia tengah bercakap dengan perempuan tu. Dia senyum sorang-sorang dan tiba-tiba dia akan menangis sekuatnya. Hampir setiap malam aku dengar dia merintih dan meraung sendiri."

"Aku tak kuat tengok keadaan dia macam tu, Ayden. Aku tak kuat. Abang aku sendiri berubah seteruk tu, aku tak mampu untuk kuat." Menangis dia teresak-esak. Hatinya dah tak kuat lagi bila kenangan pahit ini sentiasa bermain dalam mindanya.

"Sampai satu tahap, aku dah tak sanggup tengok dia macam tu."

"Aku lepaskan kemarahan dan kekecewaan aku dekat dia."

Dia yang sedang mengatur langkah ke bilik Khayrul cuba untuk menahan rasa amarah dalam hati. Selama ni, dia hanya tutup mata melihat penderitaan abangnya. Kali ni, dia dah tak mampu untuk biarkan saja. Semakin dibiarkan, semakin menjadi. Air mata yang mengalir diseka kasar.

Bang!

Pintu dibuka kasar sebelum matanya melihat Khayrul sedang menangis perlahan sambil mengiringkan badan di atas lantai, tangannya tidak lepas dari memegang gambar Dayana. Matanya tidak muak melihat perempuan itu walaupun sudah membengkak akibat menangis terlalu lama. Seketika, air mata Khayra menitis perlahan.

'Abang...'

Dihembuskan nafasnya kasar sebelum gambar yang berada di tangan Khayrul direntap kasar. Gambar itu dikoyak menjadi cebisan-cebisan kecil sebelum dilemparkan ke lantai.

Khayrul yang melihat terkejut sebelum cuba menghalang perbuatan Khayra. Disebabkan tubuh badannya yang lemah, dia tidak mampu melawan tenaga Khayra. Menangis dia melihat gambar itu telah dikoyak sebegitu sahaja. Cepat-cepat dia mengutip cebisan-cebisan kecil sebelum dibawa ke pelukannya. Dicium bertalu-talu gambar yang sudah dikoyak.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now