Part 48

9.2K 437 11
                                    

Daripada tadi matanya tidak berhenti dari memandang figura di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Daripada tadi matanya tidak berhenti dari memandang figura di hadapannya. Tajam. Seakan-akan menikam orang yang melihat. Khayra yang berada di hadapan sudah terkulat-kulat sendiri. Sesekali meliarkan mata ke arah segenap ruang pejabat lelaki itu. Luas juga. Lagi luas dari pejabatnya di kafe.

"Kenapa datang tak beritahu saya?" Lembut Ayden berbicara. Terkejut tidak boleh diungkap melihat Khayra berada di syarikatnya tadi. Dia tak pernah membawa gadis itu ke sini tetapi bagaimana dia tahu locationnya? Ish mesti Syarul!

"Saya dah call awak, Ayden Qaiser. Awak yang tak jawab, salah saya ke?" Suaranya seakan berjauh hati. Sudah naik penat tangannya ingin menekan butang 'call' tapi lelaki itu masih tidak menjawab.

Ayden hanya melepaskan keluhan berat.

"I'm sorry okay, little girl? My fault." Bicara Ayden serba salah.

"Iya lah." Perlahan Khayra membalas. Kepalanya masih menunduk ke bawah. Enggan membalas pandangan Ayden.

"Little girl..." seru Ayden lembut tetapi Khayra masih menunduk ke bawah. Ayden naik hairan melihat kelakuan Khayra. Gadis itu seakan-akan takut dengannya. Dia ada buat salahkah?

"Little girl, I'm talking to you right now. So please look at me." Nadanya sengaja ditegaskan.

Khayra perlahan-lahan mengangkat wajahnya membalas pandangan Ayden.

"Are you okay? You look scared. Saya ada buat salah pada awak ke, little girl?" Penuh prihatin Ayden menyoal. Risau dia kalau dia ada mengguris perasaan gadis itu.

Khayra hanya menggeleng kepala.

"Then, why you look so awkward? Khayra saya tak macam ni."

"Then, dia macam mana?" Sengaja Khayra mahu menguji Ayden.

"Dia banyak mulut." Selamba Ayden berkata.

Terjegil mata Khayra mendengar jawapan Ayden. Ayden hanya ketawa kecil.

"I'm just kidding, little girl. Now tell me, why? Kenapa awak nampak takut?" Ayden kembali serius. Tunak matanya memandang Khayra.

Khayra hanya diam. Ayden yang seperti sedang berfikir mula mendapat idea. Rasanya dia tahu mengapa Khayra kelihatan takut.

"Awak dengar saya marah pekerja-pekerja saya tadi ke?" Soal Ayden lembut. Matanya tidak berkalih dari memandang wajah manis gadis itu. Gadis itu kelihatan manis memakai tudung bawal berwarna pink lembut menampakkan aura kelembutan dalam dirinya. Suka Ayden melihat perubahan Khayra sekarang.

Khayra hanya mengangguk perlahan. Kepala masih menunduk ke bawah.

Ayden hanya mengangguk sambil tersenyum lembut.

"Little girl..." seru Ayden lembut.

"Iya?" Perlahan Khayra mengangkat wajah memandang Ayden.

"Don't be scared okay? Ini kali pertama saya marah mereka seteruk itu. Saya cuma tak mahu mereka pijak kepala. Itu sahaja sayang. Saya terpaksa bertegas supaya kualiti kerja lebih bagus dari sebelum ini. Macam mana syarikat mahu membangun kalau pekerja tak bertanggungjawab. Kan?" Lembut sahaja nada suara yang Ayden gunakan kepada Khayra.

"Awak jangan risau. Saya takkan macam tu dengan awak. Pernahkah saya berkelakuan begitu pada awak? Tak kan? Awak perempuan, Khayra. Kekerasan bukan tindakan yang betul untuk mendidik seorang perempuan. Hati perempuan lembut jadi kita kena guna kelembutan juga untuk menegur." Lembut Ayden memujuk.

