Pintu ditutup perlahan. Kaki melangkah ke arah katil. Tadi dia ke dapur menolong mama membersihkan apa yang patut. Matanya meliar mencari seseorang. Kaki melangkah teragak-agak. Belum sempat Khayra menghembus nafas lega, pinggangnya dipaut dari belakang. Dagu seseorang dilabuh ke bahu kanannya. Terus mengeras tubuh Khayra. Kaku.
"Hai, sayang. I miss you." Suara husky itu membuatkan jantung Khayra tidak mampu berdegup normal. Bibir diketap kuat menahan debar.
"A—awak." Tergagap mulut Khayra menutur kata.
"Yes, love?"
"A—awak da—dari mana?" Mahu sahaja Khayra menampar mulutnya yang tidak habis gagap.
"Bilik air. Mandi." Selamba lelaki itu membalas.
Bila teringat tentang mandi, terus terbeliak biji mata Khayra. Tangannya menolak tubuh lelaki itu membuatkan lelaki itu melepaskan tautannya di pinggang Khayra. Khayra terus memusingkan tubuhnya menghadap lelaki itu sebelum terjerit kecil.
"Ayden!" Matanya ditutup dengan kedua telapak tangan. Wajah dipaling ke tepi.
"What?" Soal Ayden seolah tidak bersalah.
"Apa masalah awak ni? Awak tak boleh nak pakai baju dulu ke?" Membahang malu muka Khayra kini. Hampir sahaja jantungnya mahu terkeluar melihat lelaki itu hanya memakai tuala separas pinggang dan air-air yang menitis ke dadanya menunjukkan lelaki itu baru lepas mandi.
Ayden tertawa kuat sambil mengganguk kepala berkali-kali. 'Gugup rupanya.' Ujarnya dalam hati.
Khayra sudah mendengus kasar. Ingat kelakar ke?
"Ala sayang, bukannya salah pun kalau saya pakai macam ni depan awak. Tak pakai apa pun tak salah sayang." Sengaja Ayden mengusik Khayra sebaik sahaja tawanya mula reda. Geli hati dia melihat muka cemberut Khayra.
"Banyaklah awak!" Bidas Khayra geram.
"Why? Are you nervous?"
Dengar sahaja suara maskulin Ayden, Khayra terus menurunkan tangan melihat lelaki itu.
Ayden sudah beranjak ke hadapan perlahan mendekati Khayra dengan senyuman sengetnya. Khayra pula kelam-kabut ke belakang. Dalam hati tidak berhenti berdoa semoga dia selamat malam ni.
Eh?
Malang nasib Khayra apabila tubuhnya terlentang ke belakang menghempap katil. Terbeliak biji matanya.
'Matilah aku.'
Ayden sudah membongkokkan diri. Kedua-dua tangan di letak di sisi kepala Khayra, menahan diri daripada menindih gadis itu. Air yang mengalir ke dahinya jatuh ke dahi Khayra. Perlahan tangannya mengusap dahi Khayra menghilangkan titisan air itu.
"Are you nervous, little girl? Hm?" Perlahan suara serak basah itu menutur bicara. Tangannya ligat bermain dengan rambut cantik Khayra.
"Apa yang ada dalam kepala sayang sekarang ni hm?" Senyum senget tidak lepas dari bibirnya.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒
Romance[ Book 1 ] Tengku Ayden Qaiser, seorang lelaki yang dingin dan mempunyai syarikat sendiri. Wajah yang sentiasa dipamer beku sungguh sukar hendak melihat mesranya tetapi begitu mudah tersenyum apabila melibatkan seorang gadis. Gadis yang sudah lama m...