Part 5

12.2K 720 25
                                    

Khayra menolak pintu besar itu sebelum masuk ke dalam banglo mewah terebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Khayra menolak pintu besar itu sebelum masuk ke dalam banglo mewah terebut. Jika bukan kerana Datin Safia yang sering memujuknya untuk kembali ke banglo ini, tidak ingin dia ke sini lagi sehingga hatinya tenang semula. Baru beberapa langkah kakinya jejak, namanya diseru oleh seseorang dari arah belakang. Dia terus memusingkan tubuh sebelum mengeluh malas.

"Khayra pergi mana malam tadi tak balik?" Tanya Dato' Khairil tegas. Dari malam tadi dia menunggu kepulangan anak bongsunya itu tetapi bayangnya langsung tidak kelihatan sehingga pagi ini. Anaknya cukup mencabar kesabarannya yang kian tipis.

"Rumah mama. Kenapa? Papa nak bebel lagi? Khayra dah bosan lah dengar benda sama saja hari-hari. Khayra naik dulu, nak bersiap jumpa Atirah." Tidak sempat kakinya mahu melangkah, suara Dato' Khairil menghentikan niatnya serta-merta.

"Papa tak habis cakap lagi dengan Khayra. Buat apa pergi sana? Rumah ni tak cukup selesa ke sampai Khayra perlu tidur dekat sana? Tak cukup ke kelengkapan yang papa dah sediakan untuk Khayra sampaikan Khayra pilih untuk duduk sana?" Tanya Dato' Khairil garang. Dia sudah sedia maklum anaknya ada di rumah bekas isterinya tetapi mendengarkan sendiri pengakuan yang keluar dari mulut Khayra bagai menghiris luka yang tidak pernah sembuh di hatinya.

Khayra merengus sebelum berkata, "Memang! Memang terlebih cukup segala kelengkapan yang papa sediakan untuk Khayra. Khayra rasa selesa sangat duduk sini. Tapi Khayra tak jumpa ketenangan bila duduk dalam rumah ni! Khayra tak bahagia duduk dalam rumah ni!" Suaranya naik seoktaf apabila papanya seakan-akan mencabar kesabarannya.

"Oh, sekarang dah berani melawan cakap papa! Siapa yang ajar?! Perempuan tak sedar diri tu ke?!" Suara Dato' Khairil juga tak kurang hebatnya sehingga bergema seluruh rumah agam itu.

"Cukup pa! Khayra boleh terima kalau papa nak marah Khayra atau apa pun, tapi Khayra tak boleh terima papa hina mama sampai macam tu sekali! Apa pun jadi, she still my mom!" Jeritnya kuat sebelum mengambil keputusan untuk naik ke biliknya sebelum perang dunia tercetus antara mereka berdua. Dirinya sudah cukup sabar dengan papanya yang sentiasa nampak salahnya sahaja! Tidak pernah sekalikah lelaki itu memahami atau cuba untuk memahami dirinya? Mengapa dia yang harus mengalah dalam semua perkara?

Pintu dihempas kuat sebelum duduk di birai katil. Air mata yang susah payah ditahan akhirnya mengalir deras ke pipi mulusnya. Kerana terlalu lelah menangis, akhirnya mata lelap dengan sendiri.

•••

Petang itu, dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Atirah kerana bimbang kawan baiknya risau kerana dia tidak menjawab panggilan semalam. Buka sahaja pintu, kornea matanya disajikan dengan sekujur tubuh yang tegap sedang membelakanginya.

Lelaki itu tersentak apabila terdengar pintu dibuka sebelum tubuhnya dipusing untuk melihat gerangan tersebut.

Sekarang Khayra dapat melihat dengan jelas wajah tampan seorang lelaki yang berada di hadapannya. Boleh tahan!

Sut hitam yang dikenakan pada tubuh tegapnya itu juga menambahkan dan menyerlahkan lagi aura lelaki tersebut. Rambut lelaki itu yang disisir rapi kelihatan sangat kemas dan mampu memukau mata mana-mana perempuan yang melihatnya. Kelihatan lelaki itu tersenyum manis memandangnya walaupun dia hanya melemparkan pandangan yang dingin sahaja.

"Selamat pagi Cik Khayra. Saya bodyguard Cik Khayra mulai harini," lelaki itu tersenyum dan menunduk hormat seraya memperkenalkan diri.

Tanpa sempat Khayra membalas, suara Dato' Khairil jelas menyapa telinga.

"Ha sampai pun. Ni papa kenalkan dengan Khayra, Ayden namanya," ujar Dato' Khairil mesra ketika memperkenalkan lelaki itu kepada anaknya.

"Saya Ayden Qaiser, boleh panggil Ayden," ucapnya sebelum tersenyum penuh makna.

'We meet again, little girl.'

"Khayra," balasnya sepatah seakan-akan tidak berminat untuk memperkenalkan dirinya dengan lebih lanjut.

Ayden tersenyum sebelum memandang Dato' Khairil, "Maaf Dato' sebab lambat. Jalan jammed sikit tadi sebelum ke sini," ujarnya seraya meminta maaf atas kelewatannya.

"Dah tahu first day, lain kali datang lah awal. Macam ni ke perangai pekerja yang professional?" Ujar Khayra sinis, niat ingin menyakitkan hati lelaki itu. Kehadiran lelaki itu langsung tidak membuatkan dia senang malah dia menyampah melihatnya!

"Khayra, watch your words!" Tegur Dato' Khairil dengan tegas. Tidak gemar dengan kelakuan anak gadisnya itu yang dirasakan kurang ajar.

Ayden hanya senyum tanpa berniat untuk membalas kata-kata Khayra sebentar tadi.

"Ni Khayra nak ke mana bersiap ni?" Tanya Dato' Khairil cuba mengubah topik perbualan.

"Khayra nak pergi jumpa Atirah," balasnya acuh tak acuh.

"Okay, pergi dengan Ayden lah kalau macam tu. Dia kan bodyguard Khayra sekarang," ujar Dato' Khairil.

Khayra seakan-akan tidak berpuas hati namun cuba ditahannya sebaik mungkin kerana dia tiada mood ingin bertikam lidah buat masa sekarang.

"Fine!" Balas Khayra geram sebelum berjalan mendahului Ayden.

"Jaga anak saya baik-baik, ya?" Pesan Dato' Khairil kepada Ayden. Dia telah meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada Ayden untuk menjaga satu-satunya anak perempuan yang dia ada.

"Baik, Dato'." Angguk Ayden sekali sebelum menunduk hormat.

"Cepatlah! Panas ni dekat luar!" Jerit Khayra kuat membuatkan Ayden melangkah dengan cepat untuk sampai ke kereta. "Terhegeh-hegeh!" Ujarnya geram.

Ayden membuka pintu kereta buat Khayra sebelum membenarkan Khayra masuk dengan selamat. "Maaf, Cik Khayra," ujar Ayden ikhlas.

Khayra merengus kuat sebelum memboloskan diri ke dalam kereta tersebut.

Ayden terus menutup pintu kereta itu dengan berhati-hati sebelum tersenyum. "You are still the same Khayra. The Fierce one, but still cute," gumamnya seraya tergelak kecil dengan kata-kata sendiri.

'Our chapter has just begun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Our chapter has just begun.'

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now