"Don't worry okay?"

Khayra hanya mengangguk perlahan sebelum melemparkan senyuman manis pada Ayden.

"Kalau awak tak percaya..."

Khayra menanti bicara Ayden.

"Awak kena kahwin dengan sayalah." Senyum senget muka terbit di bibirnya.

"Ish awak ni!" Khayra menjegilkan mata ke arah Ayden. Suka betul menyakat lah dia ni!

Ayden hanya ketawa kuat. Seronok betul kenakan orang ya?

•••

Sepi. Hanya sepi menghuni dua figura yang sedang bersantai di restoran mewah. Lelaki di hadapannya dipandang tak puas hati. Tadi ajak suruh teman, ini kenapa senyap saja? Hampir 15 minit dia sampai, lelaki itu hanya diam, seperti sedang berada dalam dunia sendiri. Air dia pun dah nak habis tunggu bicara lelaki di hadapannya.

"Kau kalau nak diam saja, baik aku balik. Layan netflix lagi syok." Geram dia dengan lelaki ini! Makin dibiarkan, makin menjadi!

"Ish diam lah!" Selamba Ayden berkata seolah tak terkesan dengan bicara Syarul.

Syarul ternganga tidak percaya dengan respon Ayden. Macam tu je dia patahkan kata-kata aku?

"Malas aku dengan kau ni!" Tubuhnya baru sahaja ingin diangkat, satu tangan menghentak kuat meja. Terhinggut bahunya. Nasib tidak ramai orang, kalau tak mahu kena halau ni. Terus terduduk semula Syarul.

"Aku..."

Syarul menanti bicara Ayden.

1 saat.

2 saat.

3 saat.

"Tak ada apa lah." Selamba Ayden berkata.

Syarul sudah ternganga kali kedua. Lelaki ini memang menguji kesabaran. Akibat terlalu geram, tangannya menghentak meja membuatkan bahu Ayden pula terhinggut. Terjegil mata Ayden memandangnya. Tetapi dia buat tidak endah sahaja.

"Aku ni dah lama sabar dengan kau. Lebih baik kau cakap sebelum balik nanti kau pakai wheelchair je berjalan." Bentak Syarul geram. Fikir sahabat sahaja ni, kalau tak mahu kena penumbuk sulung dia ni.

Ayden hanya mengeluh berat.

"Aku... nak kahwin."

Terbeliak biji mata Syarul. Ini berita baik ni. Tapi...

"Kenapa muka kau macam tak suka je?" Pelik.

Ayden mengeluh untuk kali kedua.

"Kalau dia tak nak kahwin dengan aku macam mana?" Kendur suara Ayden.

"Apa kau merepek ni Ayden? Datang sini tadi ada terhantuk dekat mana-mana tiang ke?" Tak faham dia dengan lelaki ni. Complicated kalah perempuan. Overthinking kalah semua orang.

"Dia sayangkan kau, cintakan kau. Takkan dia tak nak kahwin dengan kau. Kau nak halalkan dia kot, mesti dia gembira. Kau kena yakin, Ayden." Nasihat Syarul.

"Kau dah ada peluang, tunggu apa lagi? Nak tunggu kena rembat sekali lagi baru nak bergerak? Dah ada peluang ni, kejarlah. Jangan tunggu-tunggu lagi. Teruskan niat kau tu. Jangan pandang belakang lagi." Panjang lebar Syarul nasihat, dah serupa kaunseling rumah tangga. Betullah orang cakap, orang yang 'single' ni lagi bagus nasihatnya.

Ayden hanya mengeluh berat.

"Kau tolong aku boleh?"

"Tolong apa tu?"

Ayden hanya senyum senget memandang Syarul. Meremang bulu roma Syarul ketika ini. Lelaki ini gila lah agaknya!

'I was, and I remain, utterly and completely and totally in love with you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'I was, and I remain, utterly and completely and totally in love with you.'

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now