Part 37

6.8K 371 36
                                    

Sudah 10 minit dia duduk di hadapan gadis itu tetapi satu patah pun tidak keluar dari mulut Khayra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah 10 minit dia duduk di hadapan gadis itu tetapi satu patah pun tidak keluar dari mulut Khayra. Khayra hanya memberitahu bahawa dia ingin berjumpa dengannya tetapi sehingga sekarang hanya sunyi memenuhi ruang pejabat milik gadis itu.

Ayden membasahkan tekak lalu berdehem kuat. Terus terhenti lamunan Khayra. Matanya tertancap ke arah seraut wajah tampan Ayden.

"Cik Khayra okay?"

Hanya senyum dan anggukan menjadi balasan.

"Everything will be okay." Nasihat Ayden lembut. Sempat senyuman dilakar.

"I hope so." Satu keluhan berat terkeluar dari bibir mungil gadis itu.

Sepi.

Sunyi kembali menjelma di antara mereka berdua.

"Thank you." Suara Khayra memecah kesunyian.

"Untuk apa?"

"Untuk segalanya. Tak dinafikan, dari mula sampai sekarang kau selalu ada untuk aku. Especially bila aku tengah dalam masalah. Terima kasih sudi dengar luahan masalah aku." Senyum dihadiahkan buat lelaki itu.

"It's not a big problem, Cik Khayra. Kalau Cik Khayra nak meluah, saya sangat berlapang dada untuk dengar. Tapi kalau Cik Khayra rasa mahu pendam, saya hormat privacy Cik Khayra." Balas Ayden lembut.

"Untung siapa dapat kau, Ayden."

Meledak tawa kecil dari mulut Ayden.

"Kenapa Cik Khayra cakap macam tu?"

"You are such a good man." Puji Khayra ikhlas. Betul apa yang dia cakap, sesiapa yang menjadi suri hati lelaki itu sangat bertuah. Sudah lah baik, soft spoken, menghormati perempuan pula tu. Mana nak dapat lelaki seperti ini zaman sekarang?

"Tak ada lah, Cik Khayra. Saya juga ada kekurangan tersendiri. Cuma saya cuba bersyukur dengan apa yang saya ada dan anggap kekurangan tu sebagai satu ujian supaya saya lebih kuat dari sebelum ni." Lancar sahaja mulutnya berbicara. Sangat meyakinkan. Sangat menenangkan hati yang mendengar.

"Kau... tak nak kahwin ke?" Perlahan sahaja soalan itu meluncur keluar dari mulut Khayra.

Hampir tersedak liur Ayden dibuatnya. Soalan cepumas macam ni siapa saja tak terkejut?

"Siapa je tak nak kahwin, Cik Khayra? Cuma... saya tengah tunggu gadis saya terima saya sebagai kekasih halal dia." Tenang sahaja jawapannya.

'Gadis saya' Terasa indah mendengar dua patah kata yang keluar dari mulut Ayden. Siapa gadis bertuah tu ya?

"Cik Khayra nak jadi isteri saya?" Lancar sahaja soalan Ayden kepada Khayra. Seolah tidak terkesan langsung!

Tetapi tidak bagi Khayra. Kejung tubuhnya mendengar soalan Ayden. Detak jantungnya berubah laju. Matanya tidak berkelip memandang Ayden. Ayden terlihat mengangkat-angkat kening sebelum dia meledakkan tawa kuat. Kerut kening Khayra melihatnya.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now