Part 55

10.7K 450 0
                                    

"Selamat pagi, bos!" Teruja Lili menyapa Khayra sebaik sahaja Khayra melangkah masuk ke kafe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Selamat pagi, bos!" Teruja Lili menyapa Khayra sebaik sahaja Khayra melangkah masuk ke kafe.

"Pagi, Lili." Senyum manis diukir untuk Lili. Kaki laju melangkah ke pejabatnya.

Buka sahaja pintu, matanya membulat melihat gerangan yang berada di hadapannya sekarang sedang duduk di kerusinya sambil meletak kaki kiri ke lutut kaki kanan. Figura itu terlihat hanya senyum senget sambil memegang sejambak bunga ros putih.

"Ayden..."

"Yes, little girl?" Perlahan kaki Ayden melangkah ke arah Khayra. Tubuhnya merapat ke arah Khayra untuk menutup pintu yang terbuka di belakang Khayra.

"B—bu—buat apa kat sini?" Tergagap-gagap Khayra bersuara.

Ayden tertawa kecil. "Saya datang untuk jumpa little girl saya." Senyumnya semakij melebar ke arah Khayra.

"Oh, sebelum saya lupa... nah! For you my little girl." Sejambak bunga diberi kepada Khayra. Lambat-lambat Khayra mencapainya.

"Terima kasih."

"Anything for you, little girl."

Khayra hanya tersenyum manis.

"Jom."

"Eh ke mana?" Tiba-tiba saja jom. Nak ke mana agaknya lelaki ini.

Ayden merapatkan bibirnya ke telinga Khayra.

"Date." Suaranya yang serak basah membuatkan hati Khayra berdetak lebih laju. Tak pernah lelaki ini tak buat hatinya berdegup kencang.

Mulut Khayra terkunci. Seperti digam.

"Jom." Tubuh dijarakkan semula. Kaki melangkah ke pintu dan dibuka sedikit.

"Oh okay." Kelam kabut Khayra.

•••

"Jom masuk." Kaki Ayden sudah melangkah mendahului Khayra.

"Eh Ayden! Kejap." Khayra menghalang langkah Ayden.

"Kenapa?"

"Butik pengantin? Untuk apa?" Tanya Khayra polos.

Ayden tertawa kecil mendengar soalan Khayra.

"Kahwin lah sayang." Lembut sahaja Ayden membalas.

Khayra sudah terkulat-kulat.

"Kita kan nak kahwin tak lama lagi."

"Bila?"

Ayden meletak jari telunjuk di dagu gaya berfikir.

"2 bulan dari sekarang." Selama Ayden menjawab dengan senyum senget.

Terbeliak biji mata Khayra.

"Dua bulan? Seriously, Ayden! Mana sempat." Kuat suara Khayra seolah sangat terkejut. Gila tak terkejut, lagi 2 bulan sahaja tetapi persiapan apa pun belum dibuat.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now