Part 25

7.7K 447 8
                                    

Rambut yang terjuntai menutup separuh dahinya diselak ke belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rambut yang terjuntai menutup separuh dahinya diselak ke belakang. Selendang yang jatuh ke bahu dibetulkan menutupi kepala. Angin yang sepoi-sepoi bahasa menambahkan ketenangan di taman yang berdekatan itu. Masing-masing melabuhkan duduk tanpa sebarang kata.

Jeda.

"Terima kasih." Ucap Khayra sepatah.

Ayden kerut kening sebelum Khayra menyambung katanya.

"Terima kasih sebab bawa aku melawat arwah abang aku dan baca surah yassin sama-sama." Terangnya tenang.

Ayden hanya angguk sebelum berkata, "sama-sama, Cik Khayra."

Keadaan menjadi sepi semula. Masing-masing termenung dalam lamunan sendiri sebelum Khayra memecahkan kesunyian antara mereka.

"Abang aku meninggal waktu umur aku 20 tahun." Ujarnya bersahaja.

Ayden hanya diam mendengar.

"Aku cuma ada abang aku je waktu tu. Dia lah tempat aku meluah, dia lah tempat aku merajuk, dia lah tempat aku hamburkan kemarahan, dan dia juga tempat aku kongsi kegembiraan."

"Tapi bila dia pergi... tipu lah kalau aku cakap aku tak terkesan."

"Aku sangat terkesan..." luahnya perlahan dan sayu.

Ayden diam sebentar sebelum menyoal berhati-hati, "boleh saya tahu arwah abang Cik Khayra meninggal sebab apa?"

"Cinta..." balasnya sepatah. Dingin.

Ayden kerut kening mendengar.

"Dia mati sebab cinta. Cinta yang bunuh dia. Cinta yang membuatkan dia hilang kewarasan dan nyawa." Hanya suara yang dingin dilontarkan. Mengingatkan apa yang terjadi sungguh membuatkan Khayra rasa sangat marah dan kecewa.

"Keluarga aku hancur hanya satu sebab saja. Diri aku hancur pun hanya satu sebab."

"Cinta."

Ayden tekun mendengar. Tiada niat untuk menyampuk.

"Waktu aku umur 15 tahun, aku saksikan sendiri depan mata aku, papa tengking mama, papa hina mama, papa berkasar dengan mama dan papa tuduh mama curang. Papa tuduh mama curang dengan suami kawan baik mama sendiri. Aku waktu tu tak boleh buat apa pun, Ayden. Aku hanya mampu menangis dan berharap semuanya akan jadi seperti sediakala. Bahagia seperti selalu. Hubungan papa dan mama dah berantakan sejak 5 bulan sebelum papa menuduh mama curang. Keluarga kami dah tak bahagia macam dulu lagi sejak itu."

Ayden hanya memandang sayu ke arah Khayra.

"Cuba kau bayangkan, budak umur 15 tahun, apa je yang dia mampu buat? Hanya menangis dan menangis. Papa... dia..." mulutnya susah untuk berkata apabila sebak mula menghuni dada. Air matanya sudah mengalir deras.

"Papa... ceraikan mama... depan mata aku." Tangisannya mula pecah. Bahunya terhinjut menahan tangis.

Ayden yang mendengar hanya tergamam, tak menyangka sebegitu sekali yang dihadapi keluarga gadis itu.

"Dia ceraikan mama dan heret mama keluar dari rumah tu. Dia halau mama keluar, Ayden." Luahnya lagi dalam tangisan. Walaupun suaranya tidak begitu jelas, Ayden masih dapat mendengar dengan baik.

Ayden sedikit gelabah melihat gadis itu menangis teresak-esak. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Lantas, dia mengeluarkan sapu tangannya yang selalu dia bawa ke mana sahaja dan diberi kepada gadis itu.

Khayra terdiam melihat sapu tangan itu sebelum keningnya berkerut.

"Ambil lah sapu tangan ni, lap air mata tu Cik Khayra. Saya minta maaf, saya tak boleh nak tenangkan Cik Khayra. Kalau kita halal, dah lama saya peluk Cik Khayra. Maaf Cik Khayra." Ujarnya serba salah. Dia sedikit terkilan kerana tidak mampu membuat apa-apa ketika mendengar tangisan gadis itu. Takkan dia nak peluk gadis itu pula, mahu kena siku nanti!

Khayra yang mendengar terletus ketawa kecil dari mulutnya. Ayden yang mendengar terus kerut kening. Kenapa gelak pula ni?

"Kau ni kelakar lah Ayden. Dah lah tak payah buat muka macam itu. Aku okay. Kau jangan risau." Ucapnya perlahan dengan senyum tipis di bibir. Geli hatinya melihat muka serba salah Ayden.

Ayden hanya angguk sebelum melepaskan hembusan nafas lega.

Sepi.

Khayra yang terlihat melepaskan hembusan nafas yang kuat menyambung ceritanya.

"Lepas itu, dia heret mama keluar. Dia tolak mama keluar dari rumah. Macam yang kau nampak hari itu. Lebih kurang apa yang jadi waktu tu. Papa tarik aku dan bawa aku masuk bilik dan kunci pintu aku. Sama. Sama macam waktu tu. Dan disebabkan itu, aku sedikit terkesan dan mogok tak nak keluar bilik."

Ayden hanya diam mengangguk.

"Tapi bezanya, dulu aku ada abang yang boleh menenangkan aku walaupun hati dia sendiri tengah sakit. Dia yang pujuk aku dan bagi semangat dekat aku supaya jangan putus asa untuk hidup."

"Tapi sekarang..."

"He's gone. I don't have him by my side anymore." Ucapnya perlahan sebelum satu decitan sinis terlepas di bibirnya.

"Sekarang ni, aku kena jadi kuat untuk diri aku sendiri. I'm so pathetic, right?" Cukup sinis kata-katanya.

"Abang pula... waktu tu aku keluar dari rumah lepas bergaduh teruk dengan papa. Aku pentingkan diri dan keluar dari rumah tu walaupun aku tahu abang aku perlukan aku waktu tu. Dia tak sihat. Dia kemurungan teruk. Tapi sebab sikap aku yang pentingkan diri, aku biar dia sorang dalam rumah." Sambung ceritanya.

"Sampai sahaja aku kat rumah, waktu tu rumah sunyi macam tak ada orang. Aku naik bilik sebelum aku tiba-tiba rasa nak jenguk abang aku. Aku ketuk pintu bilik dia banyak kali tapi tak ada satu suara pun yang aku dengar."

"Sebaik sahaja aku buka pintu tu, yang aku nampak hanyalah abang aku yang dah tak bernyawa dengan ubat yang bertaburan atas lantai. Keadaan dia waktu tu sangat teruk." Sebaknya datang semula tapi sehabis baik cuba ditahan.

"Mulut dia berbuih-buih, mata dia terbuka, dan dalam genggaman tangan dia ada satu kotak bersaiz kecil."

"Kau tahu apa ada dalam kotak tu?"

"Sebentuk cincin permata yang dia sepatutnya bagi pada girlfriend dia." Sambungnya perlahan dengan air mata yang dah mengalir lesu. Dia mula tersedu-sedan.

'You never know how strong you are until being strong is the only choice you have

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'You never know how strong you are until being strong is the only choice you have.'

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now