Special Chapter 1

12.5K 478 16
                                    

Bluek!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bluek!

"Sayang, okay tak ni?" Kelam-kabut dia dari ruang tamu ke bilik air apabila terdengar seperti seseorang sedang muntah. Diusap-usap belakang tubuh Khayra.

"Kha—Khayra okay, abang." Lemah sahaja nadanya ketika berbicara. Mulut dibasuh sebelum tubuhnya dirangkul oleh Ayden. Hendak menghalang, kudratnya sudah habis digunakan ketika muntah tadi.

Perlahan-lahan tubuh Khayra diletak di atas katil.

"Kita kena pergi klinik, sayang. Sayang dah makin teruk tau. Daripada semalam asyik muntah-muntah. Abang risau." Nada risau Ayden kedengaran. Daripada semalam lagi dia sudah ajak Khayra ke klinik tetapi tahu sajalah perempuan dengan degil tidak boleh berpisah. Sudahnya dia hanya mengikut kehendak Khayra.

"Tak naklah abang. Nanti okay lah ni." Sedaya upaya menolak permintaan suaminya.

Ayden melepaskan keluhan berat. "No, kita pergi sekarang atau no hug tonight." Ugut Ayden. Dia tahu, Khayra tak boleh kalau tak peluknya waktu mahu tidur.

Khayra sudah membulat mata, bibir dicebik. "Alaaaa." Sengaja suara dileretkan.

"No ala, sayang. Kita pergi sekarang." Suara sengaja ditegaskan. Dia tidak boleh bertolak ansur lagi dengan isterinya kali ini.

"Iya lah." Perlahan Khayra bersetuju dengan Ayden. Rela dalam terpaksa saja ni.

Ayden sudah melebar senyum. "Macam ni lah sayang abang. Jom kita pergi sekarang."

Khayra sudah menggulingkan biji mata ke atas.

•••

"Tahniah, Puan Khayra hamil dua bulan!"

Sebaris ayat namun mampu menghentikan degup jantung Khayra dan Ayden buat seketika. Rasa diri melayang ke udara. Perlahan tangan Khayra menyentuh perutnya, mengelus-elus lembut. Tidak disangka, ada nyawa yang hadir dalam perutnya tanda cintanya dan Ayden.

"B—betul ke doktor?" Tergagap-gagap suara Ayden menyoal.

"Iya, betul." Balas doktor lelaki itu.

"Be—tul dalam ni a—ada anak saya?" Perlahan tangannya menyentuh perut Khayra.

"Iya lah, takkan anak saya pula kan?" Loyar buruk doktor itu.

Terus mata Ayden jegil memandang doktor lelaki itu. Doktor yang bernama Zakwan itu sudah ketawa kecil.

"Doktor tengah buat lawak ke? Sumpah tak lawak!" Dingin nada Ayden. Fikir doktor saja ni, kalau tak dah masuk 7 kaki bawah tanah dah.

Suasana sunyi seketika. Cengkerik pun menumpang berbunyi.

Aik? Cengkerik?

Deheman kuat dari Khayra menyentak dua lelaki yang sedang melawan pandangan.

"Terima kasih doktor." Senyum diberi kepada Doktor Zakwan.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now