Pagi itu, matahari kian memunculkan diri dan bersinar cerah menambahkan lagi keheningan suasana pada pagi itu. Khayra yang berdiri di hadapan cermin sedang membetulkan rambutnya supaya kelihatan kemas sebelum berangkat ke KhaySugar Cafe, kafe kepunyaannya sendiri yang telah dibangunkan empat tahun lepas.
Tidak lupa juga dia mengoles bibir mungilnya dengan gincu berwarna nude bagi menaikkan lagi seri wajahnya. Muka pula dihiasi dengan solekan yang tidak terlalu tebal dan sesuai dengan kehendaknya. Setelah rasa diri sudah siap sepenuhnya, Khayra mengorak langkah keluar dari bilik.
Kelihatan Dato' Khairil sedang menikmati sarapan, Khayra pantas menyertai dan duduk di hadapan papanya. Suasana di ruang makan kelihatan sunyi dan hanya bunyi garpu dan sudu yang kedengaran. Masing-masing menikmati juadah tanpa berniat ingin membuka bicara.
Kecanggungan yang dirasakan ketika itu membuatkan Khayra tidak betah duduk lama-lama di situ. Dia terus mengangkat kaki dan ingin beredar sebelum suara Dato' Khairil kedengaran di corong telinganya.
"Papa tahu Khayra tak suka dengan apa yang papa buat. Tapi papa harap Khayra faham. Ini semua untuk kebaikan Khayra juga," jelas Dato' Khairil lembut tetapi terselit ketegasan pada bicaranya itu.
Khayra berdecit kecil sebelum mengukir senyuman yang cukup sinis. "Khayra kena faham papa. Tapi papa tak pernah faham Khayra. Ini bukan untuk kebaikan Khayra tapi untuk kepentingan papa sendiri," bidas Khayra selamba sebelum mengambil langkah keluar dari banglo itu. Tiada guna dia bercakap banyak dengan papanya itu kerana pada akhirnya dia juga yang akan kalah. Huh, penat!
Keluar sahaja dari pintu banglo itu, matanya tertangkap dengan gerangan seseorang yang sedang menyandarkan badan ke kereta dengan sut hitamnya.
Lelaki tiga suku ini lagi!
Dia menyedari pintu dibuka dari dalam terus menghalakan matanya ke arah gadis yang baru keluar dari dalam rumah itu. Dia yang segak dengan sut hitamnya berjalan ke arah Khayra sambil tersenyum lebar ke arah gadis itu walaupun hanya pandangan dingin yang dia dapat.
"Morning, Cik Khayra," ucapnya dengan mesra sebelum tunduk hormat.
"Morning," balas Khayra dingin.
Gadis yang berada di hadapannya kelihatan lebih cantik dengan mengenakan baju kemeja berwarna putih yang dimasukkan ke dalam skirt panjang berwarna hitam dan digayakan dengan rambut yang dibiar lepas sehingga ke paras dada. Perhiasan seperti rantai leher dan subang telinga juga dikenakan sebagai penambah seri pada pagi itu. Matanya seakan tidak berkelip merenung Khayra sehingga membuatkan gadis itu pelik dengannya. Dah kenapa pandang macam tak pernah tengok orang ni?
Khayra berdehem kuat menghentikan renungan lama Ayden terhadapnya. Lelaki itu hanya tersenyum nipis apabila menyedari diri tertangkap dari memandang gadis jelita di hadapannya itu.
"Aku tak rasa aku perlukan kau hari ini. So kau boleh balik sekarang," ujarnya sambil senyum tak ikhlas ke arah lelaki itu.
"Maaf, Cik Khayra. Saya ditugaskan untuk ikut ke mana sahaja Cik Khayra ingin pergi. Itu adalah tanggungjawab saya," balasnya lembut sambil tersenyum manis.
Khayra mendengus kasar sebelum bergerak memasuki kereta yang disediakan dan menutup pintu dengan kasar. Ayden yang terpinga-pinga dibiarkan begitu sahaja. Tingkap kereta dibuka sehingga separuh sebelum berkata, "KhaySugar Cafe," ujarnya dingin.
Ayden hanya tersenyum dan menganggukkan kepala sekali sebelum dia juga memboloskan diri ke dalam kereta. Tidak lama kemudian, kelihatan kereta itu meluncur laju menyusuri jalan raya.
•••
Khayra melangkah masuk ke dalam KhaySugar Cafe yang sering dikunjungi ramai pengunjung tidak kira siang atau malam. Dekorasi kafenya itu telah diubah usai seperti 'mini library' yang disajikan dengan pelbagai jenis buku yang tersusun indah di rak yang dihias cantik. Dengan bertemakan vintage, kafe itu terlihat lebih santai tanpa gangguan luar. Di situ juga terdapat ruangan rehat yang unik membuatkan pengunjung tidak melepaskan peluang untuk bergambar di segenap kafe tersebut.
KhaySugar Cafe juga menyediakan hidangan ringan dan manisan yang menyelerakan untuk pengunjung yang datang. Tidak lupa juga kopi yang melengkapkan suasana premis itu. Rata-rata pengunjung yang datang lebih suka santai membaca buku yang disediakan hasil koleksi Khayra sendiri atau sewa untuk beberapa hari. Ada juga yang datang sekadar meluangkan masa bersama kawan-kawan.
Premis ini terbahagi kepada dua iaitu KhaySugar Cafe dan satu lagi adalah KhaySugar Boutique yang menyediakan pelbagai jenis baju wanita mahupun lelaki. Butik ekslusif ini juga menawarkan tempahan untuk sebarang majlis yang diraikan. Selain dapat menikmati kopi sambil membaca buku, pengunjung juga boleh membeli-belah di butik itu. Perniagaan yang dibangunkan oleh Khayra ini semakin mendapat sambutan kerana Khayra merupakan seorang 'influencer' yang mempunyai beratus ribu pengikut di media sosial. Walaupun begitu, Khayra tetap merendah diri dan tidak peduli dengan semua itu. Dia hanya menjalankan hidupnya seperti orang lain juga.
"Morning, Cik Khayra," sapa Lili mesra, pembantu Khayra.
"Morning, Lili," balasnya sambil senyum mesra.
"Wah, Cik Khayra bawa boyfriend datang kafe sekali ke?" Usik Lili apabila terlihat Ayden melangkah masuk ke dalam kafe milik Khayra.
"Jangan nak merepek, Lili. Itu bodyguard saya, bukan boyfriend," nafi Khayra sekeras-kerasnya. Lambat lagi lah nak jadi boyfriend!
Lili hanya ketawa mendengar balasan Khayra. Seronok betul dia mengusik bosnya itu.
'Understanding is deeper than knowledge. There are many people who know you, but very few who understand you.'
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒
Romance[ Book 1 ] Tengku Ayden Qaiser, seorang lelaki yang dingin dan mempunyai syarikat sendiri. Wajah yang sentiasa dipamer beku sungguh sukar hendak melihat mesranya tetapi begitu mudah tersenyum apabila melibatkan seorang gadis. Gadis yang sudah lama m...