Part 41

8.2K 423 13
                                    

Laju keretanya melangkah masuk ke dalam perkarangan vila

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Laju keretanya melangkah masuk ke dalam perkarangan vila. Buka sahaja pintu, tubuhnya diangkat perlahan. Baju dikemaskan sedikit sebelum memboloskan diri ke dalam vila. Baru selangkah kakinya menapak masuk, semua mata tertuju padanya. Dia hanya beriak selamba. Kaki diteruskan melangkah menghampiri orang tuanya.

"Ayden!" Ujar Tengku Airin teruja sebelum mendapatkan tubuh Ayden. Didakap erat tubuh itu.

Ayden hanya membalas pelukan Tengku Airin sebelum menyalam tangan wanita itu.

"Assalammualaikum mummy. Mummy sihat?" Senyum nipis tidak lekang dari bibirnya.

"Wa'alaikumussalam sayang. Mummy sihat." Balas Tengku Airin teruja.

"Daddy..." panggil Ayden lembut seraya menyalam tangan Tengku Yusuf.

"How are you, Ayden?" Soal Tengku Yusuf bersahaja. Ditepuk perlahan bahu Ayden.

"Baik, daddy. Maaf Ayden lambat, ada hal tadi." Sebenarnya memang dia sengaja datang lewat supaya tidak perlu berjumpa dengan ramai orang. Dia kurang gemar apabila bertemu saudara-mara atau orang ramai. Rimas.

"Tak apa sayang. Janji Ayden datang." Balas Tengku Airin.

Ayden hanya senyum nipis.

"Jom makan sayang. Banyak makanan tau." pelawa Tengku Airin seraya memaut lengan Ayden membawa ke ruang makan.

Sampai sahaja di ruang makan, mata Ayden disajikan dengan pelbagai jenis makanan. Nampaknya mummy buat open house secara besar-besaran. Nasib baik dia hadir lewat sedikit.

"Ayden nak makan apa?" Soal Tengku Airin lembut. Sedia untuk mengambil makanan untuk anak terunanya.

"Tak apa, mummy. Biar Ayden ambil. Mummy pergilah layan tetamu." Bidas Ayden lembut, tidak mahu menyakiti hati wanita itu.

"Ala tak apa lah. Biarlah mummy layan Ayden."

Ayden hanya senyum nipis.

"Eh Aiyan! Sini, Ayden datang ni!" Panggil Tengku Airin apabila melihat figura anaknya itu keluar dari lif.

Mata Ayden terus tertancap ke arah Aiyan. Tajam sahaja renungannya. Seolah ingin diterkam sahaja.

Aiyan hanya beriak selamba ke arah Tengku Airin.

"Hai bro." Aiyan hulur salam dengan senyum nipis.

Terkerut kening Ayden melihat kelakuan Aiyan. Selalunya hanya muka dan senyum sinis sahaja ditayang. Tapi kali ini pakej senyum ikhlas lagi. Biar betul?

Ayden menyambut juga huluran Aiyan. Tidak sampai lima saat. Aiyan hanya jungkit bahu melihat reaksi Ayden.

Tengku Airin yang melihat situasi itu terus memecahkan kesunyian.

"Aiyan dah kemas barang ke? Banyak lagi ke barang yang perlu dikemas?" Soal Tengku Airin kepada Aiyan.

"Tak ada lah, mummy. Sikit je lagi." Balas Aiyan lembut dengan senyum ikhlasnya.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now