Pulang sahaja dia dari vila kediaman keluarganya, dia terus mengambil keputusan untuk membersihkan diri dan menghilangkan kekusutan yang sering kali menjelma dalam fikiran. Kata-kata adiknya sentiasa berlegar-legar dalam fikiran membuatkan dia tak senang duduk memikirkan masalah yang membelenggu diri. Walaupun ada betulnya juga apa yang dikatakan Aiyan tetapi tetap memberi kesan terhadapnya. Aiyan terlalu pandai bermain dengan emosinya! Seketika fikirannya teringatkan sesuatu...
"Bodyguard?! Kau gila ke?!" Terkejutnya bukan kepalang apabila kawan baiknya mengutarakan idea yang dia sendiri rasakan tidak masuk akal. Apa yang telah merasuk fikiran lelaki ini sehingga boleh terfikir idea yang tidak bernas langsung!
Ayden hanya diam tanpa berniat membalas kata-kata Syarul itu. Dia sudah menjangka begini reaksi yang dia akan dapat daripada Syarul tetapi dia tetap dengan keputusannya itu. Pedulilah apa orang nak cakap tentang dia! Dia sudah terlalu banyak mendengar kata orang sehingga mengabaikan hati sendiri!
"Ayden, seriously? Ini saja ke idea yang 'bagus' yang boleh kau fikir sekarang ini?" Dia sangat tidak berpuas hati apabila Ayden seakan tidak terkesan dengan kata-katanya malah seperti sedang berada dalam dunia sendiri. Lelaki ini serius ke tidak ni?
Ayden hanya menghembuskan nafasnya perlahan. Dia sendiri buntu dengan cara apa lagi dia perlu buat untuk dapatkan apa yang dia nak. Dia cuma fikir cara ni sahaja!
"Aku tak setuju kau nak buat macam ni! Risiko tinggi tahu tak?!" Bangkangnya sekeras mungkin. Dia tak akan sesekali setuju dengan cadangan gila lelaki di hadapannya ini walaupun mereka berkawan baik. Rasanya sesiapa pun tidak akan setuju dengan idea gila ini!
"Aku tak perlukan persetujuan kau pun," bidasnya selamba seolah-olah apa yang dikatakan Syarul tadi seolah-olah berlalu seperti angin sahaja.
Syarul tergamam mendengar balasan lelaki itu. Ada yang kena juga lelaki ini karang! "Then apa function kau cerita dekat aku ni? Sekadar borak kosong? Ke bed time story untuk aku?" Syarul terus berkata dengan sarkastiknya. Kalau macam itu, baik tak payah cerita! Baik dia sambung kerja yang bertimbun atas meja lagi bagus!
Ayden merenung Syarul kecil besar kecil besar sahaja. "Kau nak dengar ke bed time story dari aku? Boleh saja." Ujarnya selamba juga sarkastik seperti Syarul tadi. Dua-dua sama sahaja patutlah berkawan baik! "Aku bagi tahu supaya kau tahu dan tak terkejut beruk pula kalau terserempak dengan aku dekat mana-mana," sambungnya lagi seraya melemparkan senyuman yang kelihatan seram di mata Syarul ketika itu. Lelaki ini sah gila!
"Apa yang membuatkan kau nekad sampai macam ini sekali?" Tanya Syarul dengan perasaan ingin tahu. Lelaki itu kelihatan betul-betul tekad dengan keputusannya.
"Dia," balas Ayden sepatah sebelum menyambung lagi, "Dia buat aku betul-betul tekad dengan keputusan aku." Tiada sesiapa yang menghuni fikirannya ketika ini kecuali gadis cantik itu. Tanpa sedar senyumannya mula terbit.
"But why dengan cara macam ini? Banyak lagi cara lain kan? Kenapa kena ambil risiko sampai macam ini sekali?" Soalnya bertubi-tubi kepada Ayden. Dia tidak bermaksud ingin mengusutkan fikiran Ayden dengan persoalannya tetapi lelaki itu seperti tidak peduli tentang akibat yang bakal diterima kelak.
"Then kau nak aku putih mata saja lah sampai bila-bila? Kau nak aku tengok saja dia dari jauh? Sampai bila? Sampai dia dah kahwin beranak-pinak, kau masih nak aku perhatikan dia saja? Aku dah terlalu banyak bersabar sebelum ini dengan biarkan dia bercinta dan dilukai dengan lelaki yang sama. Aku nak buat dia bahagia, Syarul. Kau tahu kan aku sayang dia sangat-sangat," ujarnya penuh perasaan. Dia tidak sanggup membiarkan gadis yang dia dambakan jatuh ke tangan lelaki lain lagi. Tidak semestinya lelaki itu boleh buat dia bahagia, oleh itu biar dia sahaja yang bertindak. Lagipun sayang dia terhadap gadis itu tidak pernah pudar dari dulu lagi.
"Kau rasa dia akan bahagia ke dengan cara macam ni? Dengan apa yang kau akan buat ni? Kau nak tipu dia sampai bila? Sampai dah kahwin nanti ke? Kau tahu kan sebuah penipuan itu jauh lagi sakit daripada sebuah kebenaran," bidasnya tetap tidak setuju dengan perbuatan lelaki itu. Baginya Ayden tidak fikir panjang dan membuat keputusan terlampau terburu-buru.
"Sebelum dia tahu kebenarannya, biarlah aku buat dia bahagia walaupun sekejap. Asalkan aku dah buat apa yang aku sepatutnya buat dari dulu lagi. Bahagiakan dia. Itu saja niat aku sekarang, Syarul. Aku tahu dia akan membenci aku lagi teruk dari orang yang pernah lukai dia dulu tapi sekurang-kurangnya aku pernah buat dia bahagia kan?" Ujarnya sayu. Dia sendiri tidak dapat membayangkan apa akan terjadi pada dirinya jika gadis itu tahu perkara sebenar, tapi cukup lah dia sendiri tahu niatnya betul, hanya ingin melihat gadis itu tersenyum kembali.
"Niat tak menghalalkan cara, Ayden," nasihatnya lembut sebelum menepuk bahu lelaki itu perlahan. Ayden sudah besar untuk memikirkan yang mana baik dan yang mana buruk. Dia sebagai teman hanya boleh memberi nasihat sahaja. Terpulang pada diri sendiri untuk mendengar atau tidak. Lagipun dia bukan sesiapa untuk menghukum setiap tindakan lelaki itu.
'Even the smallest lie can break the biggest trust.'
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒
Romance[ Book 1 ] Tengku Ayden Qaiser, seorang lelaki yang dingin dan mempunyai syarikat sendiri. Wajah yang sentiasa dipamer beku sungguh sukar hendak melihat mesranya tetapi begitu mudah tersenyum apabila melibatkan seorang gadis. Gadis yang sudah lama m...