Part 43

7.9K 428 3
                                    

Tok! Tok! Tok!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tok! Tok! Tok!

Pintu yang diketuk berulang kali dibuka perlahan. Terpampang tubuh seorang gadis yang sangat dikenalinya. Berair mata melihat gadis itu.

Gadis itu pula pantas memeluk sekujur tubuhnya erat, mengalirkan rasa sayang kepadanya. Diusap perlahan tubuh gadis itu. Rasa rindunya diubat sedikit demi sedikit. Tidak lama kemudian, tangannya menyentuh muka mulus gadis itu, mengamati segenap wajah bersih tanpa secalit jerawat itu. Sungguh lama dia tidak menatap wajah ini. Dipeluk lagi sekali tubuh gadis itu.

"Assalammualaikum mama." Ujar gadis itu sebelum menyalam tangannya.

"Wa'alaikumussalam sayang. Kenapa datang tak beritahu?" Dia menyambut huluran salam gadis itu. Dicium kejap dahi itu.

"Saja. Nak surprisekan mama. Mama sihat?" Tidak lekang senyuman dari wajah itu.

"Sihat sayang. Khayra sihat? Kafe macam mana? Okay ke?"

"Khayra sihat. Kafe okay, alhamdulillah."

Datin Safia hanya mengangguk perlahan.

"Ni mama tengah buat apa ni? Macam ada bau wangi saja dari dapur, mama masak ke?" Soal Khayra seraya melangkah masuk ke dalam rumah.

"Iya, mama tengah masak lauk favourite Khayra tau. Asam pedas!" Ceria sahaja nada Datin Safia.

"Iya ke? Mama ni macam tahu-tahu saja Khayra mahu datang." Balas Khayra teruja.

"Mestilah! Mama ada instinct tu tau."

Terhambur tawa kecil dari mulut Khayra.

"Khayra pergi mandi dulu lepas itu turun makan ya? Mama sediakan lauk dahulu."

"Okay mama." Dilempar senyuman manis buat wanita itu.

•••

"Khayra..."

"Iya ma?"

"Tambah lah lagi nasi itu."

"Eh tak apa lah, mama. Khayra dah kenyang." Tolak Khayra perlahan. Dia bukan apa, dia tak ada selera sebenarnya nak makan. Ni pun sebab tak mahu kecilkan hati mama yang sudah masak penat-penat.

"Kenapa pula? Khayra makan sikit je tu. Mama masak tak sedap ke? Masin ke?" Soal Datin Safia bertalu-talu. Risau kalau masakannya tidak menjadi kali ini.

"Eh tak ada lah! Mana ada, ma. Mama masak sedap tau, sentiasa sedap!" Khayra lebarkan senyuman. Cuba mengambil hati Datin Safia.

"Kalau macam itu, kenapa tak nak makan banyak? Khayra okay ke? Ada masalah? Gaduh dengan papa lagi ke?"

Sebut pasal papanya, sejak hari dia dengan Dato' Khairil bertengkar disebabkan Ayden, papanya sudah tidak kelihatan dalam rumah itu. Ke mana pun dia tidak tahu. Mungkin outstation.

"Tak ada lah, Khayra dengan papa okay saja. Ini pun papa yang izinkan Khayra jumpa mama tau!" Teruja nada suaranya bila mengingatkan itu. Sekurang-kurangnya papa tidak menghalangnya lagi dari berjumpa dengan mama. Itu pun dia sudah bersyukur sangat.

"Iya ke? Alhamdulillah. Seronok mama dengar." Dipanjatkan kesyukuran ke atas Ilahi kerana telah mengabulkan doanya yang satu itu. Gembiranya tidak terucap!

Khayra hanya senyum tipis.

"Kalau bergaduh dengan papa, bukan. Habis itu, Khayra ada masalah apa? Mama tahu anak mama ni ada masalah, dari raut wajah pun mama dah tahu. Jadi, Khayra tak boleh tipu mama tau!" Lembut sahaja Datin Safia berbicara, penuh keibuan.

Sedikit terbeliak biji mata Khayra mendengar kata-kata Datin Safia. Dia ingatkan dia sudah berjaya mengaburi mata mamanya, rupa-rupanya dia silap. Mengeluh berat dibuatnya.

"Mama..."

"Iya sayang."

"Khayra nak tanya sesuatu boleh?"

"Apa itu?"

"Contoh, apa mama akan buat kalau orang yang mama sayang, tipu mama?" Perlahan sahaja Khayra menyoal. Takut dengan reaksi Datin Safia.

Datin Safia hanya mengerut kening seketika.

"Maksud Khayra?"

"Orang yang sangat penting dalam hidup mama, yang mama mula sayang dan cinta, tipu mama hidup-hidup, apa mama akan buat?" Soalnya lagi sekali.

"Dia tipu Khayra apa?"

"Eh bukan Khayra lah mama! Khayra cakap contoh." Sebaik mungkin dia mahu menutup malu apabila hampir tertangkap dengan Datin Safia. Menyesal pula tanya!

Datin Safia hanya tersenyum mengusik. "Iya lah. Dia tipu apa?"

"Identiti dia. Dia tak jujur dengan kewujudannya. Disebabkan itu, orang yang terkena itu rasa dikhianati." Perlahan nada suara Khayra. Terselit rasa sakit di hati.

"Sudah dengar penjelasan dia?" Soal Datin Safia lembut.

Khayra hanya menggeleng perlahan.

"Kenapa tak nak dengar?"

Khayra hanya menjungkit bahu. Tidak tahu mahu merespon apa.

Datin Safia mengambil nafas dalam sebelum menghembuskannya perlahan.

"Kalau mama yang berada di tempat itu, mama akan beri dia peluang untuk menjelaskan segalanya. Untuk terima atau tidak penjelasan dia, itu hak mama. Yang penting, mama sudah beri dia peluang untuk pertahankan diri."

Khayra hanya diam mendengar.

"Setiap perbuatan yang kita lakukan, mesti bersebab. Dan mama yakin dia ada sebab dia tersendiri kenapa dia berbuat demikian."

Khayra hanya mengeluh perlahan.

"Kita tidak boleh menghukum orang atas salah yang dia lakukan. Itu semua kerja Tuhan, Khayra. Tidak adil untuk dia kalau kita terus menghukum kesalahannya."

"Khayra..." lembut suara Datin Safia memanggil.

"Iya mama." Matanya merenung lembut Datin Safia.

"Beri dia peluang ya? Mama faham perasaan dia. Mama faham perasaan, bilamana kita tidak mampu menjelaskan apa-apa pun bila orang lain tidak mahu mendengar penjelasan kita. Sakit sangat rasa itu, Khayra. Lagi sakit apabila dia menjauh dari kita hanya kerana kesalahan yang kita buat. Padahal ada cerita disebalik kesalahan yang dituduh."

"Kalau kita sayangkan seseorang itu, jangan berhenti menyelamatkan hubungan. Takkan kita nak biar saja hubungan yang kita bina, hancur sebegitu sahaja disebabkan kita tidak mahu memberi peluang?"

"Pertahankannya, Khayra." Pesan Datin Safia lagi.

Khayra hanya diam merenung Datin Safia. Otak pula ligat memikirkan seseorang. Hanya anggukan perlahan sahaja dibalas untuk wanita itu.

'Bad communication ends a lot of good things

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Bad communication ends a lot of good things.'

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now