Part 33

7.1K 404 13
                                    

Tok! Tok! Tok!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk."

Seorang figura masuk apabila diberi keizinan. Kepalanya ditunduk hormat.

"Bos, ada orang nak jumpa dengan bos." Bicara Lili.

Kening Khayra dikerut seribu.

"Siapa? Saya ada appointment dengan mana-mana customer ke hari ni?" Setahunya dia tak ada apa-apa appointment pun hari ini. Jadi, siapa yang ingin berjumpa dengannya tu?

"Memang bos tak ada appointment hari ni cuma ada customer nak jumpa dengan bos. Katanya ada tempahan yang nak dibuat tetapi dia ingin berjumpa dengan bos secara peribadi. Boleh?"

Khayra diam berfikir sebelum mengangguk perlahan.

"Okay. Suruh dia tunggu, kejap lagi saya keluar."

"Baik bos." Kepala menunduk hormat sebelum melangkah pergi.

•••

Kerut seribu dahinya melihat figura yang ingin berjumpa dengannya. Siapa dia? Tak pernah lihat sebelum ni. Rasanya ini bukan customer yang selalu berkunjung ke butiknya. Kakinya melangkah perlahan ke arah figura itu.

"Assalammualaikum puan. Puan nak jumpa saya?" Soal Khayra apabila figura itu telah menyedari kehadirannya.

"Iya, betul." Senyum diukir. "Saya mahu buat tempahan baju untuk open house saya nanti."

Khayra mengangguk perlahan.

"Sebelum tu, saya Tengku Airin."

"Oh, maaf tengku." Dia memohon maaf apabila dia terpanggil wanita berusia itu dengan panggilan 'puan'.

"Tak apa, panggil saja saya Puan Airin." Mesra sahaja nadanya.

"Baiklah. Puan Airin boleh panggil saya Khayra. Jadi, Puan Airin nak tempahan baju yang macam mana?" Khayra memulakan kerjanya. Buku nota ditangan dibuka segera.

"Saya mahu tempahan long dress yang biasa tetapi nampak elegan. Kalau boleh, tidak perlu terlampau banyak labuci, yang sederhana sudah memadai."

Khayra hanya mengangguk sambil mencatat isi-isi penting.

"Puan ada spesifik warna?"

"Rose gold."

Khayra mengangguk.

"Puan Airin nak pakai bila dress ni? Dalam masa terdekat?"

"Lebih kurang lagi sebulan. Sempat ke siapkan?"

Khayra diam menimbang tara apa yang dikatakan oleh Tengku Airin.

"Insha Allah sempat, puan. Pihak kami akan cuba siapkan dalam tempoh yang Puan Airin mahukan." Ujar Khayra yakin dengan senyuman manisnya.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now