Part 39

7.3K 460 17
                                    

"No

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"No... it isn't true, right?" Mata masih memandang kertas-kertas di tangannya.

"Tell me. It isn't true, right?" Mata dihala ke arah Aiyan semula. Dadanya berombak kencang menahan rasa. Tubir mata mula terasa suam.

"It's true, Khayra."

Terus mengalir setitik air mata yang ditahan sebaik mungkin sedari tadi. Hatinya sakit. Sesak.

"Please Khayra. Don't cry. Jangan bazirkan air mata untuk lelaki tak guna macam tu. It doesn't worth it."

Mata Khayra tajam memandang Aiyan.

"That's why saya beritahu awak perkara sebenar. Sebab saya tak mahu awak jatuh cinta pada lelaki yang salah. Dia penipu, Khayra. Dia lelaki tak guna." Sedaya upaya dia cuba untuk 'meracuni' gadis itu.

"So..." tangan perlahan mengesat air mata. Mata tajam merenung Aiyan.

"Apa beza awak dengan dia?"

Kaku Aiyan seketika. Lidah seakan-akan digam. Kelu.

"Adakah awak lelaki yang tepat untuk saya cintai?" Sinis nadanya.

Sepi.

"Adakah awak lelaki yang terbaik untuk saya?"

Jeda.

"Adakah awak lelaki yang patut saya perjuangkan?" Terlakar senyum sinis di bibir.

Air liur ditelan payah oleh Aiyan. Rahangnya diketap kuat.

"Awak tahu tak, awak adalah lelaki yang paling tak patut saya sayang daripada dulu lagi."

"Kalau saya tahu seteruk ini sakit yang perlu saya rasa, saya takkan biarkan hati saya terpaut pada lelaki macam awak."

Sakit. Rasa sakit hadir di hatinya. Air mata yang ditahan, dibiar mengalir lesu ke pipi.

"Mencintai awak adalah silap terbesar yang saya pernah buat seumur hidup saya."

Laju detak jantung Aiyan ketika ini. Dadanya berombak kasar. Tangan dikepal kuat.

"Awak tengah pertahankan dia ke sekarang ni, Khayra Soffeya?" Keras nada Aiyan.

"Tak..." tergeleng perlahan kepala Khayra.

"Saya bukan pertahankan dia. Tapi, saya nak awak tahu, sakit yang awak beri pada saya selama ni, tak tertanggung, Aiyan. Saya boleh maafkan semua silap awak. Tapi mustahil untuk saya lupakan."

"Cukuplah awak jadi kisah silam saya dan kekal menjadi kisah silam saya. Awak tak mungkin ada di masa hadapan saya, Aiyan Yariq."

Tubir mata Aiyan terasa suam. Sedaya upaya cuba ditahan supaya tidak mengalir.

"Dengan siapa pun saya nanti, saya akan pastikan, bukan awak orangnya."

Berat. Berat hati Aiyan seolah ada batu besar yang sedang menghempapnya ketika ini. Sesak kian terasa.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now