Part 36

7.3K 399 29
                                    

Panas dirasakan kini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Panas dirasakan kini. Daripada tadi lagi matanya tidak beralih dari memandang sekumpulan gadis dalam lingkungan 19-22 tahun. Terlihat mereka sesekali mengerling ke arah Ayden yang sedang berdiri memerhati keadaan sekeliling. Mata mereka tidak berkelip langsung memandang lelaki itu. Sesekali berbisik sesama sendiri dan tersenyum-senyum apabila memandang Ayden. Sakit pula hati dia ketika ni! Nasib baik lelaki itu nampak seperti tidak peduli. Mukanya sengaja ditayang dingin dan serius. Ini pertama kali Khayra melihat seraut wajah itu menjadi seperti tiada perasaan. Selalunya senyum memanjang dengannya. Ataupun memang sebenarnya itu perwatakan lelaki itu. Cuma dia yang tidak perasan.

Jadi, mengapa dengan dia lelaki itu jadi sangat peramah? Senyum pula tak pernah lekang untuknya. Hairan dengan perangai lelaki tu.

Tidak betah melihat kelakuan gadis-gadis yang seperti miang keladi itu, dia laju menghampiri Ayden. Satu deheman yang kuat membuatkan Ayden mengalih pandangan ke arahnya.

"Ya Cik Khayra?"

"Aku nak minta tolong kau." Dingin sahaja nadanya. Sakitnya hati ni buat dia rasa nak marah!

"Tolong apa tu?"

"Belikan aku kek. Aku lapar."

"Ermm... tapi kita baru lepas lunch tadi." Perlahan sahaja nada Ayden. Tengok muka Khayra dia sudah tahu perempuan itu seperti sedang marah. Tetapi apa puncanya?

"Ish, suka hati aku lah! Aku nak makan sekarang juga." Bentak Khayra sedikit kasar. Ish, orang suruh beli pun banyak tanya! Sebenarnya dia tak ada rasa nak makan kek pun, tetapi menyedari mata-mata gadis yang sentiasa meliar ke arah Ayden, membuat hatinya tak senang! Dia perlu menjauhkan Ayden dari mereka.

"Tapi..."

"Kenapa? Kau suka ke perempuan-perempuan dekat sana tu pandang-pandang kau? Kau suka kan? Sebab tu kau tak nak berganjak dari sini?" Bentak Khayra lagi. Susah sangat ke lelaki ni nak ikut je kemahuannya? Dah lah hati tengah panas, Ayden makin bikin panas pula!

"Eh, mana ada! Tak ada masa lah saya nak suka." Bidas Ayden laju. Dia sendiri tak perasan gadis-gadis yang dimaksudkan Khayra tu sedang memandangnya. Lagipun tiada keperluan untuk dia tahu pun.

"Ya lah tu! Mulut je cakap tak, dalam hati teruja kan?!" Khayra masih tak mahu kalah. Sengaja mengundang amarah Ayden tetapi lain pula reaksi lelaki itu.

Meledak tawa Ayden mendengar bicara Khayra. Kelakuan gadis ini tak pernah tak mencuit hatinya.

"Kelakar ke?!" Geram pula Khayra rasa sekarang!

"Tak, tak!" Perlahan-lahan tawanya reda.

"Cik Khayra, buat apa saya nak teruja bila dia orang tengok saya? Lain lah kalau Cik Khayra, kalau Cik Khayra yang tenung saya macam tu, boleh terkeluar jantung saya, dah beranak penuh dah rama-rama dalam perut saya!" Sungguh-sungguh dia meyakinkan Khayra. Sesekali terselit gurauan.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now