Part 15

8.2K 478 6
                                    

Jalan raya yang sesak dipenuhi kenderaan tidak kira motosikal, kereta atau lori meluncur laju

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jalan raya yang sesak dipenuhi kenderaan tidak kira motosikal, kereta atau lori meluncur laju. Kehidupan di bandar yang sentiasa sibuk dengan dunia sudah sebati dalam diri masing-masing. Mata yang tidak lepas pandang ke luar tingkap diperhati seseorang melalui cermin pandang belakang. Hanya senyuman yang terbit di bibir gadis itu tanpa sebarang bicara.

"Cik Khayra okay?" Soal Ayden, mengambil berat tentang gadis itu, pagi tadi muka itu hanya masam tanpa senyuman, tetapi sekarang seraut wajah itu terlakar sebuah senyuman nipis tanpa diketahui.

Khayra yang tersedar seperti seseorang menegurnya hanya mengangguk dan berkata, "aku okay, cuma bila aku tengok taman permainan itu, aku teringat sesuatu."

"Cik Khayra teringat apa?" Soalnya lagi sambil menghala pandangan ke arah taman permainan yang berada di sebelah kanannya sementara menunggu lampu isyarat merah bertukar hijau.

"Dulu waktu aku umur 13 tahun, abang selalu bawa pergi taman permainan walaupun dilarang banyak kali. Ingat lagi satu hari tu, kita orang balik dalam keadaan basah kuyup sebab mandi hujan dekat taman permainan," ceritanya ceria. Kenangan yang tidak akan dapat dipadam sampai bila-bila biarpun orangnya sudah tiada di sisi.

"Papa marah sangat-sangat waktu tu tapi kita orang tak menyesal pun buat macam itu sebab kita orang dapat meluangkan masa sama-sama. Aku akan naik buaian dan abanglah yang akan buaikan. Kami seronok sangat waktu tu. Rasa macam dunia ni kita orang yang punya. Kami main sama-sama, makan aiskrim sama-sama, semua sama-sama lah," ceritanya lagi namun suaranya mulai kendur. Sebak mula menghuni hati.

"Waktu tu, aku rasa macam, kalau aku ada abang saja pun aku dah cukup bahagia. Aku akan jadi manusia paling bahagia. Tapi kebahagiaan itu sekejap cuma," luahnya lagi bersama senyuman yang kelat. Air mata yang sedang bergenang sedaya upaya ditahan agar tidak membasahi pipi.

Ayden yang mendengar luahan itu semerta cuba menahan diri daripada turut sebak. Dia terus membelok jalan ke kanan apabila lampu merah bertukar hijau. Khayra yang menyedari itu terus kerut kening. Dia nak ke mana ini?

Ayden memberhentikan kereta di depan sebuah taman permainan yang rata-rata hanya ada kanak-kanak lingkungan bawah 12 tahun. Dia turun dari kereta dan membukakan pintu untuk Khayra.

"Buat apa dekat sini?" Soal Khayra hairan. Gila ke apa bawa pergi taman permainan macam ini?

Ayden hanya tersenyum dan menjungkit kening dua kali menyuruh Khayra keluar dari kereta sekarang. Khayra keluar dari kereta dan mengikut langkah Ayden ke tempat duduk yang disediakan di taman itu.

"Sekejap ya, Cik Khayra." Ujarnya ringkas sebelum menghilangkan diri dari situ. Khayra yang terpinga-pinga tidak dihiraukan. Sesekali mata Khayra meliar melihat suasana taman yang riuh-rendah dengan suara kanak-kanak. Tanpa disedari bibirnya tersenyum nipis.

"Nah!" Terhenjut bahu Khayra apabila matanya menangkap aiskrim yang berada di hadapan matanya. Matanya terus memandang empunya badan yang memberi. Kening terjungkit sebelah.

"Ini aiskrim kalau Cik Khayra tak tahu," ucapnya selamba. Sengaja mengusik gadis itu.

Khayra hanya menjulingkan mata ke atas.

"Cik Khayra cakap dulu Cik Khayra selalu datang sini dengan abang Cik Khayra, makan aiskrim dan main buai sama-sama. Jadi nampaknya Cik Khayra dah lama tak datang sini kan? Saya pun bawa lah Cik Khayra ke sini sambil menikmati aiskrim," ujarnya panjang lebar dengan senyuman yang melebar di bibir. "Tapi buai Cik Khayra tak boleh main lah sebab ada budak-budak tengah main. Kalau Cik Khayra nak main juga, saya boleh saja cakap dekat budak-budak itu!" Sambungnya lagi sambil langkah mula bergerak ke arah kanak-kanak yang sedang main buaian sebelum langkahnya dihentikan oleh Khayra.

"Eh, tak payah lah! Kau ingat aku budak kecil ke nak main buaian lagi?" Bidasnya laju sebelum tawanya pecah.

Ayden yang melihat Khayra ketawa seakan terpana. Pertama kali gadis itu ketawa di hadapannya. Selalunya hanya muka sinis dan dingin saja yang dia dapat.

"Aku tak minta pun kau bawa aku datang sini. Aku saja cerita dengan kau," ujarnya ringkas selepas tawanya mula reda.

"Saya tahu. Tapi apa salahnya kalau kita ke sini? Cuaca pun baik, dapat pula makan aiskrim, nikmat!" Balasnya teruja sebelum ketawa.

Khayra hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Aiskrim di tangan dinikmati. Lama matanya merenung aiskrim itu sebelum disuapkan ke mulut.

"Cik Khayra..."

"Erm," gumam Khayra.

"Boleh saya tanya sesuatu?"

"Apa?"

"Abang Cik Khayra dekat mana sekarang? Dari hari pertama saya ambil dan hantar Cik Khayra pulang ke rumah, saya tak pernah sekalipun terserempak dengan dia. Dia duduk tempat lain ya?" Soalnya bertalu-talu. Dia cuma pelik. Apa yang membuatkan gadis itu sedih bila menyebut perihal abangnya?

Keadaan sunyi sepi buat seketika sebelum Khayra menjawab, "iya, dia duduk tempat lain."

Ayden sekadar mengangguk. "Jauh ke? Kalau Cik Khayra nak ke sana, saya boleh saja bawakan," ucapnya lagi. Dia sangat berlapang dada untuk membawa gadis itu berjumpa dengan abangnya.

"Jauh. Jauh sangat-sangat. Aku takkan mampu sampai ke situ," balasnya ringkas dan dingin. Matanya hanya merenung kanak-kanak yang sedang bersuka-ria di situ.

Ayden kerut kening mendengar jawapan Khayra.

"Dia dah pergi jauh dari aku selama-lamanya. Dia takkan pernah kembali dan aku takkan dapat jumpa dia lagi," sambungnya lagi dengan suara yang sayu. Mata yang terasa suam sehabis baik cuba ditahan, dia sudah cukup penat untuk menangis lagi.

Ayden yang seakan mengerti hanya membisukan diri. Satu hembusan nafas dilepaskan.

"Kadang-kadang aku tertanya, kenapa orang yang aku sayang pergi tinggalkan aku? Kenapa orang yang aku sayang khianati aku? Kenapa memungkiri janji? Kenapa bagi sakit yang terlalu dalam untuk aku?" Soalnya dengan suara yang cuba ditahan daripada mengeluarkan tangisan. Bibir sesekali diketap menahan rasa. Sesak dirasakan kini.

"Aku ni tak layak bahagia kan?" Soalnya dengan senyum sinis. Seolah-olah mengejek diri sendiri.

'In the end, promises are just words

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'In the end, promises are just words.'

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now