Sedari tadi matanya tak lepas dari memandang gerangan yang berdiri tidak jauh dari mereka. Siapa lelaki tu? Apa kaitan dengan Khayra? Lantas dia terus pandang Khayra dengan pandangan yang sukar ditafsir.
Khayra yang menyedari dirinya sedang diperhati, terus menegur, "Kau kenapa pandang aku macam nak telan?" Soal Khayra dengan nada yang kurang senang seolah-olah dia melakukan kesalahan sehingga begitu sekali Atirah merenungnya.
"Ish, bukanlah!" Nafi Atirah, "tapi aku nak tanya ni." sambungnya lagi.
"Tanya apa?" Balas Khayra hairan.
"Siapa tu? Boyfriend kau ke?" Tanya Atirah tanpa tapis. Dia sudah tidak dapat menahan diri daripada bertanya mengenai lelaki yang telah menarik perhatiannya itu sedari tadi. Sesekali dia tersenyum apabila pandangan mereka bersabung tetapi yang dia dapat hanya pandangan dingin dari lelaki itu.
"Coi, mulut kau! Elok sikit eh? Memang tak lah boyfriend aku. Ey boleh pergi jauh lah. Jauh dari bumi," nafi Khayra sekeras-kerasnya. Tidak ingin dia nak bercinta dengan lelaki macam tu. Seketika dia membuang pandang ke arah Ayden dan kelihatan lelaki tersebut sedang memerhatinya dan tersenyum membalas pandangannya. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan ke arah lain sebelum fokusnya jatuh ke arah kawan baiknya. Haih, urat mulut dah putus agaknya, asyik senyum saja!
"Wah, anti betul kau dengan dia eh?" Balas Atirah. Tidak sangka sebegitu sekali reaksi Khayra ketika soalan itu dituju kepadanya.
"Erm," gumam Khayra, malas nak bercakap tentang lelaki tiga suku itu!
"Kenapa kau tak suka dia eh? Dia handsome lah, tegap lagi tu, muscle mesti berketul-ketul tu," ujar Atirah dengan teruja seolah-olah topik yang dibincangkan tersangatlah menarik. Huh!
"Kau memang tak ada benda lagi bagus nak cakap ke? Geli lah cakap pasal ni, loya tekak tau!" Bentak Khayra geram, kawan baiknya itu pantang nampak lelaki 'sado', terus cair!
"Ya lah, ni kenapa kau tak jawab call aku semalam? Kau ke mana? Risau aku tau tak bila aku tak dapat call kau!" Ucap Atirah seraya menukar topik perbualan.
"Aku pergi lawat kubur arwah abang aku lepastu balik rumah mama aku," balas Khayra dengan ringkas. Tidak diceritakan tentang pertengkaran yang berlaku di antara dirinya dan papa.
"Betul ni?" Tanya Atirah untuk mendapatkan kepastian. Bukan dia tidak percaya apa yang dikatakan oleh Khayra tetapi gadis itu seolah-olah sedang menyembunyikan galau yang ada dalam dirinya.
"Ya," balas Khayra pendek.
"Eh tapi kan, cerita lah dengan aku, siapa lelaki tu? Mana kau kenal dia?" Tanya Atirah penuh teruja. Lelaki itu telah menarik perhatiannya sejak mula lagi. Walaupun kelihatan dingin tetapi auranya sangat memukau!
"Ish, dia bodyguard aku lah!" Ujar Khayra dengan geram. Entah apa yang menarik sangat tentang lelaki tiga suku tu sampaikan Atirah berminat nak tahu!
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒
Romance[ Book 1 ] Tengku Ayden Qaiser, seorang lelaki yang dingin dan mempunyai syarikat sendiri. Wajah yang sentiasa dipamer beku sungguh sukar hendak melihat mesranya tetapi begitu mudah tersenyum apabila melibatkan seorang gadis. Gadis yang sudah lama m...