Part 27

7.2K 398 4
                                    

Lamunannya yang panjang itu terhenti apabila mendengar soalan dari Ayden

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lamunannya yang panjang itu terhenti apabila mendengar soalan dari Ayden.

"Cik Khayra cakap abang Cik Khayra sakit kemurungan. Kenapa dia kemurungan?" Soal Ayden memecahkan sepi antara mereka apabila terlihat Khayra seperti dalam dunia sendiri.

"Pada hari sepatutnya dia melamar girlfriend dia, perempuan tu hilang tanpa jejak. Hanya meninggalkan sebuah pesanan yang menyatakan dia tak boleh nak teruskan hubungan mereka lagi." Balas Khayra perlahan tetapi dingin di sebalik suaranya.

"Abang excited sangat beli cincin untuk perempuan tu. Dia tunggu lama sangat dekat tempat yang sepatutnya mereka jumpa. Tetapi lepas dia dapat pesanan, terus dia cuba hubungi perempuan itu tapi tak dapat. Nombor itu tiba-tiba dah tak aktif."

"Balik dari dia sepatutnya melamar perempuan tu, dia terus masuk bilik aku dan menangis persis budak kecil. Aku waktu tu tak sangka kawan baik aku sendiri boleh buat abang aku macam tu. Dia khianat abang aku sendiri. Dia tinggalkan abang aku macam tu je." Kedua-dua tangannya sudah digenggam sekuat-kuatnya, menahan rasa amarah dalam hati.

Air mata yang bertakung di tubir mata sedaya upaya cuba ditahan. Tidak mahu menangis depan lelaki ini lagi.

"Setiap hari abang aku tanya, mana Dayana, dia ada datang tak, dia ada call tak, sampaikan aku dah tak sanggup tengok keadaan dia masa tu."

Dia yang sedang membawa sedulang nasi dan secawan air mengatur langkah ke bilik sebelum pintu diketuk perlahan. Figura yang sedang termenung di birai katil ditegur perlahan.

"Abang... Khayra ada bawakan nasi. Jom kita makan. Abang tak makan lagi kan hari ni?" Ujarnya perlahan, memujuk abangnya. Dulang yang berisi nasi dan air diletakkan di atas meja sisi katil.

"Tak nak. Abang nak jumpa Dayana. Dayana ada call Khayra tak?" Soal Khayrul, perlahan. Dia sudah banyak berubah semenjak kehilangan gadis kesayangannya. Badannya dah semakin susut, rambutnya dah berserabai, terlihat kumis-kumis sudah kelihatan di wajahnya. Khayra pula dah terlalu lali mendengar sebaris nama itu dan soalan yang sama setiap hari. Ingin sahaja dihamburkan kemarahan tetapi cuba ditahan, tidak mahu menambahkan tekanan Khayrul.

Khayra cuba mengukir senyum nipis. "Tak ada lah abang. Mungkin Dayana sibuk. Nanti dia dah tak sibuk dia akan call abang. Abang makan dulu ya?" Dia cuba memujuk abangnya sebaik mungkin. Keadaan Khayrul yang semakin teruk sangat menggusarkan hatinya.

"Tak nak! Aku tak nak makan! Aku nak Dayana! Apa kau tak faham lagi ni?!" Tengking Khayrul. Dia hanya cuma nak Dayana! Kenapa semua orang tak faham ni?

Khayra yang terkejut mendengar tengkingan Khayrul terus terhinjut bahunya sebelum matanya mulai berair. Seumur hidupnya, ini kali pertama abangnya menengkingnya hanya disebabkan perempuan yang telah meninggalkannya begitu sahaja. Ada rasa sedikit sakit di hatinya menyedari itu. Tangan digenggam kuat, bibir diketap perlahan.

"Dayana tengah sibuk sekarang, abang. Nanti bila dia dah tak sibuk dia mesti akan call abang. Abang sabar sikit ya? Makan dulu. Takkan nak biar Dayana tengok keadaan abang macam ni. Abang kena makan, bagi tenaga supaya Dayana akan bertambah sayang tengok abang Khayra yang handsome ni." Pujuknya lagi sebelum mencapai tangan Khayrul.

"Makan ya?" Tangan itu diusap perlahan.

Khayrul terdiam sebelum berkata, "Dayana akan datang kan kalau abang makan?" Soalnya perlahan.

Khayra hanya mengangguk perlahan. Air mata cuba ditahan sebaik mungkin.

"Iya, Dayana akan datang. Abang kena makan nasi dulu lepas itu makan ubat, dah sihat baru lah Dayana jumpa abang." Ujar Khayra lembut.

"Aku tak sakitlah! Kenapa aku nak kena makan ubat?!" Bentak Khayrul kasar.

"Tak, abang tak sakit. Tapi abang kena makan ubat supaya abang makin sihat. Barulah bertenaga jumpa Dayana nanti." Sebaik mungkin dia cuba menjaga emosi Khayrul. Itu yang dipesan doktor peribadi keluarga mereka.

Khayrul hanya diam mendengar bicara Khayra.

"Makan ya? Khayra suapkan." Pujuk Khayra lagi.

Khayrul terus mengangguk laju sebelum satu senyuman manis diukir cukup lebar.

Khayra terus menyuap nasi ke dalam mulut Khayrul perlahan-lahan. Nasi yang berada di tepi bibir Khayrul diambil sebelum dia mengelap bibir Khayrul lembut.

"Yeah, tak sabarnya nak jumpa Dayana! Dayana tunggu abang ya? Abang datang nanti tau!" Ujarnya sambil melihat gambar gadis itu yang berada dalam dompetnya itu. Senyumannya tak lekang dari bibir.

Khayra yang mendengar hanya mampu diam. Air mata yang cuba ditahan akhirnya mengkhianatinya dengan mengalir lesu sebelum diseka laju. Tidak mahu Khayrul melihat dia menangis. Khayrul yang ada di depan matanya kini bukan lagi abang yang dia kenal. Lelaki itu sudah berubah sepenuhnya selepas kejadian Dayana meninggalkannya tanpa alasan. Menyedari itu, hati Khayra bertambah sakit. Kalau dia tahu begitu sekali perangai Dayana, tidak akan dia biarkan abangnya mengenali gadis licik itu.

'Sometimes memories sneak out of my eyes and roll down my cheeks

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Sometimes memories sneak out of my eyes and roll down my cheeks.'

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now