Part 19

7.2K 468 9
                                    

Masuk hari ini sudah dua hari Khayra mengunci dirinya sendiri, tidak mahu keluar bilik walaupun papanya telah membuka kunci pintu tiga hari yang lepas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Masuk hari ini sudah dua hari Khayra mengunci dirinya sendiri, tidak mahu keluar bilik walaupun papanya telah membuka kunci pintu tiga hari yang lepas. Papanya tidak tahu menghilang ke mana, tiada rasa mahu mengambil tahu. Dia terlalu penat untuk bergerak ke mana. Dia hanya duduk dalam bilik sambil termenung sepanjang hari. Makanan yang disediakan juga cuma diusik jika dia rasa mahu makan sahaja.

Pandangannya ke luar tingkap hanya kosong, seperti orang tidak berperasaan. Dia seperti menjadi dirinya yang dahulu kembali. Yang dingin, garang dan tidak berperasaan. Satu senyuman langsung tidak terukir di bibirnya sekarang. Air matanya tetap mengalir ke pipi walaupun mukanya kekal dingin. Sakit yang dirasakan tidak dapat diungkap sehingga raut mukanya hanya mempamerkan wajah yang tiada perasaan.

Sesekali bibirnya mengukir senyum sinis. Mengejek diri sendiri yang hanya dapat merasa kebahagiaan seketika cuma. Selepas itu, dia akan hidup dalam sakit semula seperti sedia kala. Mengenangkan itu, air matanya seperti empangan yang pecah, mengalir deras. Bibirnya diketap menahan pilu.

"Khayra benci papa!" Jeritnya dalam hati. Tidak mampu diungkap di mulut kerana mulutnya tidak berhenti meraung dan merintih perlahan.

Ketukan perlahan di pintu bilik menghentikannya daripada meraung. Matanya tidak lekang dari melihat pintu bilik tanpa berniat untuk dibuka. Mungkin pembantu rumah datang hantar makanan...

"Cik Khayra..."

Suara itu...

Suara yang dia rindu setelah hampir seminggu tidak berjumpa. Dirinya terkaku sebelum air matanya mengalir laju.

"Cik Khayra... buka pintu ni..." ujarnya perlahan sambil mengetuk perlahan pintu.

"Saya datang ni, nak jumpa Cik Khayra." Ujarnya lembut. Cuba memujuk gadis itu.

Khayra melangkah perlahan ke pintu sebelum duduk bersandar pada pintu sambil memeluk kedua-dua lutut.

"Kau nak apa datang sini?" Soalnya dingin.

"Saya datang sini nak jumpa Cik Khayra. Cik Khayra keluar lah bilik ya?" Pujuk Ayden lembut.

"Kalau papa yang suruh kau datang pujuk aku, baik kau balik saja lah. Aku takkan termakan dengan pujukan kau." Dingin sedingin-dinginnya suara yang dilontarkan.

"Tak, Dato' Khairil tak suruh pun, saya yang ikhlas datang sini. Ni, saya ada bawa kek untuk Cik Khayra. Saya tahu Cik Khayra mesti kurang makan kan? Cuba makan kek ni, mesti mood Cik Khayra akan baik semula," pujuk Ayden lagi, tidak berputus asa hanya untuk gadis kesayangannya ini.

Khayra berdecit sinis sebelum berkata, "kau tak faham apa yang aku rasa. Kau balik saja lah. Buang masa saja datang sini."

Ayden yang berdiri, perlahan-lahan duduk dengan kaki dua-dua memeluk lutut seperti Khayra, badannya mengiring sedikit menghadap pintu bilik gadis itu. "Betul, saya tak tahu apa yang Cik Khayra rasa, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul tapi sebab mata yang memandang ni dah tak sanggup nak tengok penderitaan dan beban yang bahu tu memikul, sebab tu dia datang sini, bagi semangat supaya Cik Khayra tak putus asa untuk bahagia." Balas Ayden lembut.

"Salahkah kalau aku benci papa aku sendiri? Tak salah kan?" Soalnya sayu.

