Ayden yang sedang membukakan pintu kereta untuknya hanya dilemparkan senyuman yang manis sebelum melangkah keluar kereta.
"Jumpa esok, Ayden!" Ujarnya ceria.
Ayden yang kerut kening, membalas juga, "jumpa esok juga, Cik Khayra."
Sebelum sempat dia memusingkan tubuhnya, kelihatan sebuah kereta memasuki perkarangan rumahnya. Dia hanya kerut kening sebelum satu senyuman lebar terukir indah di bibirnya.
"Mama!" Sapanya teruja sebelum melangkah ke arah tubuh itu dan memeluk erat sebaik sahaja sekujur tubuh itu keluar dari kereta.
"Mama tak cakap pun nak datang? Nasib baik Khayra baru balik tau!" Lembut tangannya menyalam Datin Safia.
"Saja lah mama nak surprise anak kesayangan mama ni." Ujar Datin Safia lembut dengan senyum manis sebelum matanya menangkah tubuh yang sedang menyaksikan drama sebabak mereka.
Ayden terus melemparkan senyum tipis ke arah Datin Safia sebelum menunduk hormat.
"Ini bodyguard Khayra ya?" Soal Datin Safia lembut.
"Ya saya, Datin. Nama saya Ayden." Balasnya mesra.
Datin Safia sekadar angguk sebelum Khayra mengajaknya masuk ke rumah agam mereka. Belum sempat kakinya melangkah masuk, sebuah lagi kereta mewah meluncur laju masuk ke perkarangan rumah sebelum sekujur tubuh keluar dari kereta dengan muka yang tegang dan bengis.
"Kau buat apa dekat sini, Safia?!" Soal Dato' Khairil kasar. Terasa dingin suasana sekeliling.
"Saya nak jumpa dengan anak saya. Salah ke?" Balas Datin Safia lembut.
"Siapa izinkan kau jumpa dia? Dan siapa yang izinkan kau masuk kawasan rumah aku?!" Bicara Dato' Khairil sangat dingin sehingga Ayden yang melihat juga terkejut dengan kelakuan Dato' Khairil.
"Nak jumpa dengan anak sendiri pun kena minta izin ke? Awak bukan suami saya lagi, dan Khayra anak saya, saya masih ada hak ke atas dia," balas Datin Safia dingin, hatinya mula panas bila bekas suaminya berkata kasar sebegitu dan seolah mempertikaikan haknya sebagai ibu Khayra.
"Hak kau dah tak ada sejak kau keluar dari rumah ni! Kau lupa ke apa yang kau dah buat?! Kau dah lupa apa yang terjadi?! Tak tahu malu ya kau datang sini seolah tidak bersalah!" Suara Dato' Khairil yang sudah naik seoktaf membuatkan semua yang melihat terkejut.
"Saya tak bersalah! Berapa kali mahu saya ulang benda yang sama?! Awak yang tak percaya saya, bukan salah saya!" Bentak Datin Safia juga dengan suara yang kian naik. Sudah cukup sabar dia dengan bekas suaminya ini!
"Kau ingat aku akan percaya ke kata-kata dari perempuan murahan macam kau ni?! Kau tak layak nak pertahankan diri dengan perangai kau yang tak semenggah ini!" Marah Dato' Khairil. Hatinya sangat membara kini. Tunggu masa untuk meletus.
"Papa!" Sejak tadi dia hanya diam melihat pertengkaran mama dan papanya tapi kini dia terpaksa menyampuk kerana kelancangan mulut papanya itu.
"Khayra jangan nak melawan cakap papa ya! Masuk sekarang!" Ditarik tangan Khayra kasar.
Tangannya yang dipegang kasar oleh Dato' Khairil dicuba untuk dileraikan. "Lepaslah papa! Khayra nak jumpa mama lah!" Bentaknya kasar sambil cuba merentap kembali tangannya.
"Eh apa awak buat ni, Khairil?! Lepaskan tangan Khayra!" Jerit Datin Safia melihat tingkah laku Dato' Khairil. Ayden yang melihatnya juga tergamam tanpa tahu harus buat apa. Dia tiada hak untuk masuk campur walaupun hatinya meronta untuk membantu. Khayra...
"Tepi, Safia! Kau jangan sibuk dengan anak aku!" Tolaknya Datin Safia dengan kasar, hampir terjelopok Datin Safia sebelum tangan Ayden naik menahannya. Dato' Khairil tutup pintu rumah dengan kuat.
"Datin okay?" Soal Ayden risau.
"Saya okay." Balasnya perlahan sebelum air matanya menitis. "Khayra... anak mama..." sayu sahaja nadanya.
Ayden yang melihat turut sebak sebelum memalingkan wajahnya ke tepi, tak sanggup melihat seraut wajah yang menyayat hati itu.
"Jangan berani kamu nak jumpa dia lagi!" Ditarik tangan Khayra masuk ke dalam bilik anaknya sebelum dikunci dari luar.
"Papa! Buka pintu ni! Papa!" Jeritnya kuat sambil mengetuk pintu biliknya dengan kuat. Air mata mula menitis laju ke pipi.
Dato' Khairil yang sedang menahan amarah melepaskan hembusan nafas yang kasar sebelum berlalu pergi dari situ.
"Papa! Papa tak boleh buat Khayra macam ni! Papa!" Dia tak berhenti mengetuk pintu itu kuat. Dia tetap mahu jumpa mamanya!
"Mama..." rintihnya perlahan sebelum badannya perlahan-lahan jatuh memeluk lutut. Segenap ruang itu hanya dipenuhi raungan dan tangisannya sahaja.
Kebahagiaan yang dia rasakan direntap dalam sesaat sahaja... Adakah dia sememangnya tidak layak bahagia, Tuhan?
'And all at once, summer collaped into fall.'
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒
Romance[ Book 1 ] Tengku Ayden Qaiser, seorang lelaki yang dingin dan mempunyai syarikat sendiri. Wajah yang sentiasa dipamer beku sungguh sukar hendak melihat mesranya tetapi begitu mudah tersenyum apabila melibatkan seorang gadis. Gadis yang sudah lama m...