Part 29

6.9K 420 6
                                    

Pintu bilik dibuka sebelum dia memboloskan diri ke dalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu bilik dibuka sebelum dia memboloskan diri ke dalam. Birai katil dituju. Hembusan nafas dilepaskan sebelum dia teringat sesuatu. Beg tangan dicapai lalu diambil sehelai sapu tangan yang diberi oleh Ayden sebentar tadi.

Diusap sapu tangan itu sebelum satu senyuman terukir di bibirnya. Tidak dapat dinafikan, hatinya sudah terpaut dengan lelaki itu. Peribadi lelaki itu sangat memikat sekeping hatinya. Tetapi apabila muncul figura lelaki lain yang berada dalam mindanya, satu keluhan berat dilepaskan. Sapu tangan diletak tepi sebelum kaki melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.

•••

Sebaik sahaja dia membuka pintu, kornea matanya dipenuhi dengan sekujur tubuh tegap dengan sut hitam yang sedang membelakanginya. Terus terlakar senyuman di wajahnya.

Dari belakang pun handsome...

Eh?

Terdengar sahaja bunyi pintu dibuka, Ayden terus memusingkan tubuhnya dan menghadap figura itu.

'Beautiful as always...'

Wajahnya dihiasi senyuman yang cukup manis sebelum kepala ditunduk sedikit tanda hormat.

"Morning, Cik Khayra."

"Morning." Sapa Khayra mesra.

"Saya ada sesuatu untuk Cik Khayra."

Terangkat kedua-dua kening Khayra.

"Cik Khayra tunggu sekejap ya." Terus dia melangkah ke kereta sebelum dibuka pintu kereta. Terlihat dia sedang mengeluarkan sejambak besar bunga ros merah. Dengan penuh bergaya, Ayden melangkah ke arah Khayra dengan sejambak bunga di tangan kanannya. Tangan kiri dimasukkan ke dalam poket seluar.

Khayra yang melihat terus tergamam. Biar betul lelaki ni?

"Nah, special for you, beautiful Khayra." Disua bunga itu ke arah Khayra dengan senyuman lebar di bibir menampakkan kedua-dua lesung pipitnya yang dalam.

Khayra yang belum habis terkejut hanya memandang bunga itu tanpa ingin mengambilnya.

"Ini apa?" Soal Khayra perlahan.

"Oh, ini! Ini bunga ros merah, Cik Khayra." Jawab Ayden sarkastik.

Khayra hanya memutarkan bebola mata ke atas ketika mendengar jawapan Ayden.

Ayden ketawa kecil sebelum menjawab, "ini untuk Cik Khayra. Semalam Cik Khayra menangis teruk, jadi hari ini saya tak nak tengok Cik Khayra sedih lagi."

"Gelabah teruk saya semalam tengok Cik Khayra macam tu. Cik Khayra jangan menangis macam tu lagi tau!" Ujarnya dengan muka gelabah.

Khayra yang melihat hanya ketawa mendengar bicara Ayden.

Ayden terus berdehem sebelum berkata, "saya masih tunggu Cik Khayra ambil. Saya tak terima sebarang penolakan, ya Cik Khayra?" Bicaranya selamba dengan senyum sinis.

Khayra tertawa kecil sebelum menyambut huluran Ayden.

"Terima kasih." Ucap Khayra mesra.

"Sama-sama kasih, Cik Khayra." Ayden tersengih.

Khayra hanya senyum nipis.

"Jom Cik Khayra kita gerak ke kafe."

Khayra hanya angguk sebelum tiba-tiba langkahnya terhenti apabila menyedari Ayden di hadapannya juga menghentikan langkah.

Terlihat Ayden sedang menyeluk poket mengeluarkan sebuah telefon pintar sebelum berkata, "sekejap ya Cik Khayra." Ayden meminta izin.

Khayra hanya mengangguk memberi izin.

Ayden mengambil langkah jauh dari Khayra sebelum menjawab panggilan.

"What's wrong, Mark?" Soalnya terus.

"Tuan, kita ada masalah sikit."

"Apa?"

"Pihak JJ Holdings mahu buat meeting secara mengejut."

Ayden kerut kening sebelum berkata, "bukan kita dah tetapkan tarikh meeting yang sepatutnya ke?" Ini tak boleh jadi! Kenapa mereka mahu buat meeting secara mengejut?

"Betul, tuan. Tapi CEO JJ Holdings tetap berkeras nak buat meeting ini hari ini disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan."

Ayden hanya mendengus kasar.

"Pukul berapa?" Soal Ayden dingin.

"Lagi satu jam, tuan." Balas Mark perlahan.

Ayden terus memegang pelipisnya.

"Okaylah, aku akan datang sekarang. Kalau aku lambat, tolong alihkan perhatian mereka. Aku akan sampai dalam masa satu jam."

"Baik, tuan."

Terus dimatikan panggilan sebelum menghampiri Khayra yang sedang termenung.

"Cik Khayra..."

Khayra yang terdengar suara Ayden menyeru namanya,  terus memandang Ayden. Keningnya dikerut wajah Ayden yang seperti sedang kelam-kabut. Apa dah jadi?

"Cik Khayra... saya ada hal yang perlu diuruskan. Sangat penting. Jadi boleh tak kalau saya hantar Cik Khayra ke kafe kemudian saya terus pergi uruskan hal saya?" Ayden meminta izin.

Khayra yang terdiam seketika terus menyahut, "boleh. Tak apa, kau settlekan saja hal kau. Aku boleh pergi sendiri."

"Eh tak boleh! Saya kena hantar Cik Khayra ke kafe dengan selamat. Itu tanggungjawab saya. Lepas saya dah hantar, saya terus pergi uruskan hal saya. Boleh kan?"

"Boleh." Khayra mengangguk dengan satu senyuman yang nipis di bibir.

"Terima kasih, Cik Khayra." Ayden tunduk hormat.

•••

Ayden membuka pintu kereta sebelum Khayra melangkah keluar. Belum sempat Khayra ingin melangkah lebih jauh, namanya diseru. Khayra terus memusingkan tubuh.

"Lunch nanti saya jemput Cik Khayra ya? Kita lunch sama-sama." Ujarnya lembut. Dia berasa sangat serba salah meninggalkan gadis itu begini tetapi dia ada kerja yang tak dapat dielakkan.

Khayra terus tersenyum lebar. Tadi dia agak sedih memandangkan lelaki itu akan pergi menguruskan hal lain akan tetapi, apabila mendengar bicara lelaki itu, hatinya terubat sedikit.

"Okay. Aku tunggu." Ujar Khayra lembut.

Ayden hanya mengangguk perlahan dengan senyuman.

'Because no matter how tough the world becomes, you must never run out of sweetness

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Because no matter how tough the world becomes, you must never run out of sweetness.'

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now