Ayden hanya diam mendengar.

"Tapi aku tak mampu nak benci dia. Dia papa aku, Ayden..." rintihnya perlahan.

Ayden yang mendengar turut sebak.

"Kau faham tak perasaan, kau patut benci dia tapi kau tak boleh benci dia sebab sayang tu melebihi segala-galanya...?" Luahnya lagi sayu.

"Aku kena terima yang aku takkan mampu bahagia sampai bila-bila kan?" Pilu terasa apabila mengungkap serangkap ayat ini. Kepalanya ditundukkan diletak ke dua-dua lututnya.

"Imam al-Ghazali pernah berkata: bahagia adalah ketikamana manusia berada dalam satu puncak ketakwaan. Ia merupakan kenikmatan daripada Allah SWT." Ujarnya lembut. "Kita semua layak bahagia dengan cara kita sendiri. Cari Allah terlebih dahulu, bertaqwa pada-Nya, nescaya bahagia yang hakiki akan jadi milik kita. Jangan putus asa untuk berdoa dan dekatkan diri dengan Allah, Cik Khayra. Jangan putus asa untuk gapai kebahagiaan," pesannya lagi, lembut.

Sejurus mendengar kata-kata Ayden, dia mengangkat wajahnya. Nasihat lelaki itu sedikit sebanyak meresap masuk ke dalam sanubari Khayra. Lelaki itu selalu tahu bagaimana mahu menenangkan hatinya. Dia selalu ada untuknya tidak kira sulit bagaimanapun situasi. Memikirkan itu senyumannya terukir nipis.

"Banyak benda yang kau tahu kan?" Soal Khayra dengan suara yang tidak lagi dingin tetapi lebih kepada ingin tahu.

"Tak ada lah Cik Khayra. Saya cuma tahu serba sedikit, apa salahnya kongsi dengan Cik Khayra." Balasnya mesra. Nampaknya mood gadis itu mula baik.

Khayra hanya senyum walaupun Ayden tidak dapat melihat.

"Cik Khayra, jom lah keluar makan kek ni dengan saya. Sedap tau saya beli kek ni," pujuknya lagi seperti sedang memujuk kanak-kanak riang.

"Tak nak lah, kau makan lah sorang." Tolak Khayra, sengaja menyakat lelaki itu.

"Ala tak best lah makan sorang. Kan lagi seronok kalau dapat makan kek yang manis ni sambil tengok Cik Khayra yang cantik lagi menawan ni? Perfect!" Ujarnya ceria sambil ketawa perlahan.

Khayra yang mendengar turut ketawa perlahan.

"Ada-ada saja lah kau ni. Pagi tadi berus gigi guna air gula ke, manis betul mulut?" Sindir Khayra.

"Macam mana Cik Khayra tahu? Cik Khayra intai saya, ya? Betul lah tu Cik Khayra. Ubat gigi rumah saya dah habis, saya tak beli lagi. Guna saja lah air gula dulu sebelum beli ubat gigi baru," balasnya sekadar loyar buruk.

Khayra yang mendengar ketawa kuat. Lelaki ini tak pernah gagal buat dia ketawa. Selalu ada saja celotehnya!

Ayden yang mendengar suara Khayra yang sedang ketawa, tersenyum gembira. Kan bagus awak gelak macam tu Khayra...

"Jom lah Cik Khayra, kita makan kek ni sama-sama." Tidak berhenti dia memujuk.

Khayra yang mendengar terus bangun dari duduk sebelum membuka pintu bilik dengan perlahan.

Ayden yang hampir terjatuh ke belakang segera bangun sebelum melemparkan senyuman ke arah gadis yang baru muncul di sebalik pintu.

Khayra yang baru membuka pintu itu hanya mengukir senyum tipis sambil membetulkan rambutnya supaya kelihatan lebih kemas.

"Jom makan kek." Kata Khayra ceria.

"Jom!" Ujar Ayden juga ceria.

'You never fail to make me smile and laugh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'You never fail to make me smile and laugh.'

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now