Mata memandang sepi siling bilik. Tiada perasaan. Hanya wajah yang beku dipamer. Tetapi hati sesak, otak sibuk memikirkan banyak hal. Daripada tadi hanya keluhan berat yang dilepaskan. Badannya yang terbaring di atas katil diangkat. Belum sempat kakinya mencecah lantai, telefon bimbinya berbunyi nyaring. Segera diangkat apabila melihat gerangan yang menelefonnya. Lantas senyuman manis diukir.
"Assalammualaikum mama."
"Wa'alaikumussalam, Khayra. Khayra, tengah buat apa tu? Sihat ke?" Lembut sahaja suara Datin Safia. Penuh dengan aura keibuan.
"Tak buat apa pun. Khayra baru balik dari kafe, nak mandi. Khayra sihat. Mama sihat? Mama tengah buat apa?" Soal Khayra pula. Tadi fikirannya agak kusut tetapi apabila mendengar suara mamanya, terus hilang kekusutan. Tenang sahaja rasanya.
"Mama pun sihat, sayang. Mama baru lepas makan tadi."
Hanya anggukan yang dibalas Khayra walaupun Datin Safia tidak nampak.
"Erm... papa macam mana? Sihat? Is he okay?" Tak dapat dibendung kerisauan pada suaranya. Sejak dari hal dia dihalau sehingga kini, tak berhenti kepalanya memikirkan tentang itu. Tidak tenang dibuatnya.
Khayra melepaskan keluhan berat.
"Papa okay, sihat je." Perlahan suara Khayra berbicara.
"Oh baguslah macam tu." Sedikit lega dirasakannya.
"Mama..."
"Iya, sayang."
"Why you still ask about him? Papa dah buat macam-macam pada mama. But still... mama masih ambil berat. Seriously, ma? Why?" Bentak Khayra sedikit kasar. Tidak puas hati sebetulnya. Dia tak faham kenapa mamanya masih kisah pasal papa walaupun sudah ditengking, dihalau malah diceraikan. Tetap juga mengambil peduli. Kuat betul hati wanita itu.
Datin Safia tersenyum mendengar soalan Khayra.
"The power of love, i guess." Kedengaran tawa hambar keluar dari mulutnya diakhir kata.
Khayra hanya melepaskan keluhan berat.
"Khayra, bila kita sayang seseorang, apa pun salah yang dia buat, kita tetap tak boleh membencinya. Rasa sayang melebihi rasa amarah."
Bukan mudah untuk membenci orang yang kita sayang. Orang yang pernah membuat kita bahagia walaupun seketika. Kenangan manis bersama menguatkan lagi perasaan sayang yang sudah lama dipupuk.
"Tapi..."
"Same goes to you, dear. Jangan bencikan papa. Kita tak tahu apa yang dia rasa dan apa yang ada dalam fikiran dia. Apa yang dibuat semuanya bersebab. Walaupun kita tak boleh terima sebabnya." Pintas Datin Safia lembut.
"Tapi papa patut fikir perasaan mama juga. Khayra yakin mama tak salah. Kenapa papa tak boleh percayakan mama macam Khayra percayakan mama?" Kesal dirasakan kini. Kesal dengan sikap papanya yang suka tuduh melulu tanpa mendengar penjelasan orang lain. Terasa diri sendiri sahaja betul.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒
Romance[ Book 1 ] Tengku Ayden Qaiser, seorang lelaki yang dingin dan mempunyai syarikat sendiri. Wajah yang sentiasa dipamer beku sungguh sukar hendak melihat mesranya tetapi begitu mudah tersenyum apabila melibatkan seorang gadis. Gadis yang sudah lama m...