Pintu yang berada di hadapannya direnung lama sebelum diketuk berulang kali. Pintu yang dibuka dari dalam direnung sebelum seorang wanita yang kelihatan lebih berusia memunculkan diri. Wanita itu berdiri kaku dan memandangnya tanpa berkelip.
"Khayra, kenapa ni? Kenapa basah kuyup dengan rambut serabai ni? Khayra dari mana? Cuba bagitahu mama," soal Datin Safia bertalu-talu, risau melihat keadaan anak perempuannya yang seakan-akan tidak terurus.
Khayra memandang mamanya dengan pandangan sayu sebelum sekujur tubuh itu dipeluk erat olehnya.
Datin Safia yang tidak bersedia dengan tindakan Khayra terundur ke belakang sedikit sebelum dia juga membalas pelukan anaknya itu. "Kenapa ni sayang? Cuba bagitahu mama," tanya Datin Safia dengan lemah lembut sambil menepuk lembut belakang badan anaknya.
Khayra segera menggelengkan kepala dan berkata, "Nothing. I just need a hug right now," ujarnya sayu. Dia sudah tiada sesiapa di dunia ini lagi yang boleh dia sandarkan diri. Jadi, dia menghamburkan tangisan semahu-mahunya pada Datin Safia dan berharap kesakitan ini akan berkurangan selepas itu.
Datin Safia terdiam seketika apabila mendengar kata-kata anaknya sebelum berkata, "I always here for my lovely daughter. You know that you can get my hug forever, right?" Ujarnya dengan lembut membuatkan air mata Khayra yang sedia ada makin mengalir deras ke pipinya. "Now, stop crying, okay? Naik atas mandi bersihkan diri lepastu turun makan, okay sayang?"
Khayra menganggukkan kepala sebelum melepaskan pelukan. Dia sempat melemparkan senyuman kepada Datin Safia sebelum bergerak naik ke bilik.
Datin Safia membalas senyuman Khayra sebelum termenung memikirkan masalah yang dihadapi oleh anak perempuannya itu. Sayu hatinya melihat keadaan gadis itu seolah banyak masalah yang membelenggu fikiran.
•••
Khayra yang sedang termenung ke luar rumah itu tersentak apabila menyedari tangan yang menyentuh lembut lengannya sebelum terus melemparkan senyuman kepada figura tersebut.
"Anak mama ni menung fikir apa hm?" Tanya Datin Safia dengan lembut. Dari tadi dia memerhatikan anaknya yang tidak lepas dari termenung ke luar rumah sehingga dia sendiri tidak betah untuk melihat lalu membuat keputusan untuk menegur.
Khayra mengeluh sebelum memeluk tubuh mamanya dari tepi. "Papa," ujarnya sepatah, cukup membuatkan badan Datin Safia kaku seketika.
"Papa upah bodyguard untuk Khayra," sambungnya lagi.
Datin Safia terus tersenyum dan berkata, "Baguslah tu, keselamatan Khayra terjamin."
Khayra melepaskan pelukan dan terus tegakkan duduknya sebelum mengeluh dan berkata, "apa yang bagusnya, ma? Khayra tahu papa buat macam tu sebab nak halang Khayra dari jumpa mama. Disebabkan papa tak boleh ada dengan Khayra 24 jam, papa upah bodyguard untuk pantau pergerakan Khayra. It isn't fair for me, ma!" Rungut Khayra dengan penuh perasaan geram. Bukan niatnya untuk menuduh papanya tetapi dia kenal benar dengan Dato' Khairil walaupun papanya tidak pernah memberitahu mengapa bertindak sedemikian walhal sebelum ini dia bebas ke mana sahaja.
Datin Safia hanya tersenyum mendengar rungutan anaknya itu. "Papa buat macam tu bersebab, sayang," ujarnya tenang sambil mengusap kepala Khayra.
"Apa sebab dia? Tak ada sebab lain melainkan tak nak bagi Khayra jumpa mama lagi. Salah ke kalau Khayra nak jenguk mama Khayra sendiri? Bukannya orang lain!" Bentaknya lagi.
"Tak apa lah, kalau papa halang Khayra jumpa mama, biar mama yang datang cari Khayra. Boleh kan macam tu?" Ujar Datin Safia sambil tersenyum.
Khayra terdiam mendengar kata-kata mamanya itu. Sayu hati. Sesekali dia sangat berharap papa dan mamanya akan bersatu kembali dan mereka akan menjadi keluarga yang paling bahagia semula seperti sedia kala. "Ma, why can't I be strong like you?" Ujarnya sayu sebelum air matanya mengalir di tubir mata. Acap kali dia kalah dengan perasaannya sendiri.
Datin Safia terus memeluk Khayra sambil mengusap lembut rambut anaknya itu. "You are strong, sayang. Khayra lagi kuat dari mama. Look at you now. You can still survive from all this." Pujuknya lembut. "Khayra kena selalu dengar cakap papa okay? He is your father, sayang. Bertolak ansur sikit, okay?" Sambungnya lagi.
Walaupun terdetik rasa kecewa dalam hati apabila bekas suaminya sendiri menghalang anak mereka daripada bertemu dengannya, akan tetapi dia harus menasihati Khayra supaya tidak membenci papanya sendiri.
'Strength grows in the moments when you think you can't go on but you keep going anyway.'
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒
Romance[ Book 1 ] Tengku Ayden Qaiser, seorang lelaki yang dingin dan mempunyai syarikat sendiri. Wajah yang sentiasa dipamer beku sungguh sukar hendak melihat mesranya tetapi begitu mudah tersenyum apabila melibatkan seorang gadis. Gadis yang sudah lama m...