Part 32

7K 382 4
                                    

Loceng rehat kedengaran di segenap bangunan sekolah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Loceng rehat kedengaran di segenap bangunan sekolah. Murid-murid berpusu-pusu keluar dan melangkah ke arah kantin. Tetapi tidak bagi Khayra. Dia masih duduk di tempat duduknya sambil menunggu masa untuk bertegur dengan seseorang yang masih menyiapkan kerja sekolah tidak jauh dari mejanya. Bibirnya digigit perlahan, menimbang tara keputusan yang dibuat. Satu hembusan nafas dilepaskan kuat sebelum kaki melangkah ke arah figura itu.

"Ehem!"

Figura itu mengangkat kepala memandang gerangan yang berdehem di depan mejanya. Kening dikerut sebelum mengangkat kedua-dua kening.

"Iya saya?"

Khayra senyum sebelum berbicara.

"Saya... nak cakap sekejap dengan awak boleh?" Khayra meminta izin. Perlahan sahaja suaranya. Dia tidak pernah bercakap dengan lelaki ini waima sepatah kata walaupun mereka berada dalam kelas yang sama. Oleh itu, apabila berada dekat sebegini membuatkan dia gugup. Jantungnya usah ditegur, berdegup kuat.

"Nak cakap apa ya?" Soal figura itu lembut.

"Saya sebenarnya... ada sesuatu nak luah pada awak."

"Apa tu?"

"Saya sebenarnya..."

Figura itu masih menanti penuh kesabaran. Khayra terlihat menghembuskan nafas perlahan.

"Sebenarnya saya suka awak, Aiyan Yariq." Dengan sekali nafas, dia meluahkan perasaannya pada lelaki itu. Akhirnya dia mengikut kata-kata Dayana tempoh hari untuk meluahkan perasaan pada lelaki itu. Mana tahu lelaki itu akan menerimanya!

Aiyan hanya diam cuba menghadam apa yang dikatakan gadis di hadapannya. Khayra yang tiba-tiba terasa janggal dengan suasana ini mula ingin melangkah pergi sebelum satu suara kedengaran.

"Betul ke awak suka saya?" Soal Aiyan inginkan kepastian.

Khayra terdiam seketika.

"Er... iya.." balasnya perlahan sambil kepala ditundukkan ke bawah seperti seorang pesalah. Dia sangat malu untuk menghadap lelaki itu!

Aiyan hanya mengangguk perlahan.

"Boleh awak bagi saya masa untuk fikir dulu?" Soal Aiyan berhati-hati. Jujurnya, dia sendiri terkejut dengan pengakuan gadis itu. Mereka tidak pernah bercakap, jauh sekali berborak mesra, jadi apa yang membuatkan gadis itu suka padanya?

"Eh boleh! Boleh sangat." Ujar Khayra mesra dengan senyum lebar.

Aiyan hanya angguk. "Okay."

"Kalau macam tu, saya pergi dulu. Bye!" Laju kaki Khayra melangkah meninggalkan Aiyan yang terpinga-pinga.

Aiyan hanya menggelengkan kepala sebelum satu senyuman diukir nipis.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now