Part 54

9.7K 464 7
                                    

"Aku tahu kau anak angkat waktu itu umur aku 12 tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku tahu kau anak angkat waktu itu umur aku 12 tahun. Aku terdengar bualan mummy daddy. And yes, I asked them. Mereka cerita semua pada aku."

"Tapi bagi aku, itu semua alasan bodoh. Kau tetap anak angkat, jadi kau tak sepatutnya dapat layanan sama macam anak kandung. Aku cemburu tengok layanan mummy daddy pada kau."

"Apa kau mengarut ni Aiyan?"

"Kau tengoklah, apa sahaja yang kau nak buat, mummy daddy sokong. Tapi bila aku, ada saja nak membangkang. Mummy daddy bangga dengan kejayaan kau tapi mereka selalu merungut cakap, aku kena ikut jejak kau, berjaya macam kau. Dari kecil sampai besar, nama kau selalu meniti di bibir mereka sebagai inspirasi."

"Sebab itu aku benci kau. Aku rampas Khayra dari kau. Sebab aku nak kau tahu, bukan semua benda yang kau nak, kau akan dapat."

Rahang diketap kuat oleh Ayden. Dada berombak kasar.

"Aku tak sedar apa yang aku buat itu dah membabitkan orang yang tak bersalah. Disebabkan dendam bodoh aku, aku sanggup sakiti orang yang ikhlas sayangkan aku. Aku menyesal." Kendur nama Aiyan. Di hadapan Ayden sekarang, bukan lagi Aiyan Yariq yang selalu sinis. Di hadapannya adalah lelaki yang penuh penyesalan.

"Sebab itu aku datang sini nak jumpa kau. Aku minta maaf atas semua silap aku pada kau selama ni. Aku terlalu budak-budak sehingga tergamak bertindak macam itu."

"Baliklah jumpa mummy daddy. They missed you so much."

Ayden menelan liur kesat.

Aiyan hanya melemparkan senyum ikhlas.

•••

Masuk sahaja perkarangan rumah, enjin kereta ditutup. Lama matanya memandang vila mewah itu sebelum menarik dan menghembus nafas kuat. Dengan kudrat yang ada, tangannya membuka pintu kereta.

Kaki yang menghampiri pintu diiringi dengan degupan jantung yang sangat kuat. Semakin dekat, semakin laju. Tangan digenggam kuat menahan debaran dada.

Lama matanya memandang loceng rumah sebelum lambat-lambat tangan menekan loceng tersebut.

Tidak lama kemudian, pintu rumah terbuka. Matanya terus tertancap ke arah figura yang membuka pintu. Berkaca-kaca matanya melihat figura itu. Seseorang yang dia sangat rindui. Rindu dakapannya, belaiannya, dan kasih sayangnya.

"M—mummy." Tergagap mulutnya untuk memanggil wanita itu. Tubuhnya bergerak ke hadapan sebelum dipeluk erat oleh Tengku Airin.

"Ayden, anak mummy." Rintih Tengku Airin perlahan. Dakapannya sangat erat dirasakan apabila Ayden menekup muka ke bahunya. Tangisan lelaki itu semakin kuat. Dia mengusap lembut belakang tubuh Ayden. Air matanya yang mengalir deras ke pipi tidak dihiraukan.

"Maafkan Ayden, mummy. Maafkan Ayden." Tidak berhenti ucapan maaf diungkapnya. Sesal mula menghuni hati apabila mengingatkan sikapnya yang seolah mementingkan diri sendiri.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now