Part 21

8K 443 5
                                    

Perbincangannya dengan Dato' Khairil hampir berakhir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Perbincangannya dengan Dato' Khairil hampir berakhir. Meeting yang mengambil masa hampir 2 jam akan menemui penamatnya.

"Saya sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak Dato'." Ujarnya mesra sebelum menyalam tangan tua itu.

Dato' Khairil hanya senyum menyambut huluran tangannya sebelum satu mesej masuk dalam telefon. Panas hatinya melihat isi mesej tersebut.

Dia yang melihat perubahan wajah Dato' Khairil semakin kerut kening.

"Dato' okay?" Soalnya mengambil berat.

Dato' Khairil yang seakan tersedar dari lamunan hanya tersenyum sebelum berkata, "saya okay. Cuma ada masalah sikit."

"Besar sangat ke masalahnya tu Dato'? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Dato' Khairil banyak menolongnya untuk mengembangkan businessnya sebelum ini, jadi apa salahnya jika dia menolong lelaki yang semakin berusia itu.

Dato' Khairil mengeluh perlahan.

"Anak saya."

Dia hanya diam mendengar.

"Saya tak suka dia berjumpa dengam bekas isteri saya. Saya perlu cari bodyguard secepat mungkin. Saya tak boleh biarkan semua ni berlarutan lagi." Terang Dato' Khairil panjang lebar.

"Bodyguard?" Soalnya lagi, inginkan kepastian.

Dato' Khairil angguk. "Kenapa? Kamu ada kenal mana-mana lelaki yang boleh jadi bodyguard anak perempuan saya?" Soal Dato' Khairil lagi. Mana tahu lelaki di hadapannya ini ada cadangan?

Dia hanya diam seperti memikirkan sesuatu. Lama keadaan seperti itu sebelum suaranya memecahkan kesunyian.

"Saya ada cadangan, Dato'." Ucapnya perlahan, mengharap lelaki itu dapat menerima cadangannya.

"Apa?"

"Saya tawarkan diri saya untuk menjadi bodyguard anak perempuan Dato'." Ujarnya dengan satu nafas.

Dato' Khairil kelihatan terkejut.

Lelaki itu hanya mengukir senyum nipis.

'Maybe this is the right time for us, little girl.'

Lamunannya terhenti apabila mendengar loceng rumahnya berbunyi. Keluhan berat dilepaskan. Siapa pula yang datang malam-malam buta macam ni? Dengan langkah yang perlahan, dia menghampiri pintunya sebelum dibuka.

Loceng yang berbunyi nyaring itu terhenti apabila terlihat figura yang sedang membuka pintu. Terus lebar senyumannya.

Dia yang melihat 'tetamu' itu terus terasa mahu marah. "Kenapa kau tak robohkan saja pintu rumah aku ni kalau kau tekan loceng macam tak ada hari esok?!" Bentaknya kasar.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now