Part 7

10.8K 626 7
                                    

Gerangan yang baru sahaja sampai telah mengejutkan orang yang berada di ruang tamu vila tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gerangan yang baru sahaja sampai telah mengejutkan orang yang berada di ruang tamu vila tersebut. Dia hanya bergerak selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Eh Ayden dah sampai!" Ucap Tengku Airin dengan teruja, kakinya terus laju menyambut kepulangan anak sulungnya ini.

Ayden menyalam tangan Tengku Airin lalu mencium kedua-dua belah pipi mummynya, itulah tabiatnya setiap kali berjumpa dengan Tengku Airin. Kasih sayangnya sentiasa tumpah untuk wanita itu.

"Mummy sihat?" Tanya Ayden sekadar berbasa-basi sebelum bergerak menyalam tangan Tengku Yusuf.

"Sihat je sayang," balas Tengku Airin ringkas sambil tersenyum.

Ayden cuma senyum pendek sebelum menghalakan pandangan ke arah lelaki yang sedari tadi memerhatinya sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke dalam vila tersebut.

"Hai bro, long time no see," lelaki itu menghulur tangan dengan senyum sinisnya.

Ayden cuma memerhati lama tangan yang dihulur sebelum dia menyambut tangan tersebut dengan senyuman yang juga sinis. Orang lain mungkin rasa mereka mempunyai hubungan adik-beradik yang akrab, tetapi tiada siapa tahu apa yang telah jadi di antara mereka sehinggakan keadaan sekeliling dirasakan sangat dingin setiap kali bertemu.

"Okay lah, jom makan, makanan dah siap dah tu," ujar Tengku Airin dengan teruja sebelum membuka langkah ke ruang makan diikuti Tengku Yusuf.

Ayden hanya memandang lama ke arah adiknya sebelum dia juga membuka langkah. Namun, langkahnya terhenti apabila satu suara menyapa halwa telinga.

"Kau tetap sama, tak berubah langsung," ujar Aiyan dengan sinis sebelum menyambung katanya, "tetap pentingkan diri sendiri."

Ayden hanya diam mendengar, tiada niat mahu membalas mahupun membidas kata-kata Aiyan. Memang dia sedang pentingkan diri sendiri sekarang, kerana dia sudah terlalu banyak mengalah untuk orang yang tidak menghargai pengorbanannya.

"I wonder how is she now, is she doing okay?" Soalnya sinis, sengaja menyakitkan hati abangnya itu.

"None of your business," bidas Ayden dengan keras sebelum membuka langkah meninggalkan Aiyan keseorangan di ruang tamu tersebut.

Aiyan hanya tersenyum sinis.

•••

"Papa dengar Ayden dah mula kerja dari rumah, sesekali saja ke office, kenapa?" Soal Tengku Yusuf memecahkan kesunyian di ruang makan tersebut. Hairan dia apabila mengetahui anak sulungnya membuat keputusan untuk membuat kerja dari rumah sedangkan sebelum ini, tak mahu berpisah dengan pejabatnya. Ayden seorang yang workaholic!

"Ada urusan sikit, daddy," balas Ayden ringkas sebelum menyambung makan.

"Ayden ada masalah ke?" Soal Tengku Airin risau.

"Ayden okay saja, mummy. Cuma ada hal lain yang perlu diuruskan, tapi mummy daddy jangan risau, kerja dekat office, Ayden tetap buat," balas Ayden sambil tersenyum kecil. Tidak mahu membuat orang tuanya susah hati.

Kedengaran seseorang berdecit sebelum suaranya menyapa halwa telinga, "sibuk mengejar cinta tak kesampaian," ujarnya dengan selamba.

Semua orang di ruang makan itu kelihatan keliru dengan kata-kata Aiyan kecuali Ayden yang tidak lepas memandang tajam ke arah adiknya. Pandangannya yang tajam itu seolah-olah menghantar isyarat kepada Aiyan supaya tidak mencampuri urusan hidupnya.

Tengku Airin yang menyedari suasana yang tegang itu terus berdehem dan mengalihkan perhatian semua orang. "Ni Aiyan balik untuk berapa lama?" Soal Tengku Airin kepada Aiyan, dia sangat mengharap anak bongsunya itu tidak pulang semula ke negara orang dan terus menetap di sini.

"Forever, mummy," balas Aiyan dengan senyuman. "Aiyan tiba-tiba rasa macam nak duduk sini saja terus," balasnya lagi dengan penuh makna.

Ayden hanya diam dengan pandangan dinginnya sahaja.

"Kalau macam tu bagus lah, boleh tolong Ayden dekat office. Ayden pun kerja dari rumah, Aiyan boleh lah tengok-tengokkan pejabat itu," ucap Tengku Yusuf memberi cadangan buat anak bongsunya itu.

"Erm not now, daddy. Aiyan nak rest saja dulu kt rumah, boleh kan?" Balasnya sedikit kekok, dia tak suka apabila isu ini dibangkitkan kerana dia tak berminat dengan business. Tambah lagi business abangnya itu. Dia lebih suka buat hal sendiri.

Ayden berdecit sinis ketika mendengar kata-kata Aiyan sebentar tadi sebelum berkata, "Elok lah tu, kalau tak lingkup company aku, kau handle," ujarnya sinis, niat ingin menyakiti hati adiknya itu. Hidup hanya tahu berfoya-foya saja!

Aiyan memandang Ayden dengan pandangan tajam seolah-olah memberi isyarat 'you better stop talking now'.

Ayden langsung tidak mengendahkan pandangan tajam Aiyan sebaliknya terus menyambung makan.

"Erm... Ayden tidur sini kan malam ni," ujar Tengku Airin cuba mengubah topik perbualan. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena di antara Ayden dan Aiyan tetapi dia lebih memilih untuk berdiam diri kerana mereka sudah besar dan sepatutnya lebih tahu menyelesaikan masalah masing-masing tanpa campur tangan dia dan suaminya, Tengku Yusuf.

"No, mummy. Ayden akan balik kejap lagi. Sorry," tolak Ayden sopan seraya meminta maaf kerana telah menghampakan harapan Tengku Airin mahu dirinya tidur di sini malam ini. Memang taklah dia akan duduk sebumbung dengan adiknya itu, silap hari bulan, gegar rumah itu dengan pergelutan mereka berdua.

"Okay then," balas Tengku Airin ringkas, tidak mahu memaksa anaknya itu.

'If you're testing my waters, you better know how to swim

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'If you're testing my waters, you better know how to swim.'

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now