Angin yang bertiup nyaman menyalurkan sedikit ketenangan dalam jiwa dua yang sedang meluangkan masa bersama. Kini mereka berada di taman bunga mini yang ada di belakang rumah agam keluarga Khayra.
Khayra yang sedang menikmati kek hanya direnung bagai tidak mahu lepas. Bibirnya tak lekang dari senyuman melihat gadis itu menikmatinya dengan berselera.
Khayra yang seakan tersedar seperti seseorang sedang memerhatinya terus menghala pandangan ke arah Ayden. Terlihat lelaki itu sedang merenungnya dengan senyuman. Terkaku sebentar Khayra melihat senyuman itu. Senyuman yang mampu mencairkan hati sesiapa saja yang melihatnya. Tiba-tiba hatinya berdebar. Cepat-cepat dia mengalihkan perhatian sebelum hatinya terkeluar nanti. Risau!
"Kau ni tipu aku kan?" Soal Khayra kasar.
"Eh kenapa?" Ayden yang leka merenungnya tersentak. Muka sudah cuak serta-merta.
Khayra menahan diri daripada tersenyum. Sebaik mungkin muka dingin ditunjuk.
"Cakap nak makan sambil tengok muka aku, ni kau tak makan pun. Tengok muka aku saja kenapa?" Tanyanya sedikit kasar.
Terus terhambur ketawa Ayden.
"Saya tiba-tiba kenyang tengok Cik Khayra makan," balasnya lembut.
Khayra hanya menjeling. Sweet talker!
"Cik Khayra habiskan lah. Saya memang beli untuk Cik Khayra." Sambungnya lagi lembut.
"Aku mana mampu nak habiskan ni. Banyak sangatlah!" Bentak Khayra. Ayden ni pun satu, dia pergi beli satu kek tu terus kenapa? Siapa nak habiskan?
"Saya tahu Cik Khayra mampu," bidasnya lembut.
"Gemuklah aku nanti!" Khayra masih dengan kedegilannya.
"Tak apa, saya tetap sayang," ujarnya selamba tanpa menyedarinya.
"Apa?" Khayra yang seperti salah dengar, tanya semula.
"Eh, tak ada. Maksud saya, Cik Khayra tetap cantik walau apa pun," nafinya sambil tersengih.
Khayra hanya menjelingnya sebelum memasukkan sesuap potongan kecil ke dalam mulut.
Ayden terus menghembuskan nafas lega. Nasib tak dengar!
"Aku ada soalan untuk kau." Ucap Khayra selepas lama mereka mendiamkan diri.
"Apa dia?"
"Kenapa kau tak ada girlfriend?" Dia sangat musykil dengan lelaki itu. Tipulah tak ada orang nak, handsome macam ini! Eh?
Ayden hanya ketawa perlahan.
"Memang aku buat lawak pun sekarang ni," geram betul Khayra dengan lelaki ni. Orang tanya betul-betul, boleh pula dia gelak.
"Ha'ah. Cik Khayra memang pandai ya dalam buat lawak?" Ayden dengan loyar buruk tak dapat dipisahkan.
Khayra hanya menjeling tajam. Malas mahu layan!
"Okay, okay. Sorry okay?" Ayden mohon maaf selepas tawanya mula reda. "Siapa cakap saya tak ada girlfriend?" Dia menyambung sambil tersenyum sinis.
Khayra terdiam sebelum tersedar sesuatu. Ya lah! Lelaki tu tak pernah cakap dia tak ada girlfriend. Maksudnya lelaki ni milik orang ke? Terselit sedikit rasa kecewa dalam hatinya.
Tawa Ayden kedengaran lagi selepas menyaksikan muka cuak Khayra. Khayra yang menyedarinya mula mengerut kening hairan. Kenapa dia ni tiba-tiba ketawa?
"Tak ada lah! Saya single lagi. Kenapa? Cik Khayra nak try saya ke?" Soalnya sekadar mengusik sambil kening diangkat dua kali. Senyum sinis terukir di bibirnya.
"Lambat lagilah!" Geli dia mendengar kata-kata Ayden. Dia nak try lelaki tu? Memang taklah! Bukannya handsome sangat pun! Eh? Ya ke?
Khayra terus mendengus kasar.
"Saya tak ada girlfriend." Ucapnya dengan nada serius sambil matanya menghala ke arah bunga-bunga yang ada di hadapannya.
"Tapi saya sedang menunggu seseorang." Sambungnya lagi.
Khayra mula pelik.
"Siapa?"
"Seseorang yang sangat istimewa untuk saya." Sejurus itu, dia menghalakan matanya ke arah Khayra.
"Seseorang yang sempurna bagi saya." Sambungnya lagi. Matanya tetap memandang sepasang mata gadis itu.
Khayra yang seperti terkunci mulutnya hanya diam membalas renungan lelaki itu. Kenapa dia merasai sesuatu apabila melihat mata lelaki itu?
"Dah 10 tahun saya tunggu dia. Dan saya akan tetap tunggu dia walaupun untuk seratus tahun lagi." Kata Ayden sebelum bibirnya terlakar senyuman manis.
"Kenapa... tak luah... pada dia?" Soalnya perlahan. Suaranya seakan tersekat untuk mengeluarkan kata.
Ayden yang mendengar soalan itu terus menghalakan matanya ke arah depan, suasana taman bunga. Sesekali dia menjilat bibirnya, mengurangkan gugup di hati.
"Belum masanya lagi untuk saya luahkan pada dia." Dia hanya tenang dalam senyuman.
Khayra hanya senyum nipis dan menghalakan pandangan ke arah yang sama seperti Ayden.
"Untung dia."
"Why?"
"Ada lelaki yang setia dan jujur macam kau, tunggu dia sehingga 10 tahun untuk meraih cinta dia." Ujarnya perlahan, terselit nada sayu. Bukan macam dia, dimainkan oleh lelaki yang dia cintakan sepenuh hati.
"Tapi saya tak rasa dia ada perasaan yang sama macam saya." Balas Ayden dengan suara yang sedikit kendur. Keluhan berat dilepaskan.
Khayra kerut kening.
"Dari awal lagi, saya bukan pilihan dia. Dan takkan jadi pilihan dia." Ujar Ayden perlahan. "Mungkin." Sambungnya lagi dengan senyum sinis. Penuh makna sebalik kata-katanya.
Khayra hanya diam mendengar sebelum bersuara, "kalau kau berpeluang jumpa dia, kau nak buat apa?" Soalnya ingin tahu.
"Bahagiakan dia." Balas Ayden sebelum kembali memandang Khayra. "Saya nak tebus silap saya pada dia yang membiarkan dia mencintai lelaki yang salah 3 tahun yang lalu."
Khayra yang mendengar sedikit tergamam. Apa maksud lelaki ini?
"Saya takkan maafkan diri saya sendiri kerana biar dia disakiti oleh lelaki lain."
Khayra hanya mampu memandang lelaki itu dengan penuh perasaan aneh dalam hatinya.
Ayden... kita pernah kenalkah sebelum ni?
'Letting you get hurt by another man is the stupidest thing I've ever done in my life.'
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒
Romance[ Book 1 ] Tengku Ayden Qaiser, seorang lelaki yang dingin dan mempunyai syarikat sendiri. Wajah yang sentiasa dipamer beku sungguh sukar hendak melihat mesranya tetapi begitu mudah tersenyum apabila melibatkan seorang gadis. Gadis yang sudah lama m...