Part 53

9.7K 460 1
                                    

Tok! Tok! Tok!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk."

Pintu dibuka perlahan.

"Hai handsome!" Ujar Khayra ceria.

Pantas kepala Ayden memandang Khayra. Dahinya berkerut seketika sebelum senyum nipis diukir.

"Sayang, buat apa di sini?" Laju kakinya melangkah ke arah Khayra. Mereka sama-sama menuju ke ruang untuk tetamu.

"Saja. Saya datang bawa kek!" Ceria sahaja nada suara Khayra.

"Er... okay."

"Jom makan!" Kotak kek sudah dibuka.

"Tak apa lah, awak makan okay? Saya teman." Tolak Ayden lembut.

"Eh kenapa pula? Saya beli untuk awak tahu! Awak kena makan. Lagipun awak kan tak ada mood, jadi mana tahu makan kek boleh buat mood awak okay balik." Sejak kejadian Ayden menangis di rumahnya itu, sudah 2 hari mereka tidak bertemu disebabkan kerja. Jadi hari ini dia datang untuk menceriakan hati Ayden semula.

"Tapi... saya—"

"Kenapa?" Pintas Khayra laju.

"Saya tak makan benda manis." Perlahan Ayden berkata. Takut Khayra kecil hati.

"Oh." Khayra terdiam seketika.

"Tapi! It's okay, saya makan sikit okay?" Perlahan tangannya mencapai garpu.

Khayra terlihat hanya diam membisu.

"Little girl..." seru Ayden apabila melihat gadis itu diam.

"Saya ni teruk kan?" Tiba-tiba Khayra berkata membuatkan Ayden berkerut kening.

"Little girl, kenapa cakap macam tu? Tak baik, sayang." Lembut Ayden berbicara.

"Iya lah, awak tahu macam mana nak buat saya okay. Awak tahu semua benda pasal saya tapi saya..."

"Tak tahu apa-apa pun pasal awak." Kepala sudah tertunduk seperti pesalah.

"Hey, little girl... look at me." Pinta Ayden lembut.

Perlahan Khayra mengangkat wajahnya.

"It's okay, little girl. Kita ada banyak lagi masa untuk kenal each other lebih dalam. Awka jangan risau, saya tak ambil hati pun kalau awak tak tahu tentang saya." Lembut Ayden memujuk.

"Nanti lepas kahwin, awak akan tahu tentang saya semuanya. Luar dan dalam." Senyum senget diukir Ayden.

"Ish awak ni!" Perlahan lengan Ayden ditepuk. Merepek saja lah!

Ketawa Ayden kuat. Geli hati melihat wajah cemberut Khayra.

"Ayden..."

"Iya?"

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now