Part 42

8.1K 446 0
                                    

Pantulan wajah di hadapan cermin dipandang sepi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pantulan wajah di hadapan cermin dipandang sepi. Tiada senyuman yang menghiasi wajah cantiknya. Hanya muka dingin sahaja ditayang. Selepas menilik tubuh di wajah, kaki diusung perlahan ke pintu.

Buka sahaja pintu utama, matanya melihat tempat letak kenderaan yang selalunya diisi oleh sebuah kereta yang tidak asing lagi baginya.

'Morning, Cik Khayra.'

Tiada lagi ucapan selamat pagi darinya. Tiada lagi wajah tampannya di depan mata. Tiada lagi senyuman manis yang sentiasa menghiasi wajah tampannya. Yang ada hanyalah kekosongan.

Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan.

'Whatever happen Khayra, you have to keep moving on. This is not the end of your life.' Ujarnya sendiri. Kata-kata semangat yang selalu digunakan.

Sudah tiga hari dia tidak ke kafe, hanya kerja dari rumah. Semuanya diuruskan oleh Lili di kafe. Mujur ada pembantunya yang sangat bertanggungjawab. Disebabkan itulah, Khayra meletakkan sepenuh kepercayaan pada gadis itu. Dia yakin gadis itu mampu melakukannya dengan baik.

•••

Sampai sahaja di kafe, kehadirannya disapa mesra oleh pekerja-pekerjanya. Hanya anggukan dibalas. Laju sahaja kakinya melangkah ke pejabat. Buka sahaja pintu, kornea matanya difokuskan ke arah atas mejanya.

Kotak kek?

Laju kakinya menghampiri meja kerja. Perlahan tangan menilik kotak itu sebelum mencapai kad kecil di atas kotak.

'For: my little girl, Khayra.'

Baca sahaja ayat hadapan kad kecil itu, Khayra sudah tahu siapa pengirimnya. Terus jantungnya berdetak lebih laju. Bibir diketap perlahan menahan diri dari gelodak amarah. Kasar tangannya membuka kad kecil itu.

'I'm sorry for everything, little girl. Saya mengaku semua itu salah saya. But please, don't ruin your entire day just because of useless man like me. Enjoy your cake, little girl. Jangan buang okay? Penat saya pilih. Hehe.'

Sejurus itu, satu notifikasi selamat masuk ke dalam telefonnya. Laju tangannya membuka mesej yang baru dihantar kepadanya.

-my handsome bodyguard-

Tangan kasar menekan mesej tersebut.

'Morning, little girl. Saya harap awak sudah dapat kek yang saya beri. Makan ya? Please take a very good care of yourself. And please know that I always watching you from afar. Don't worry okay?'

'Mungkin saya menipu awak tentang identiti saya. Tapi segala layanan, pemberian dan perasaan saya semuanya ikhlas dari hati. Meeting you was the best chapter in my life.'

'Until we meet again, Khayra Soffeya.'

Jatuh setitik air matanya mengalir lesu ke pipi. Laju disekanya. Tidak mahu terlampau mengikut emosi.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now