Part 23

7.2K 430 10
                                    

Khayra yang sedang melipat telekung dan sejadah seusai solat maghrib tersentak apabila menyedari seseorang mengetuk pintu biliknya perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Khayra yang sedang melipat telekung dan sejadah seusai solat maghrib tersentak apabila menyedari seseorang mengetuk pintu biliknya perlahan.

Tok! Tok! Tok!

Khayra mengorak langkah menghampiri pintu bilik sebelum dibuka. Sebaik sahaja dibuka, kornea matanya melihat figura yang berada di hadapannya sebelum keluhan berat dilepaskan.

"Boleh papa masuk?" Soal Dato' Khairil perlahan.

Khayra hanya angguk sebelum melangkah ke birai katil.

Dato' Khairil mengikut langkah Khayra ke arah birai katil sebelum punggung dihenyakkan.

"Khayra dah makan?" Tanya Dato' Khairil memecahkan kesunyian.

"Dah." Jawab Khayra sepatah.

Jeda. Suasana kembali sunyi sebelum suara Dato' Khairil kedengaran.

"Khayra, papa... nak minta maaf berkasar dengan Khayra tempoh hari." Ucapnya dengan perasaan serba salah. Bukan niatnya untuk mengasari anak perempuannya itu tetapi amarah menguasainya ketika itu.

Khayra hanya diam, membiarkan Dato' Khairil menyambung kata.

"Papa cuma... tak nak Khayra jumpa dia lagi." Terangnya perlahan sambil kepala ditundukkan.

"Papa harap Khayra faham maksud papa." Sambungnya lagi.

Kedengaran decitan sinis keluar dari mulut Khayra sebelum senyum sinis diukir.

"Kenapa ya Khayra je kena faham papa? Papa tak perlu faham Khayra ke? Khayra kena fikir apa papa rasa tapi papa tak pernah fikir apa Khayra rasa. Kenapa papa pentingkan diri?" Soalnya dingin. Dia dah penat mengalah! Hanya dia yang perlu faham orang!

"Papa buat semua ni untuk kebaikan Khayra." Balas Dato' Khairil tegas.

"Daripada Khayra kecil sampai dah besar macam ini, papa tetap dengan alasan yang sama! Papa ingat Khayra budak-budak lagi ke?! Apa kebaikan yang Khayra dapat? Kenapa Khayra tak rasa satu pun kebaikan dari apa yang papa cuba buat?! Kenapa yang Khayra rasa hanya kesakitan?!" Soalnya bertalu-talu. Sabarnya kian tipis.

Dato' Khairil hanya diam walaupun terkejut dengan soalan Khayra.

"Papa pernah tanya ke apa Khayra rasa selama ni? Papa pernah tanya keadaan Khayra selama ni? Papa pernah fikir trauma yang Khayra perlu hadap?! Ada ke?! Tak ada!" Bentaknya kasar.

"Yang papa cuma fikir hanya diri sendiri! Papa arah Khayra buat macam-macam, papa arah Khayra ikut kemahuan papa walaupun Khayra tak nak, tapi Khayra tetap ikut! Tapi sikit pun papa tak fikir perasaan Khayra! Seolah Khayra ni anak patung yang tiada perasaan! Seolah Khayra ni permainan yang boleh dicontrol!" Bentaknya lagi. Suaranya dah naik beroktaf-oktaf.

"Papa tak pernah anggap Khayra macam tu! Khayra anak papa!" Jelas Dato' Khairil dengan suara yang juga tinggi.

"Tapi itu apa yang Khayra rasa selama ni!" Jerit Khayra lantang.

Dato' Khairil terdiam.

"Kalau papa buat semua ni supaya Khayra tak rasa sakit macam papa rasa, Khayra rasa papa dah boleh berhenti buat. Sebab Khayra dah pun rasa sakit yang luar biasa daripada papa Khayra sendiri. Sehingga ke hari ini, tak ada siapa yang faham Khayra. Sejak abang dah tak ada, hati Khayra makin lama makin mati dan tawar untuk semua benda ni." Suaranya mula kendur.

Dato' Khairil tergamam, tak mampu berkata apa-apa.

"Walau apa pun jadi, dia tetap mama Khayra! Papa tak boleh menafikan semua tu! Buruk macam mana pun dia, dia tetap orang yang melahirkan Khayra! Kalau papa nak benci dia, go on! Tapi jangan libatkan Khayra! Khayra takkan sesekali membenci orang yang bersusah-payah melahirkan Khayra!"

"Papa nak sekat Khayra dari jumpa dia? Tak apa! Tapi papa tak boleh sekat kasih sayang Khayra terhadap dia walau sikit pun! Khayra tetap sayang dia walau siapa pun dia!" Jeritnya kuat sebelum mengorak langkah keluar dari bilik. Nafas yang turun naik cuba diatur. Akhirnya, dapat juga dia meluahkan apa yang terbuku di hati sekian lama.

"Khayra..." sayu hatinya mendengar luahan anaknya. Kenapa dia terlalu leka dengan amarah dan dendam sendiri sehingga mampu menyakiti sekeping hati gadis itu?

Sementara di ruang tamu...

Punggung Khayra dihenyak ke atas sofa sebelum tangisannya dihamburkan sepuas hati. Kakinya naik ke atas sofa dan tangannya memeluk kedua-dua lutut sebelum menundukkan kepala.

Bam!

Pintu dibuka kasar sebelum satu figura mendekati seorang gadis yang sedang menangis teresak-esak di atas katil.

"Khayra, kenapa ni?" Soal figura itu sebelum menghampiri tubuh yang berada di atas katil.

Gadis itu segera memeluk tubuh yang berada di sisinya sebelum tangisan semakin kuat kedengaran.

"Abang..."

"Kenapa ni Khayra?" Soal Khayrul perlahan.

"Mama... mama dah tinggalkan kita..." luahnya dalam tangisan.

"Ha? Mama pergi mana? Apa dah jadi?" Sungguh dia terkejut apabila dia mendengar suara adiknya yang sedang menangis di dalam bilik selepas sahaja dia pulang dari sekolah. Dan sekarang adiknya mengatakan sesuatu yang amat menyentak hatinya.

"Papa... papa halau mama. Mama dah pergi, abang..." luah Khayra lagi.

"Kenapa? Apa dah jadi? Khayra beritahu abang!" Desak Khayrul. Adiknya seakan-akan sukar untuk memberitahu perkara sebenar.

"Papa tuduh mama curang. Papa dah... papa dah ceraikan mama sebelum dihalau keluar, abang!" Luahnya dengan suara yang dinaikkan menahan tangis yang kian kuat.

Khayrul terpempan.

"Mama dah tinggalkan kita, abang!"

Khayrul segera memeluk tubuh adiknya itu sebelum tubir matanya terasa berair.

"Shh... adik jangan menangis lagi... abang ada" pujuk Khayrul lembut walaupun air matanya telah mengalir deras.

Khayra yang berada dalam dakapan Khayrul masih merintih.

Khayra yang berada dalam dakapan Khayrul masih merintih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'In the end, you only have yourself.'

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now