Part 16

7.7K 513 12
                                    

"Everyone deserves a happiness," ujar Ayden ringkas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Everyone deserves a happiness," ujar Ayden ringkas.

"But not me," bidas Khayra perlahan.

"Siapa cakap?" Balas Ayden lembut.

Khayra hanya diam tiada jawapan.

"Saya percaya abang Cik Khayra tengah tunggu dekat tempat yang lebih baik. Semua yang jadi bersebab. Semua yang berlaku telah ditakdirkan oleh Allah dari awal lagi. Apa yang jadi ada hikmahnya," pesannya lembut. Angin yang sepoi-sepoi bahasa menampar lembut wajahnya, memberikan ketenangan dalam diri.

"Apa hikmahnya? Aku akan menderita macam sekarang, itu hikmahnya?" Soal Khayra dingin. Dia langsung tak nampak hikmah seperti yang diperkatakan lelaki itu. Yang ada hanyalah kesakitan yang tiada tandingan.

Ayden menghembuskan nafas perlahan sebelum memyambung kata, "Allah takkan membebani hamba-Nya melainkan hamba-Nya sendiri yang mampu. Allah lebih mengetahui segala-galanya kan? Dia lebih tahu diri kita. Dia lebih tahu kekuatan kita." Ujarnya lagi, juga lembut.

"Tapi kenapa ujian yang Dia bagi sangat sakit untuk aku? Kenapa luka tu susah untuk disembuhkan?" Soalnya sayu. Air mata yang cuba ditahan akhirnya menderhakainya dengan mengalir lesu ke pipi.

"Allah pernah berfirman yang bermaksud: Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, Dan ( ingatlah ) Allah jualah yang mengetahui ( semuanya itu ) sedang kamu tidak mengetahuinya, surah al-Baqarah ayat 216." Ujar Ayden panjang lebar sebelum mengukir senyum tipis ke arah gadis itu.

"Dia yang memberi ujian maka hanya Dia lah yang boleh memberi kesembuhan. Jangan pernah bersangka buruk dengan Allah." Pesannya lagi.

"Tapi kehilangan itu menyakitkan," luahnya lagi. Air mata yang mengalir makin deras membayangkan betapa ramai orang yang dia sayang pergi meninggalkannya seorang diri.

"Bila Allah ambil seseorang yang kita sayang, bukanlah Allah itu berlaku zalim atau kejam, tapi tidak lain hanyalah ujian untuk hamba-hambaNya yang tersayang," balasnya Ayden lembut.

"Untuk apa?"

"Untuk digantikan sesuatu yang kita hilang itu dengan kekuatan," balasnya lagi lembut.

Khayra hanya merenung sepi wajah Ayden.

"Saya tahu saya takkan mampu gantikan abang Cik Khayra dalam hati, tapi saya sentiasa ada untuk dijadikan tempat luahan. Cik Khayra sentiasa ada saya." Ujar Ayden sambil matanya tak lepas dari memandang wajah cantik Khayra.

Khayra berdecit sinis sebelum berkata, "lepas itu apa? Kau akan tinggalkan aku juga lepas bagi harapan pada aku?" Sinis sahaja nadanya.

"Jangan berharap pada saya. Saya hanya manusia biasa yang tak lari dari membuat kesilapan. Tapi berharaplah pada Allah, Dia takkan pernah tinggalkan hamba-Nya walaupun sesaat. Semakin kita terlalu berharap selain daripada Allah, maka bersiap-siaplah untuk makin kecewa," balasnya lembut.

Khayra hanya diam tanpa balasan.

"Cik Khayra tak keseorangan dalam dunia ini. Cik Khayra ada Allah yang sentiasa menunggu Cik Khayra luahkan segalanya pada Dia. Dia tak pernah tinggalkan Cik Khayra. Kembalilah pada Dia. Luahlah segalanya pada Dia." Pesannya lembut. Apa pun ujian yang kita hadap, kita tak pernah keseorangan, Allah setia menanti.

Khayra berdecit sinis. "Dia nak ke dengar luahan aku? Aku pendosa. Aku tak ikut suruhan Dia. Aku selalu ingkar arahan Dia. Aku tak tutup aurat dengan sempurna, solat pun bila aku rasa ada mood saja. Jadi, layakkah aku untuk meluah masalah pada Dia sedangkan waktu aku senang, aku lupa pada Dia? Layakkah aku dapat kemaafan daripada Dia?" Ujarnya sinis dalam sayu, mengejek diri sendiri yang terasa makin jauh dari Tuhan.

"Allah juga pernah berfirman yang bermaksud: Katakanlah ( wahai Muhammad ); Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri ( dengan perbuatan-perbuatan maksiat ), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, surah Az-Zumar ayat 53." Balas Ayden panjang lebar.

"Rahmat Allah itu luas, ia meliputi seluruh perkara. Jadi jangan mudah putus asa untuk memohon keampunan." Sambungnya lagi dengan lembut.

Khayra hanya memandang Ayden sebelum mengukir senyuman yang tipis.

"Eh, dah nak senja ni Cik Khayra. Jom kita balik. Nanti Dato' Khairil risau pula Cik Khayra tak balik-balik lagi," ujar Ayden kelam-kabut. Leka sangat berbual sehingga tak sedar siang akan melabuhkan tirai tak lama lagi.

Khayra bangun dari tempat duduknya mengikut Ayden ke kereta. Air mata yang tersisa dilap lembut, lega hatinya apabila mendengar kata-kata Ayden.

•••

Pintu kereta dibuka sebelum gadis itu keluar daripada kereta dan menuju ke pintu rumah. Langkahnya yang sudah ke depan dihentikan sebelum tubuhnya pusing ke belakang menghadap lelaki yang membelakanginya.

Ayden hanya menjungkitkan kening.

"Thank you for your advice. It helps me a lot," ucapnya ikhlas sebelum mengukir senyuman yang paling ikhlas buat lelaki itu.

"My pleasure, Cik Khayra," balas Ayden seraya menunduk hormat sebelum tersenyum manis.

"Good night. Have a sweet dreams." Ucapnya lagi buat lelaki itu.

"You too, Cik Khayra. Sleep tight." Balas Ayden lagi, lembut.

Khayra terus memusingkan badan dan membawa langkah ke pintu rumah sebelum menghilangkan diri di sebalik pintu.

Ayden yang sekadar memerhati hanya tersenyum lebar dengan hati yang berbunga-bunga.

'Good night, my litte girl.'

'Aku sudah merasakan semua kepahitan hidup dan yang paling pahit adalah berharap kepada manusia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Aku sudah merasakan semua kepahitan hidup dan yang paling pahit adalah berharap kepada manusia.'
- Saidina Ali bin Abi Thalib R.A -

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now