Part 17

7.4K 482 7
                                    

Seusai sahaja mandi, Khayra menggantung tualanya di dalam almari sebelum mata tertancap pada sesuatu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seusai sahaja mandi, Khayra menggantung tualanya di dalam almari sebelum mata tertancap pada sesuatu.

Telekung dan sejadah.

Khayra memandang sayu sebelum teringat kata-kata Ayden.

'Masih belum terlambat untuk berubah. Selagi kita bernyawa, selagi itu kita masih ada peluang untuk bertaubat.'

Khayra akui sudah sekian lama dia tidak mendirikan solat dan melakukan kewajipan kepada Allah. Dia terlalu leka dengan sakit yang dirasakan sehingga terlupa untuk kembali pada yang Maha Esa. Teringatkan itu, air matanya jatuh setitis sebelum diseka perlahan. Dengan langkah perlahan, dia bergerak ke bilik air untuk mengambil wuduk dan mengerjakan solat isyak.

Selesai mengerjakan solat isyak, tangan diangkat untuk memohon doa.

"Ya Allah Ya Tuhanku, aku tahu aku hamba yang tidak layak memohon keampunan daripada Mu, Ya Allah. Tapi aku juga tidak sanggup masuk ke neraka Mu, Ya Allah. Kau kuatkan lah iman aku untuk sentiasa bertaqwa padaMu, Ya Allah. Sesungguhnya aku hamba Mu yang lemah. Sesungguhnya aku telah jauh dari Mu, Ya Allah. Jika dengan memberi ku ujian akan mendekatkan aku dengan Mu, maka kau tiupkan lah kekuatan dalam diriku untuk menempuhnya. Hanya pada Mu ku memohon dan hanya pada Mu ku berserah. Aamiin ya rabbal alamin..." usai doa, air matanya mengalir lesu ke pipi. Sungguh dia berasa lega dapat meluahkan apa yang terbuku di dadanya.

Perasaan tenang yang maha hebat dirasakannya sekarang. Terlakar senyuman di bibir nipisnya itu.

•••

Pagi yang hening dengan matahari yang terang memunculkan diri menggantikan malam yang kian melabuhkan tirai. Bunyi burung ikut bersiulan menghargai ciptaan Maha Esa. Sementara Khayra yang berada di hadapan cermin mulai melakar senyuman nipis sebelum mengorak langkah keluar dari bilik. Semalam tidurnya sangat lena tanpa mimpi-mimpi buruk yang sering menghantuinya, hal itu cukup mengembirakan hati Khayra.

"Morning, pa," sapanya mesra kepada papanya yang sedang bersarapan.

"Morning, sayang." Balas Dato' Khairil sebelum mengukir senyuman nipis.

"Papa bila balik? Tak dengar pun semalam." Soal Khayra, membuka topik perbualan.

"Tengah malam tadi papa balik. Papa masuk bilik Khayra, tengok Khayra dah tidur. Tak nak lah papa kacau." Terang Dato' Khairil.

Khayra hanya menayangkan senyum tipis.

"Awal Khayra tidur semalam. Selalunya pukul 2,3 pagi lampu bilik masih terang-benderang," ujar Dato' Khairil. Hairan dengan anaknya yang seorang ini, selalunya tidur lambat kadang-kadang sampai langsung tak tidur, tapi semalam awal pula tidur.

"Khayra penat sikit, pa." Balas Khayra ringkas dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Hari ini moodnya sangat baik!

Dato' Khairil hanya angguk.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now