Figura yang muncul di hadapannya ini dipandang pelik. Apa dia buat datang rumah orang malam-malam buta ni? Mahu ditanya, melihat raut wajah itu seperti tidak berada dalam mood yang baik. Nanti ada yang dapat maki free. Nasib baik dia sempat mencapai tudung sarung sebelum membuka pintu.
"I'm sorry kacau awak malam-malam ni. Tapi boleh tak teman saya sekejap? I just... need someone right now." Kendur sahaja nada suara figura itu.
Khayra yang melihat sudah tumpah simpati. Apa yang jadi sebenarnya ni?
"Boleh tapi kita duduk di luar ya? Tak manis saya nak bawa masuk dalam walaupun ada papa." Perlahan Khayra membalas.
"Okay." Senyum tipis diukir sebelum bergerak ke gazebo yang berada di sebelah kiri rumah mewah itu. Di situ terdapat lampu yang terang.
Perlahan kaki Khayra mengikuti langkah Ayden sebelum melabuhkan duduk di sebelah lelaki itu.
Ayden terlihat memandang ke langit dengan muka yang suram. Tiada seri pada wajah itu kali ini. Khayra hanya memerhati dari sisi wajah tampan Ayden.
Sepi memenuhi ruang antara mereka. Masing-masing seperti berada dalam dunia sendiri.
"Kenyataan itu menyakitkan, bukan?" Tiba-tiba Ayden membuka bicara. Kening Khayra sudah terjongket mendengar kata-kata Ayden.
"Tidak kisah lah sejauh mana kita cuba lari dari realiti, kenyataan tetap tak dapat dinafikan."
Khayra hanya diam memberi ruang untuk Ayden meluahkan perasaan.
"Penipuan demi penipuan direka untuk menafikan kenyataan yang sebenar, untuk mengaburi mata-mata yang melihat, untuk menutup mulut-mulut yang mengata."
"Gelaran hanya pada nama. Hakikatnya, tiada apa. Cuma manusia biasa." Terkeluar decitan sinis di bibir Ayden.
Ayden kembali diam merenung langit malam. Seketika.
"Khayra..." perlahan Ayden menyeru.
"Iya?"
"Awak masih sayangkan sayakah jika awak tahu saya bukan sesiapa?" Soal Ayden secara tiba-tiba membuatkan kening Khayra berkerut seribu.
"Awak masih mencintai sayakah jika awak tahu saya tiada apa?" Mata Ayden sudah mula berkaca. Bibir diketap perlahan.
"Ayden..."
"Saya anak angkat, Khayra."
Membulat mata Khayra mendengar kenyataan yang satu itu. Air liur ditelan kesat. Bibir seperti terkunci untuk berbicara.
"Saya bukan sesiapa. Hanya anak yang menumpang kesenangan dan kasih sayang dari keluarga angkat." Perlahan air mata jernih itu mengalir memcemari pipinya.
"Sebelum ini, saya selalu menjadi buah mulut orang. Semua orang bercakap pasal saya, kejayaan saya, pencapaian saya, dan mereka memuji cara didikan mummy daddy pada saya. Mereka sering kali berkata, beruntung mummy kerana dapat melahirkan anak seperti saya. Tch." Sinis saja nada suara Ayden.
"Tapi realitinya sekarang, saya hanyalah..."
"Anak angkat. Anak susuan mummy daddy." Senyum sinis diukir seketika sebelum tangisannya mula pecah perlahan.
"Ayden..." Khayra sudah tak keruan melihat tangisan Ayden. Ini kali pertama dia melihat lelaki itu selemah ini. Sebelum ini, hanya dia yang menunjukkan sisi lemahnya. Tetapi sekarang... semuanya terbalik. Ayden yang tertampar dengan kenyataan maha hebat, dia yang mendengar luahan kesakitan lelaki itu.
"Why Khayra? Kenapa saya perlu tahu semuanya sekarang? Kenapa tak boleh biarkan saya terus tertipu sahaja? Kenapa saya perlu hadap kebenarannya? I can't." Sayu nada Ayden. Kepalanya sudah tertunduk menghalang Khayra dari melihat keadaannya.
