Part 3

14.2K 754 8
                                    

Lamunannya terhenti apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berdering minta diangkat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lamunannya terhenti apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berdering minta diangkat. Air mata segera diseka sebelum melihat gerangan yang menelefonnya. Panggilan daripada Atirah, kawan baiknya tidak diendahkan malah dimatikan begitu sahaja. Dia dalam keadaan yang tidak mahu diganggu oleh sesiapa. Telefon yang tadi berada di tangannya segera dimasukkan ke dalam beg tangan. Pandangan terus dihala ke arah kubur yang berada di hadapannya.

"Khayra sentiasa doakan abang berada dalam kalangan orang-orang yang beriman. Abang tunggu Khayra kat sana nanti, okay? Khayra sayang abang sangat-sangat." Luah Khayra dengan sayu.

Guruh yang berdentum di langit menandakan hujan akan menyusul tidak lama lagi telah menyentak Khayra daripada merenung kubur arwah abangnya.

"Khayra dah kena balik, abang. Nanti Khayra datang jenguk lagi, okay? Abang tunggu Khayra tau," ucap Khayra dengan sayu sebelum mencium batu nisan arwah abangnya dengan penuh kasih.

Sebaik sahaja Khayra sampai di keretanya, hujan turun membasahi bumi. Dia kaku tanpa sebarang pergerakan lalu mendongak kepala ke langit sambil menikmati hujan yang telah mula membasahi sekujur tubuhnya.

"Khayra, do you want to know something? Abang suka hujan. Dan lagi seronok kalau dapat berjalan dalam hujan," Luah Khayrul teruja apabila menyedari hujan telah mula membasahi bumi. Ketika itu mereka berada di balkoni yang terdapat di bilik Khayra. Sudah menjadi tabiatnya untuk melepak di bilik adiknya jika ada masa lapang.

"Why?" Tanya Khayra hairan.

"I love walking in the rain because... nobody can see my tears..."

"Yes, now I know why you love walking in the rain, abang," ujar Khayra sambil kepala masih mendongak ke langit dan tersenyum walaupun air mata mengalir lesu ke pipinya. Sakit yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata dan hanya air mata yang mampu meluahkan segalanya.

•••

"Aku akan berkahwin dengan Khayra hujung bulan ni," ujar lelaki yang berada di hadapannya dengan selamba.

"Aku tak ada masa nak dengar kau merepek sekarang," ujarnya dengan suara yang ditahan. Kehadiran lelaki di hadapannya mengundang rasa kurang senang dalam diri.

"Terpulang pada kau kalau kau nak rasa aku merepek sekarang. Aku cuma nak bagitahu supaya kau dah boleh berhenti daripada menaruh hati dekat dia," balas lelaki itu. "Because she'll be mine very soon," sambungnya lagi sambil tersenyum sinis.

Telefon yang berdering kuat telah menyentaknya dari lamunan panjang. Panggilan segera diangkat setelah mengetahui gerangan di sebalik panggilan itu.

"Assalammualaikum mummy." Dia memberi salam sebagai pemula kata.

"Wa'alaikumussalam anak mummy. Ayden tengah buat apa tu? Busy ke? Mummy kacau ke?" Soal Tengku Airin bertalu-talu, risau telah mengganggu masa anaknya.

"Eh tak kacau pun, mummy. Tak busy pun. Kenapa mummy telefon Ayden ni? Ada benda penting ke?" Soalnya.

"Ish, takkan nak telefon anak sendiri pun tak boleh. Kena buat appointment ke?" Rungut Tengku Airin dengan geram. Anak sulungnya ini tidak seperti anak bongsunya yang lebih peramah dan suka melayan. Dia lebih suka mendiamkan diri dan bercakap benda penting sahaja. Tiada siapa tahu apa yang berada di dalam fikiran anak sulungnya ini.

Ayden senyum tawar apabila mendengar rungutan Tengku Airin. "Bukan macam tu, mummy. I'm sorry sebab tanya macam tu," balasnya.

"Ya lah. Ni mummy nak minta Ayden datang esok malam dinner dekat sini, boleh? Lagipun Aiyan akan balik tengah hari esok. Boleh lah kita raikan dia sekali," minta Tengku Airin kepada Ayden. Dia sudah tidak sabar untuk menanti kepulangan anak bongsunya yang sudah lama tidak pulang ke tanah air.

Ayden terdiam apabila mendengar berita yang disampaikan oleh mummynya itu. Berita tersebut langsung tidak menggembirakan hatinya. Perasaannya bercampur baur ketika ini sama ada marah, kecewa dan dendam.

"Ayden, dengar tak ni mummy cakap?" Soal Tengku Airin apabila mendapati anaknya itu diam seribu bahasa.

"Ha ya, Ayden dengar. Erm... Ayden tak boleh janji, mummy. Ayden ada banyak kerja yang perlu disiapkan esok," ujar Ayden dengan suara yang ditahan. Tidak mahu Tengku Airin mengesyaki perubahan suaranya.

"Kenapa pula? Boleh lah Ayden. Kita dah lama tak berkumpul satu keluarga. Ayden langsung tak datang jenguk mummy daddy semenjak Ayden ada rumah sendiri sekarang. Apa salahnya kita dinner sama-sama kalini?" Pujuk Tengku Airin dengan lembut. Dia sudah agak akan mendapat jawapan sebegini daripada anaknya tetapi dia tetap hendak cuba memujuk supaya anaknya bersetuju dengan permintaannya.

Ayden mengeluh seketika sebelum menjawab, "baik, mummy. Esok Ayden datang." Ayden terpaksa mengalah kali ini kerana sebelum ini terlalu banyak dia menolak permintaan mummynya untuk makan bersama atas alasan kerja.

"Macam tu lah anak mummy. Mummy tunggu tau esok. Mummy letak dulu, assalammualaikum," Tengku Airin terus menamatkan panggilannya setelah mendapat persetujuan daripada anaknya itu. Perasaan gembiranya tak dapat dibendung lagi.

Ayden menjawab salam sebelum mengeluh sekali lagi. Dia tahu lambat-laun dia perlu menghadap adiknya itu. Dia juga merasakan sekarang adalah masa yang sesuai. Sejurus itu, terbit senyuman sinis dari bibirnya.

'Running away from your problems is a race you'll never win

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Running away from your problems is a race you'll never win.'

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now