Kaki yang dihayun perlahan terhenti seketika di hadapan sebuah kedai. Matanya terhala ke arah kedai itu. Lama. Tidak berkelip matanya memandang. Ayden di sebelah sudah naik hairan melihat Khayra berhenti secara tiba-tiba. Matanya mengikut mata Khayra, memandang kedai yang dipandang Khayra.
'Butik Tudung'
"Cik Khayra..."
"Iya..." matanya terus memandang Ayden sambil senyum nipis.
"Cik Khayra nak masuk ke? Jom kita masuk, tengok-tengok." Pelawa Ayden. Dia tahu gadis itu ingin masuk tetapi tidak tahu apa yang menghalang.
Khayra hanya menggeleng perlahan.
"Tak apa lah. Aku tak layak nak masuk tempat macam tu." Hanya senyum kelat dilakar. "Tak apa lah, jom balik. Aku dah penat." Sambungnya sebelum menghayun langkah perlahan meninggalkan Ayden di belakang.
Sesampai sahaja di tempat letak kenderaan, tiba-tiba Ayden menghulurkan kunci kereta kepada Khayra. Kerut kening Khayra. Nak suruh dia drive ke apa ni?
"Cik Khayra masuk dulu. Saya nak ke tandas sekejap."
"Laaa kenapa tak cakap? Boleh singgah dulu sebelum balik tadi."
"Tak apa lah, Cik Khayra masuk dulu tunggu dalam kereta okay?" Tersengih Ayden membalas.
"Iya lah."
Laju Ayden melangkah pergi selepas menghulurkan kunci kepada Khayra.
20 minit sudah berlalu, Ayden baru keluar dari pusat beli-belah. Kakinya laju menghampiri kereta dan pintu dibuka. Pandangannya tertancap ke arah tempat duduk di sebelah pemandu. Kelihatan Khayra tertidur pulas. Tersenyum Ayden melihatnya. Penat sangat nampaknya.
•••
Terhuyung-hayang kepala Khayra apabila kereta bergerak. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Matanya masih tertutup rapat. Tidur tak sedarkan diri. Sementelah, Ayden di sebelah risau jika Khayra terhantuk kepala di tingkap. Terus keretanya diberi signal kiri untuk berhenti sebentar. Tangannya menurunkan tempat duduk Khayra supaya Khayra dapat baring. Tersenyum bibirnya melihat tidur Khayra yang terganggu sebentar sebelum lena menjemputnya semula. Selepas memastikan kedudukan Khayra baik, dia meneruskan perjalanan semula. Sesekali matanya mengerling melihat keadaan gadis itu.
•••
Brek ditarik perlahan. Kereta pun berhenti serta-merta. Dia menghembuskan nafas lega sudah selamat sampai. Tali pinggang keledar dibuka sebelum mata memandang tempat duduk sebelah. Senyum diukir lebar. Khayra masih lagi tertidur pulas. Badannya dipusing sepenuhnya untuk melihat gadis itu. Tiba-tiba fikirannya terfikir soalan yang ditanya Khayra di pusat beli-belah tadi.
'Kita... pernah kenal atau jumpa ke sebelum ni?'
Terus dihembus nafas berat. Terhenti lamunannya melihat tubuh Khayra bergerak sebelum mata bulat itu dibuka perlahan. Matanya meliar melihat sekeliling.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒
Romance[ Book 1 ] Tengku Ayden Qaiser, seorang lelaki yang dingin dan mempunyai syarikat sendiri. Wajah yang sentiasa dipamer beku sungguh sukar hendak melihat mesranya tetapi begitu mudah tersenyum apabila melibatkan seorang gadis. Gadis yang sudah lama m...