Part 24

7.2K 442 2
                                    

Pintu ditutup sebelum langkahnya diatur ke bilik tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu ditutup sebelum langkahnya diatur ke bilik tidur. Belum sempat kakinya sampai ke bilik tidur, kakinya terhenti di depan sebuah bilik. Kaki diorak ke arah itu sebelum pintu diketuk.

Tok! Tok! Tok!

Tiada sahutan.

Pelik. Namun tetap diketuk sebelum tombol pintu dipulas.

Tak kunci?

Pintu ditolak perlahan sebelum pergerakannya terhenti. Haish, kenapa rasa tak sedap hati ni? Bentaknya dalam hati. Satu hembusan nafas dilepaskan sebelum pintu itu terus dibuka luas.

Terbeliak biji matanya melihat ke satu arah. Kelihatan seorang figura yang terdampar di atas lantai dengan mulut yang berbuih-buih. Botol ubat yang terjatuh dengan pil-pil yang bersepah di atas lantai dipandang takut.

"Abang!" Jeritnya kuat sebelum kaki laju menghampiri figura itu.

Figura yang terdampar itu digoncang kuat sebelum kepalanya dinaikkan ke atas paha Khayra.

"Abang! Bangun! Abang!" Panggilnya kuat dengan tangisan yang mula kedengaran. Tetapi hanya sepi sebagai balasan.

"Abang! Bangun!" Pipi itu ditepuk kuat melihat tubuh abangnya tidak bergerak walau sesaat.

"Abang! Jangan tinggalkan Khayra!"

"Abanggggggg!"

Matanya terbuka luas sebelum tubuhnya terbangun dari mimpi yang sering menghantuinya dulu. Sudah lama dia tidak bermimpi sehingga ke hari ini, mimpi itu datang semula.

Satu keluhan berat dilepaskan. Air mata yang mengalir diseka. Kaki diatur ke bilik tidur apabila menyedari dirinya tertidur di ruang tamu.

Kaki diorak ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat isyak dan tahajud.

Kepalanya masih memikirkan mimpi yang baru terjadi kepadanya. Keluhan berat dilepaskan sebelum dirinya dibawa ke katil.

•••

Enjin kereta dimatikan sebelum tangannya membuka pintu kereta. Belum sempat pintu kereta ditolak, matanya terhala ke satu arah.

Sampul surat.

Sampul surat yang dia perlu beri kepada Khayra tempoh hari sehingga ke hari ini masih di tangannya. Dia sendiri terlupa tentang itu apatah lagi untuk memberinya kepada Khayra.

'Agaknya apa yang ada dalam surat tu?' Soalnya dalam hati.

Disebabkan keinginannya yang terlampau tinggi untuk mengetahui lebih lanjut, dia segera menutup pintu dan membuka sampul surat itu sebelum isi surat dibaca.

'Hey sayang. Miss me?'

Isi surat itu telah menimbulkan banyak tanda tanya dalam dirinya sehingga kening dikerutkan. Hanya itu yang tertulis dalam kertas yang saiznya sebesar kertas A4. Hatinya mula berdebar sebelum pintu keretanya diketuk kuat.

Terangkat bahunya sebelum kaki melangkah keluar dari kereta.

"Eh Cik Khayra. Maaf lambat keluar kereta. Dah lama Cik Khayra tunggu?" Mahu saja dia ketuk kepala sendiri apabila mengingatkan diri sendiri yang terlampau leka dengan lamunan sendiri sehingga terlupa untuk menyambut gadis itu.

Khayra hanya senyum nipis sebelum berkata, "tak apa. Aku baru je keluar. Kau okay ke?" Soalnya. Hairan melihat Ayden duduk lama di dalam kereta seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Eh saya okay. Cuma ada hal sikit tadi." Balas Ayden dengan senyuman.

Khayra hanya mengangguk faham.

Sekilas matanya terpandang pakaian yang digayakan gadis itu. Baju kurung dan selendang yang menutupi kepala. Ke mana gadis ini mahu pergi? Bukan sekarang waktu kerja?

"Cik Khayra, Cik Khayra nak ke mana pakai baju kurung? Bukan kita nak ke kafe ke sekarang?" Soalnya selepas beberapa minit berfikir tanpa jawapan.

"Boleh tak kita pergi tempat lain hari ini?" Soal Khayra lembut.

"Oh okay. Mestilah boleh. Jom, Cik Khayra kita pergi sekarang." Ujarnya sebelum segera membuka pintu kereta untuk gadis itu.

Lantas Khayra masuk ke dalam kereta selepas dibukanya pintu.

•••

Setibanya di tanah perkuburan, Ayden kelihatan hairan sebelum dibuka juga pintu untuk Khayra. Kakinya mengikuti langkah Khayra ke satu batu nisan yang berwarna putih suci.

'Khayrul Sufyan bin Khairil'

"Abang..." ucap Khayra perlahan sambil memegang salah satu batu nissan itu.

"Khayra datang ni..." ucapnya sayu.

Ayden hanya memerhati tanpa berniat untuk menyampuk. Dalam hati sudah dibaca surah-surah yang sepatutnya.

"Khayra rindu abang. Abang rindu Khayra tak?" Tanya Khayra walaupun dia tahu dia tidak akan mendapat jawapan daripada abangnya.

Sepi.

"Ayden..." panggil Khayra perlahan.

"Iya saya, Cik Khayra." Sahut Ayden lembut.

"Boleh tak awak tolong saya, kita baca sama-sama surah yassin untuk abang saya?" Mintanya perlahan. Dia bukan tak pandai membaca tetapi dia masih gagap ketika membaca.

"Boleh. Mestilah boleh." Balas Ayden lembut.

Yassin dibaca dengan teliti dan bersama-sama. Sesekali air mata Khayra jatuh sebelum diseka perlahan, tidak mahu terbawa-bawa emosi.

'It hurts so much when you missed someone that already gone

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'It hurts so much when you missed someone that already gone.'

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now