Part 22

7.1K 421 4
                                    

Selesai mengaminkan doa selepas melaksanakan kewajipan Allah yang satu itu, dia hanya berteleku di atas sejadah memikirkan seseorang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai mengaminkan doa selepas melaksanakan kewajipan Allah yang satu itu, dia hanya berteleku di atas sejadah memikirkan seseorang.

Khayra...

Mengenangkan itu, air mata bertakung di tubir mata, menunggu masa untuk mengalir.

Pang!

Satu tamparan yang sangat kuat hinggap di pipi kirinya tanpa disangka. Pijar dirasakan.

"Kau memang perempuan tak guna!" Jerit lelaki itu.

Air matanya mengalir deras mendengarkan itu.

"Aku sayang kau macam nak gila, bahagiakan kau, bagi kesenangan dekat kau, ini ke balasan yang aku dapat?!" Soal lelaki itu dengan suara yang dinaikkan beroktaf-oktaf.

Gadis kecil lingkungan 15 tahun duduk di tepi hanya menangis melihat pertengkaran dua figura di hadapannya.

"Kau khianat aku!" Ucapnya sayu. Air matanya hampir mengalir sebelum ditahan sebaik mungkin.

"Tak, abang. Safia tak buat macam tu abang. Sumpah!" sedaya upaya Datin Safia menjelaskan.

"Penipu! Apa lagi kau nak tipu aku?! Bukti dah ada depan mata!" Gambar-gambar yang dia dapat dari seseorang dilempar kasar ke muka Datin Safia.

Menggigil tangan Datin Safia ketika mencapai gambar tersebut. Air matanya mengalir seperti tiada penghujung. Jantungnya berdegup kuat. Gambar yang terlihat dia sedang memasuki rumah seorang lelaki sebelum lelaki itu juga mengikutinya dari belakang. Tak! Semuanya bukan seperti dalam gambar ni! Geleng laju Datin Safia melihatnya.

"Ini semua fitnah, abang! Ini bukan cerita sebenar! Tolong lah abang, percaya Safia! Safia tak buat semua ni!" Meraung dia mempertahankan dirinya. Segera dia melutut di kaki Dato' Khairil memohon lelaki itu mendengar penjelasannya.

Dato' Khairil yang menyedari itu terkejut bukan kepalang sebelum kakinya segera menjauhi figura isterinya.

"Kau ingat aku akan percaya kau ke?! Kau memang nak sangat berpisah kan?! Kau nak pergi dekat lelaki itu kan?!"

Geleng laju Datin Safia. Seperti mengetahui apa yang bakal terjadi.

"Baik! Aku akan lepaskan kau seperti yang kau nak!" Suaranya kuat walaupun bibirnya kelihatan gugup.

"Tak! Jangan abang! Safia sayang abang!" Laju Datin Safia menggeleng kepala. Bukan ini yang dia mahukan! Dia sayangkan suaminya, tak mungkin dia ingin berpisah.

"Nur Safia binti Saiful, aku ceraikan kau dengan talak satu!" Ucapnya dengan sekali nafas. Hati yang sesak tidak dipedulikan. Tidak lama selepas itu, air matanya mengalir lesu ke pipi.

Datin Safia yang mendengar tergamam. Keningnya berkerut seribu sebelum air matanya mengalir laju membasahi wajahnya. Kejung sekujur tubuhnya. Tergeleng kepalanya.

"Mama!" Jerit gadis itu sebelum menghampiri Datin Safia.

Datin Safia segera memeluk gadis itu sebelum mencium ubun kepala gadis itu bertalu-talu.

"Sudah! Aku dah tak mahu tengok muka kau lagi di sini! Keluar!" Halau Dato' Khairil kasar. Tangannya segera menarik tangan Datin Safia dan mengheret tubuh itu keluar.

Gadis kecil itu tertolak ke tepi ketika papanya mengheret tubuh mamanya.

"Mama! Papa, jangan halau mama!" Jerit gadis itu menghampiri Datin Safia.

"Jangan berani dekat, Khayra! Tepi!" Dato' Khairil menolak tubuh Khayra menjauhi dirinya dan Datin Safia.

Sesampai sahaja di depan pintu rumah, Datin Safia tergolek jatuh ditolak kasar oleh Dato' Khairil.

"Abang!" Dia cuba untuk menghampiri Dato' Khairil.

"Aku bukan suami kau lagi! Jangan berani dekati keluarga aku atau anak-anak aku! Kau tak layak untuk dekati mereka!" Hamburnya kasar sebelum dia menarik tangan Khayra masuk ke dalam rumah dan pintu dikunci.

"Mama! Jangan tinggalkan Khayra mama! Mama!" Jerit gadis itu sehingga suaranya bertukar serak. Dia tak peduli, dia mahukan mamanya!

Tangannya yang berada di genggaman Dato' Khairil cuba dileraikan. Dirinya ditarik masuk ke bilik.

"Lepaskan Khayra papa! Khayra nak mama!" Jeritnya kasar.

"Dengar sini! Dia bukan mama kamu! Dia tak layak jadi mama kamu! Jangan berani kamu nak jumpa dia lagi!" Keras Dato' Khairil memberi amaran sebelum pintu bilik anaknya dikunci dari luar.

"Papa! Buka pintu ni! Papa! Mama!" Jeritnya lagi seraya mengetuk kuat pintu supaya dibuka.

Dato' Khairil di sebalik pintu hanya diam menitiskan air mata. Keluarga yang terlihat sangat bahagia, hancur sekelip mata.

Peristiwa itu telah menghantui dirinya sehingga ke hari ini. Sakit yang dirasai terasa sehingga ke hari ini. Air mata yang sentiasa mengalir menemani dirinya sehingga ke hari ini. Semakin lama rintihan semakin kuat bergema seluruh ruang itu.

'I hate getting flashbacks from things I don't want to remember

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'I hate getting flashbacks from things I don't want to remember.'

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now