Part 45

9.1K 479 11
                                    

Pintu yang dibuka mengejut dipandang hairan sebelum matanya memandang tajam ke arah figura yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam pejabatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu yang dibuka mengejut dipandang hairan sebelum matanya memandang tajam ke arah figura yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

"Yow, bro!" Sapa figura itu mesra. Punggung dihenyakkan ke atas kerusi yang berhadapan dengan meja. Lelaki yang memandangnya bagai mahu ditikam hanya sengihan diberi.

"Busy ke tu?" Soalnya mengalihkan perhatian lelaki di hadapannya itu. Pandangan lelaki itu buat dia rasa gerun. Menyesal pula datang.

"Kau kalau datang sini macam penganggur, baik tak payah. Aku busy." Dingin nada suara yang dilontarkan.

"Ala, relaxlah Ayden. Aku penat lah siapkan kerja tu. Bagilah aku rehat sekejap. Kerja yang kau bagi tu kalau boleh banyaklah lagi." Rungutnya. Dia bukannya workaholic macam Ayden, 24 jam manghadap kerja saja! Macam tak ada life!

"Bukan kerja tu yang banyak tapi kau yang suka tangguh. Kau tahu kan bila aku cakap aku nak, kau kena bagi. Tak kiralah siap atau tak." Bidas Ayden keras.

Syarul hanya memcebik mulut. Membebel saja pak cik tua ni.

"Mengutuk depan-depan lah. Aku ada depan kau sekarang ni kan?" Sinis Ayden berkata kepada Syarul.

"Eh mana ada kutuk! Aku tak cakap apa-apa pun." Sedaya-upaya cuba menafi. Ish, tahu-tahu saja lah pak cik ni! Ahli nujum ke apa dia ni?

Ayden hanya menjelingnya tajam.

"Ni aku nak tanya kau. Aku rasa hampir sebulan kau datang office setiap hari, kerja macam biasa. Kerja bodyguard kau tu macam mana? Perempuan tu tak syak pula?" Hairan dia lihat lelaki itu. Takkan Khayra beri izin? Ataupun dia sudah berhenti?

"Perempuan apa? Dia ada nama. Khayra Soffeya." Geram pula dia dengan sahabatnya ini. Suka hati saja bahasakan orang macam itu.

"Iya lah. Whatever." Syarul sudah menggulingkan mata ke atas. Pantang silap sikit lah dia ni!

"So, how? Apa progress kau dengan dia?"

Ayden mengeluh seketika. "Dia dah tahu aku siapa."

Terbeliak biji mata Syarul mendengar respon lelaki itu. "Serius? How?" Bukan main-main ini kalau perempuan tu dah tahu. Patutlah lelaki ini sudah bekerja seperti biasa.

"Aiyan."

"Dia dah balik? Aku tak tahu pun!" Bentak Syarul geram.

"Penting ke kau tahu? Cukuplah kau tahu yang dia dah balik sekarang dan dia yang beritahu Khayra." Mendatar nada suara Ayden.

Syarul hanya diam seperti berfikir. "So... dia marah ke?"

"Bukan setakat marah, jumpa aku pun dah tak mahu. Aku pun sudah buntu sekarang ni." Pening dibuatnya sekarang! Dengan masalah kerja lagi, masalah Khayra lagi. Boleh pecah otak macam ini!

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now