"Saya tak ada apa, Khayra. Saya cuma lelaki biasa yang menumpang gelaran, kekayaan dan pangkat orang lain."
Mata Khayra juga sudah berkaca, menunggu masa untuk pecah sahaja empangannya.
"Ayden... look at me." Khayra bersuara.
Perlahan-lahan Ayden mengangkat kepalanya. Terpampang wajahnya yang penuh dengan air mata. Di hadapan Khayra sekarang bukan lagi Ayden Qaiser tapi hanyalah seorang lelaki lemah ditimpa dugaan yang berat.
"Whoever you are, I still love you, Ayden. Saya tak perlukan pangkat untuk bahagia. Saya cuma perlukan awak, kasih sayang awak."
"Siapa cakap awak bukan sesiapa? You are everything to me. Look at you. You are a successful man right now. Awak berjaya atas usaha awak sendiri bukan atas kekayaan keluarga angkat awak semata."
"I'm proud of you, sayang." Perlahan senyum diukir buat lelaki itu.
"Siapa pun mereka, percayalah, they still love you like their own son. Mesti ada sebab mengapa mereka memilih untuk merahsiakan. If they don't love you, mereka tak akan menjadi tulang belakang untuk awak berjaya, Ayden."
"Mummy awak... dia seorang ibu, Ayden. Tak ada mak dalam dunia ni yang tak sayangkan anak dia, walaupun cuma anak angkat. Allah kurniakannya hati yang penuh keibuan dan kelembutan untuk membesarkan seorang anak dengan penuh kasih sayang sehingga anaknya dapat menjadi lelaki sehebat sekarang. Atas doanya juga."
Tangisan Ayden mula pecah semula.
"Daddy awak... walaupun dia bukan bapa kandung awak, kasih sayangnya juga tak pernah kurang untuk anak-anaknya. Tiada istilah pilih kasih, semuanya ditatang seperti minyak yang penuh. Ketegasannya dalam mendidik menjadikan awak lelaki yang sejati. Awak lelaki yang baik, Ayden. Mummy daddy berjaya besarkan anak yang hebat."
"Jika saya diberi peluang, ingin saya berterima kasih pada mereka kerana telah membesarkan anak yang cukup menyenangkan. Cukup sempurna di mata saya."
Mata Ayden tunak memandang mata Khayra. Air mata dibiar mengalir perlahan.
"Saya tahu saya takkan faham apa yang awak rasa, tapi saya sentiasa ada untuk dijadikan tempat luahan. Awak beruntung, Ayden. Sebab awak dapat merasa kasih sayang mummy daddy daripada kecil sehingga kini. Awak dapat merasa sebuah keluarga yang bahagia." Air mata Khayra mengalir perlahan ke pipi. Matanya dihala ke arah langit malam.
"Iya, memang kita rasa dugaan kita dah cukup berat tetapi ketahuilah, masih ada lagi yang diuji dengan dugaan yang jauh lebih berat daripada kita. Tak tertanggung bebannya."
Ayden memandang sisi wajah Khayra. Dalam diam, dia kagum dengan semangat gadis itu. Masih terus meneruskan hidup dengan tabah walaupun ditimpa pelbagai ujian.
"Saya janji akan buat awak bahagia, Khayra. Saya janji pada awak, kita akan bina keluarga seperti yang awak inginkan. Saya akan pastikan anak-anak kita tak rasa apa yang kita berdua rasa."
Khayra hanya tersenyum nipis sambil mengangguk perlahan. Ayden juga tersenyum melihat wajah Khayra.
'I can't promise to fix all of your problems, but I can promise you won't face them all alone.'
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒
Romance[ Book 1 ] Tengku Ayden Qaiser, seorang lelaki yang dingin dan mempunyai syarikat sendiri. Wajah yang sentiasa dipamer beku sungguh sukar hendak melihat mesranya tetapi begitu mudah tersenyum apabila melibatkan seorang gadis. Gadis yang sudah lama m...