Part 49

8.6K 440 6
                                    

"Syarul?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Syarul?"

Pelik dia melihat figura yang sedang menunggunya di pejabat. Sesampai sahaja dia di kafe, Lili memberitahunya bahawa ada orang mahu berjumpa dengannya. Rupa-rupanya lelaki itu.

Atas urusan apa lelaki itu ingin berjumpa?

"Hai, Khayra."

"Hai..." lambat-lambat Khayra menjawab, masih berfikir tujuan lelaki itu ke sini.

Syarul hanya tersengih seperti kerang busuk memandang Khayra.

"Awak datang sini nak berjumpa saya, kenapa ya?"

"Er... saya... nak minta tolong. Boleh?" Perlahan Syarul memulakan kata.

"Tolong apa tu?"

"Teman saya beli cincin."

"Ha?!" Ternganga mulut Khayra mendengar kata-kata Syarul. Lelaki ini biar betul? Karut apa lelaki ini tengah cakap?

"Iya, tolong teman saya beli cincin."

"Untuk siapa? Awak dah nak kahwin ke?" Soal Khayra perlahan.

"Eh tak! Er... untuk... ha ni! Untuk umi saya." Tersengih Syarul. Dalam hati sudah menyumpah seseorang. Kalau bukan kerana dia, tak adanya nak buat kerja gila ni.

"Umi awak?"

"Ha, iya, betullah tu! Esok birthday umi saya jadi saya ingat nak belikan dia cincin." Laju sahaja Syarul mereka cerita.

"Oh, okay." Khayra mengangguk perlahan.

"Boleh kan?"

"Tapi... kenapa tak minta tolong Ayden?"

Syarul sudah menelan liur kesat. Habislah...

"Err... Ayden... dia... dia sibuk! Ada projek baru masuk so... dia sibuk." Tergagap Syarul mencari alasan. Dalam hati sudah berdoa supaya gadis itu setuju sahaja dengannya.

"Lagipun awak kan perempuan jadi mesti awak lagi tahu taste perempuan macam mana." Syarul tambah lagi.

"Oh okay, kalau macam itu, saya on je." Ujar Khayra sambil tersenyum manis.

Syarul mengangguk lega. Nasib baik...

'Okay, next step!'

•••

"Awak rasa design mana yang sesuai? Yang ini ke atau yang ini?" Di kedua-dua tangannya terdapat dua kotak yang berisi cincin, ditunjuk ke arah Khayra meminta pendapat gadis itu.

"Er... saya rasa dua-dua okay."

"Ish, takkan saya nak beli dua-dua! Kalau awak, awak suka yang mana?" Syarul sudah memulakan misi.

"Kalau saya?"

Syarul mengangguk mengiyakan.

Khayra mengetuk perlahan dagu dengan jari telunjuknya gaya berfikir.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now