Part 8

10.1K 619 10
                                    

Keheningan malam yang dihiasi bulan dan bintang menambahkan lagi ketenangan dalam hati sesiapa sahaja yang melihatnya, tetapi tidak bagi Ayden yang sedang termenung dengan fikiran yang kusut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keheningan malam yang dihiasi bulan dan bintang menambahkan lagi ketenangan dalam hati sesiapa sahaja yang melihatnya, tetapi tidak bagi Ayden yang sedang termenung dengan fikiran yang kusut. Hanya seorang gadis yang sentiasa berada dalam fikirannya sejak 10 tahun lalu. Gadis yang telah memikat hati dinginnya. Gadis yang telah mengubah hidupnya serta-merta.

"Here you are," ucap seseorang dari arah belakang sehingga menyentak Ayden dari lamunan. Pandangannya terhala seketika kepada orang yang menyapanya sebelum mengeluh perlahan.

"Aku belum tanya khabar kau lagi, sihat?" Soalnya sekadar berbasa-basi.

"Kau ada nampak aku macam tak sihat ke? Kalau tak sihat pun mesti sebab kena menghadap kau," balas Ayden dingin. Soalan 'kurang bijak' seperti itu seharusnya tidak perlu diutarakan kerana mereka bukannya berada dalam keadaan yang baik. Tidak perlu beramah mesra seolah-olah mereka mempunyai hubungan adik-beradik yang sangat sempurna seperti orang lain.

Aiyan berdecit kecil sebelum meneruskan kata-katanya yang mampu menaikkan amarah Ayden serta-merta, "After 10 years, kau masih simpan perasaan dekat dia. Padahal kau tahu dia tak pernah pandang kau. Tak penat ke bertepuk sebelah tangan?" Soalnya sinis.

Padangan Ayden terus terhala ke arah Aiyan sebaik sahaja mendengar kata-kata sinis dari adiknya itu. "Kau tak ada hak nak persoalkan perasaan aku," balasnya keras, menahan diri daripada menyembur adiknya itu.

Aiyan tersenyum sinis sebelum berkata, "Kau dengan ego kau memang dah sebati dalam diri kan? Tak pernah berubah, selfish!" ujarnya sinis.

Kata-kata daripada Aiyan membuatkan Ayden mengetap rahang dengan kuat sebelum perlahan-lahan mendekati adiknya itu sehingga jarak mereka kelihatan dekat. "Kalau aku selfish, aku takkan biarkan dia bercinta dengan lelaki tak guna macam kau. Because she deserves better than you," balasnya keras dengan rahangnya yang diketap, tunggu masa untuk meletup. Dia sedaya-upaya menahan diri daripada melakukan apa-apa pun terhadap lelaki itu tetapi sikap adiknya seolah-olah mencabar ego dia sendiri!

Aiyan kelihatan tersentak sebelum dengan selambanya melemparkan senyuman yang sinis. "Kau bercakap macam kau tu bagus sangat. Kau fikir aku tak tahu apa yang kau tengah buat sekarang? Agak-agaknya kalau dia tahu siapa kau, dia akan terima kau ke? Lelaki yang dianggap 'bodyguard', yang kononnya mampu melindungi dia dari apa pun malapetaka tetapi sebenarnya penipu terbesar. Dan yang lebih teruk lagi, rupa-rupanya dia seorang usahawan muda terkenal yang mempunyai syarikat terbesar di Malaysia, bertindak menyamar menjadi seorang bodyguard hanya untuk dekati dia," ujarnya sinis sebelum menyambung katanya, "Why so desperate huh?" Soalnya sinis sebelum satu tumbukan hinggap di pipi kanannya tanpa sempat dia mengelak. Aiyan yang terkejut dengan tindakan tersebut terundur ke belakang beberapa langkah.

Ayden terus bergerak ke arah Aiyan sebelum dengan kuatnya dia mencengkam kolar baju lelaki itu. Belum sempat Ayden melakukan serangan seterusnya, suara seseorang menyentak mereka dua beradik.

"Apa yang korang berdua buat ni?! Berhenti!" Arah Tengku Yusuf dengan garang. Hampir terkeluar jantungnya melihat anak-anaknya bertumbuk sesama sendiri.

Arahan tersebut tidak menghentikan niat Ayden untuk menyerang Aiyan, dia makin menguatkan lagi cengkaman di kolar baju adiknya sebelum suara halus menyapa halwa telinga mereka.

"Berhenti! Ayden, Aiyan, berhenti! Tolong!" Rayu Tengku Airin dengan tangisannya. Tidak sanggup dia melihat anak-anaknya bertumbuk tanpa mengetahui alasan mereka bertindak sedemikian.

Ayden terus perlahankan cengkamannya sebelum dengan kasar dia menolak Aiyan ke belakang dan melangkah keluar dari vila tersebut. Lebih baik dia pergi sebelum hancur muka adiknya dia kerjakan. Sabar yang selama ini ditahan sedikit demi sedikit hilang berlalu pergi.

 Sabar yang selama ini ditahan sedikit demi sedikit hilang berlalu pergi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Even the nicest people have their limits.'

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now