Part 51

9.2K 441 4
                                    

Sedang ralit dia menyiram pokok bunga, rumahnya didatangi sebuah kereta mewah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sedang ralit dia menyiram pokok bunga, rumahnya didatangi sebuah kereta mewah. Perlahan kereta itu memasuki perkarangan rumahnya. Dahi sudah berkerut melihat. Macam kenal kereta itu. Perlahan kaki menghampiri figura yang baru keluar dari kereta. Membulat matanya melihat figura itu.

Atas sebab apa lelaki ini datang sini?

"Assalammualaikum." Perlahan nada suara figura itu.

"Wa'alaikumussalam. Iya?" Lembut Datin Safia menjawab salam.

"Saya nak bercakap dengan awak sekejap boleh?" Pinta Dato' Khairil lembut.

"Boleh, tapi cakap di sini saja ya? Rumah tak ada orang, tak manis orang lihat." Dia bukan apa, mereka sudah tiada apa-apa ikatan jadi tidak dibolehkan mereka untuk berdua-duaan.

Dato' Khairil hanya mengangguk perlahan.

Sunyi. Tiada sebarang suara, hanya sepi. Datin Safia yang sudah tidak keruan dengan kecanggungan itu, memulakan bicara.

"Ada apa ya nak jumpa saya?"

"Saya..." Dato' Khairil menarik dan menghembus nafas perlahan.

"Saya nak minta maaf atas semuanya."

Datin Safia membulat mata. Tidak sangka lelaki ini akan datang ke sini untuk sebuah kemaafan.

"Saya salah, Safia. Saya menuduh awak melulu tanpa usul periksa. Saya sudah tahu apa yang sebenarnya terjadi." Luah Dato' Khairil serba salah. Mata sudah terasa suam.

Datin Safia hanya diam. Tidak tahu mahu memberi reaksi apa. Dadanya berdetak laju dari biasa.

"Saya lelaki yang tak guna, Safia. Saya gagal jadi suami dan ayah yang baik untuk keluarga kita. Kalau bukan kerana sikap baran saya, saya takkan kehilangan keluarga kita. Saya takkan hilang awak, hilang anak-anak kita. Semuanya sebab saya. Saya punca semua ni!" Makin kuat suara Dato' Khairil meluahkan perasaan. Hatinya tidak berhenti dari merasa serba salah. Terlalu besar beban yang perlu ditanggung. Berat. Sesak.

"Saya minta maaf, Safia. Saya betul-betul minta maaf." Air matanya sudah menitis setitis ke pipi. Namun cepat-cepat diseka.

Datin Safia yang melihat wajah serba salah Dato' Khairil mula berasa simpati. Matanya juga sudah berkaca-kaca.

"Saya maafkan awak, Khairil. Saya tak salahkan awak semuanya. Saya juga ada salahnya kerana tidak berlaku jujur dengan apa yang terjadi sehingga boleh membangkitkan kemarahan awak."

"Saya bersyukur Allah dah buka pintu hati awak untuk maafkan saya. Bagi saya, awak adalah lelaki terbaik untuk saya dan anak-anak."

Dato' Khairi memandang lama wajah Safia. Wajah yang sudah sekian lama tidak ditatap. Wajah yang sentiasa menghadirkan rasa rindu di hati, namun cuba dihalang oleh ego.

Datin Safia hanya melemparkan senyuman manis ke arah Dato' Khairil. Lama mereka seperti itu sebelum satu kereta lain mula memasuki perkarangan rumah Datin Safia.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now