Part 56

10.5K 456 11
                                    

"Aku terima nikahnya Khayra Soffeya binti Khairil dengan mas kahwinnya RM 1000 tunai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku terima nikahnya Khayra Soffeya binti Khairil dengan mas kahwinnya RM 1000 tunai."

"Sah?"

"Sah."

Sekali nafas sahaja, dia sudah bergelar isteri kepada Tengku Ayden Qaiser bin Tengku Yusuf Azlan. Hatinya mengucap syukur kerana semua dipermudah oleh Allah swt. Air mata yang mengalir diseka perlahan. Tiba-tiba tubuhnya dipeluk erat oleh seseorang.

"Selamat pengantin baru, sayang." Ucap Datin Safia lembut. Hatinya gembira mendengar berita anaknya akan melangsungkan perkahwinan, tetapi jauh dalam sudut hatinya, rasa sayu menghuni diri. Dia harus melepaskan satu-satunya anak yang dia ada kini untuk lelaki yang akan menjadi syurga gadis itu.

"Terima kasih, mama." Erat tubuhnya memeluk Datin Safia.

"Selamat pengantin baru, Khayra." Lembut suara Tengku Airin menyapa telinga. Tangannya mengusap lembut kekura tangan Khayra.

"Terima kasih, mummy." Tangan tua itu disalam lalu dipeluk erat tubuh Tengku Airin.

Tidak lama kemudian, tubuhnya didatangi seseorang. Matanya tidak berkelip memandang figura itu. Hati pula daripada tadi tidak berhenti berdegup kencang.

Figura itu terlihat duduk di hadapannya. Lelaki itu sangat kacak dengan baju melayu putih tersarung ditubuh. Tidak lupa juga songkok yang disarung ke kepala.

Ayden mengambil cincin daripada kotaknya sebelum perlahan disarung ke jari manis Khayra. Menggigil tangan gadis itu apabila dipegang. Sejuk. Inilah kali pertama dia menyentuh kulit wanita itu. Sangat lembut. Bersih. Detak jantung sudah tidak keruan. Masha Allah, inikah perasaan menyentuh seseorang yang sudah halal bagi kita, Ya Allah?

Khayra mencium lembut kekura tangan Ayden sebaik sahaja lelaki itu selesai menyarung cincin di jarinya. Lama. Sebelum dia mengangkat kepalanya. Hampir terangkat bahunya apabila Ayden memegang belakang kepalanya dan mengucup lembut di dahi. Terpejam matanya seketika. Ada satu rasa hadir sekaligus. Rasa bahagia. Air mata kegembiraan tidak berhenti mengalir deras.

Lama matanya ditutup menikmati ciumannya di dahi Khayra. 'Ya Allah, berkatilah perkahwinan kami.' Perlahan hatinya berbicara.

Sesudah itu, Ayden melepaskan pegangannya di kepala Khayra tetapi wajahnya dirapat ke telinga wanita itu.

"Assalammualaikum, kekasih halal abang." Suaranya yang serak basah menghentikan detak jantung Khayra sesaat. Tangan Khayra menggigil kecil.

"Wa—wa'alaikumussalam, syurga Khayra." Perlahan nada Khayra. Matanya menghala ke arah mata Ayden yang sedang merenungnya lembut. Kedudukan mereka yang terlihat rapat, membuatkan Khayra dapat mendengar deruan nafas lelaki itu seketika sebelum lelaki itu kembali menjarakkan tubuhnya. Senyum dihulur buat Khayra.

•••

"Congratulations, my handsome best friend!" Tanpa sebarang petanda, tubuh Ayden dipeluk Syarul erat. Terhinggut bahu lelaki itu menerima pelukan kawan 'gila'nya ini.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now