Part 46

8.9K 470 25
                                    

"Ayden akan ke New York esok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ayden akan ke New York esok."

Hanya sebaris ayat tetapi mampu menghentikan degupan jantung Khayra sesaat. Dia tak salah dengar, bukan? Tolonglah cakap ini semua mimpi.

"Dia akan buka cawangan syarikat baharu di sana. Sebab itu dia akan buat pemantauan di situ."

Benar. Ini bukan mimpi. Tergeleng kepala Khayra.

"Be...berapa...lama?" Tergagap mulutnya untuk berkata. Masih terkejut dengan kenyataan yang satu itu.

"Tak pasti. Setahun, dua tahun atau... lebih dari itu."

Tertunduk wajah Khayra mendengar jawapan Syarul.

"Awak masih sempat halang dia pergi, Khayra."

Terangkat kepala Khayra. Matanya tunak memandang Syarul.

"Tapi..."

"Kerja hanyalah alasan. Yang sebenarnya, dia nak tenangkan fikiran. Dia nak bawa diri. Saya kenal dia bukan baru hari ini. Saya tahu dia macam mana."

"Jadi, belum terlambat untuk awak halang dia. Saya tahu, dia sangat mengharap dapat berjumpa dengan awak lagi."

"Tapi saya dah halau dia pergi dari hidup saya, Syarul. Dia takkan mahu tengok muka saya lagi." Kendur sahaja nada Khayra, seperti orang putus harapan.

"Dia mampu mencintai awak dalam diam selama 10 tahun. Takkan dia akan putus asa hanya kerana awak menolak dia jauh dari awak. Dia lelaki yang tetap pendirian, Khayra. Sekali dia sayang, selamanya dia akan sayang."

"Go for it, Khayra. He's waiting for you." Sebuah senyuman dilemparkan ke arah Khayra. Memberi semangat buat gadis itu.

Khayra hanya memandang Syarul lama.

•••

-Kuala Lumpur International Airport-

Satu hembusan nafas dilepaskan kuat. Kepalanya terangguk yakin.

"Jangan patah balik, Khayra. Jangan putus asa. Kejar kebahagiaan kau." Ujarnya pada diri sendiri.

"Yes, kejar kebahagiaan kau, Khayra. He's your happiness." Terus kaki melangkah masuk ke dalam bangunan itu dengan penuh yakin. Mata meliar mencari seseorang. Dalam hati dia berdoa semoga dia masih sempat berjumpa lelaki itu. Sesekali dia mengambil nafas kerana lelah. Keluasan airport membuatkan dia sukar untuk mencari.

•••

Daripada tadi fikirannya melayang memikirkan seseorang. Seketika, matanya tertancap ke arah beg yang berada di hadapannya. Satu hembusan nafas berat dilepaskan.

'I'm gonna miss you, little girl.'

Pengumuman ke New York pun kedengaran menghentikan lamunan Ayden. Tubuhnya perlahan bangun dari kerusi. Tangannya menarik beg tarik sebelum melangkah perlahan ke balai pelepasan.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now