Part 14

7.8K 487 5
                                    

Sebuah cahaya masuk menembusi biliknya, membangunkannya dari lena, tidak tahu jam berapa dia lena semula selepas mimpi ngeri yang menghantuinya semalam, menyedari itu keluhan berat dilepaskan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebuah cahaya masuk menembusi biliknya, membangunkannya dari lena, tidak tahu jam berapa dia lena semula selepas mimpi ngeri yang menghantuinya semalam, menyedari itu keluhan berat dilepaskan. Badan yang terasa sakit diurut perlahan sebelum bergerak ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

•••

"Morning, Cik Khayra," sapa Ayden mesra selepas menyedari kehadiran gadis itu di ruang makan.

"Morning," balasnya sepatah.

Ayden hanya tersenyum manis ke arah Khayra.

"Papa mana?" Soal Khayra apabila bayang Dato' Khairil tidak kelihatan.

"Dato' Khairil ada urusan di luar negeri hari ini, Cik Khayra. Dia dah bertolak subuh tadi," balasnya mesra.

Khayra hanya melepaskan keluhan berat sebelum menikmati hidangan pagi yang disediakan. Pergerakannya terhenti apabila terlihat lelaki di hadapannya yang sedang berdiri tegak sambil memandang ke arahnya. Senyuman tidak pernah lekang di bibir itu.

"Tak nak breakfast sekali?" Pelawa Khayra.

"Tak apa, Cik Khayra. Saya dah breakfast tadi," Ayden tolak pelawaan Khayra dengan lembut.

Khayra sekadar mengangguk.

•••

Dia yang sedang leka memandu sesekali memandang cermin pandang belakang dan terlihat gadis itu seperti sedang termenung jauh dalam dunianya sendiri. Keningnya berkerut melihatnya. Gadis itu ada masalahkah?

"Cik Khayra okay?" Soalnya lembut, sekadar mengambil berat.

Khayra yang seakan tersedar dari lamunan hanya mengangguk perlahan.

"Kalau Cik Khayra ada masalah dan memerlukan seseorang untuk mendengar, saya sudi," pelawanya mesra. Dia tahu ada sesuatu yang membelenggu fikiran gadis itu tetapi dia tidak mahu memaksa, biarlah gadis itu yang membuka cerita sendiri.

Khayra menghembuskan nafas perlahan sebelum berkata, "aku okay," balasnya dingin.

Ayden hanya senyum nipis dan mengangguk perlahan sebelum menyambung fokusnya terhadap pemanduan.

•••

Tok! Tok! Tok!

"Masuk," arahnya tanpa melihat gerangan yang memasuki pejabatnya.

Matanya terus terhala ke arah sepotong kek dan secawan kopi yang berada di atas mejanya sebelum mendongak kepala memandang figura yang berada di hadapannya itu.

Kening terjungkit sebelah sebelum menyoal, "apa ini?"

"Oh, ini kek dan kopi, Cik Khayra," balasnya selamba.

"Aku belum bodoh lagi tak tahu itu kek dan kopi. Maksud aku, apa benda semua ni? Aku tak cakap pun aku nak makan atau minum sekarang ni," pelik dia dengan kelakuan lelaki tiga suku ini. Tiba-tiba saja bagi kek dan kopi.

Ayden tersenyum sebelum menjawab, "memang lah Cik Khayra tak minta tapi saya rasa Cik Khayra perlukannya."

Berkerut kening Khayra mendengar jawapan Ayden.

"Saya tengok daripada tadi muka Cik Khayra masam saja, asyik termenung, macam banyak masalah yang membelenggu fikiran Cik Khayra. Jadi, saya datang bawakan ini untuk melegakan fikiran Cik Khayra buat sementara waktu," terangnya panjang lebar. Dari pagi tadi dia perasan gadis ini banyak diam dan termenung. Walaupun gadis itu tidak pernah bersikap mesra dengannya, tapi selalunya dia akan mencari pasal dengan melontarkan ayat-ayat sinis dengan niat untuk menyakiti hatinya. Namun tidak pula pada hari ini.

"Habis itu kau ingat dengan makan kek dan minum kopi ini masalah aku selesai serta-merta ke?" Soalnya sinis.

"Memang lah tak boleh. Tapi sekurang-kurangnya Cik Khayra dapat berhenti fikir masalah dan menikmati kek yang manis dan kopi yang panas ini. Makan benda-benda yang manis akan buatkan mood kita baik tau!" Ujarnya bersungguh-sungguh.

Khayra hanya berdecit kecil. Dia sendiri tak tahu karut apa yang sedang lelaki ini bicarakan!

"Saya tahu Cik Khayra ada masalah. Tapi saya pun nak Cik Khayra tahu, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Kalau Cik Khayra terus-terusan fikir masalah itu, Cik Khayra takkan jumpa jalan keluar. Kadang-kadang kita juga perlu berhenti daripada fikir masalah dan cari jalan keluar. Jangan buang masa pada sesuatu yang hanya melemahkan kita," pesannya lembut sebelum tersenyum nipis. Dia hanya mahu membantu gadis itu untuk terus sabar menghadapi masalahnya.

Khayra terdiam mendengar kata-kata Ayden. Matanya tidak lari dari memandang seraut wajah tampan itu.

"Makan tau kek ini, penat saya potong," ujarnya sambil tersengih. "Saya keluar dulu, Cik Khayra," Ayden meminta diri sebelum mengorak langkah keluar dari situ.

Tanpa Khayra sedar, ada satu senyuman terlakar di bibirnya.

•••

Dia yang baru keluar dari pejabat Khayra terserempak dengan Lili yang hampir melanggarnya.

"Eh, maaf Encik Ayden!" Kalut dia meminta maaf.

"Tak apa," Ayden hanya senyum nipis. "Ini awak nak ke mana?" Soalnya apabila melihat Lili seperti tergesa-gesa.

"Oh, tak! Ini, ada orang pesan pada saya suruh bagi surat ini kepada Cik Khayra," balasnya ringkas.

Ayden kerut kening melihat surat itu.

"Boleh saya tahu daripada siapa?" Soalnya lagi.

"Saya pun kurang pasti. Saya tak nampak muka dia dengan jelas sebab dia pakai topi dan mask," balas Lili lagi.

"Kalau macam itu, bagi saya saja lah. Saya boleh serahkan pada Cik Khayra," Ayden tawar diri untuk menyerahkan surat itu.

"Baiklah Encik Ayden," surat itu terus bertukar tangan sebelum Lili mengambil langkah pergi dari situ.

Surat yang berada di tangan, dipandang curiga.

'Your problem isn't the problem, your reaction is the problem

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Your problem isn't the problem, your reaction is the problem.'

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now