Part 31

7.7K 398 2
                                    

Ayden yang sedang menyiapkan kerjanya di ruang tamu tersentak apabila terdengar loceng rumah berbunyi meminta pintu dibuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ayden yang sedang menyiapkan kerjanya di ruang tamu tersentak apabila terdengar loceng rumah berbunyi meminta pintu dibuka. Dahinya kerut seribu.

'Siapa pula datang malam-malam macam ni?' Bicaranya dalam hati. Mustahil Syarul. Lelaki tu outstation ke Johor dua hari lepas dan mungkin berada di sana lagi dua hari. Jadi siapa yang berkunjung datang?

Kakinya terus diorak sebelum pintu dibuka. Matanya terus terhala ke arah figura yang membelakangkannya itu. Keluhan berat terlepas dari mulutnya.

Sementara figura itu terus memusingkan badan apabila mendengar pintu rumah dibuka. Senyum sinis ditayang.

"Hai, bro!" Sapanya ringkas.

Ayden hanya memandang ke arah figura itu dengan pandangan yang dingin.

"Tak nak ajak aku masuk ke? Tak baik layan tetamu macam ni." Ujarnya cukup sinis. Pandangannya juga tajam.

"Aku tak ada masa nak layan kau. Balik." Arahnya keras. Pintu rumah hampir ditutup sebelum satu tangan lain menghalang cepat.

"Eh, sabarlah! Apa dingin sangat ni? Chill lah! Aku datang sini saja nak melawat kau."

"Kau kan abang kesayangan aku." Cukup sinis bicaranya.

Ayden hanya memandang Aiyan dingin. Sementara Aiyan dengan selamba menolak perlahan bahu Ayden ke tepi sebelum dia memboloskan diri ke dalam rumah.

Ayden hanya melepaskan keluhan berat. 'Bala betul.' Ujarnya dalam hati. Pintu ditutup sebelum dia mengikut langkah Aiyan.

Aiyan melabuhkan duduk di salah satu sofa dengan kaki kanan dinaikkan ke atas lutut kaki kiri. Ayden yang memandangnya tajam tidak dihiraukan.

"Kau apa khabar?"

Sepi.

"Dah makan?"

Sepi.

Aiyan berdecit sinis sebelum suara Ayden kedengaran.

"Straight to the point. Aku ada banyak lagi kerja." Dingin.

Aiyan senyum sinis sebelum matanya memandang kertas-kertas yang bertaburan di atas meja ruang tamu.

"Apa perasaan jadi usahawan terkenal di Malaysia? Mempunyai syarikat yang terbesar di Malaysia, dan dengar cerita akan membuka cawangan di luar negara pula. Betul ke, Ceo Ayden Qaiser?" Sinis saja nadanya. Seperti yang diketahui, memang Ayden merupakan usahawan muda yang terkenal dan mempunyai syarikat yang terbesar dalam negara tetapi dia tidak pernah menghebohkan berita mengenai pembukaan cawangan barunya di luar negara. Mana lelaki ni tahu? Ayden kerut kening memikirkannya.

Aiyan berdecit kecil. "Jangan buat muka terkejut sangat, Ayden Qaiser. Semua tentang kau aku tahu termasuklah..."

Ayden menanti ayat seterusnya dari Aiyan.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now