Part 26

7.2K 408 3
                                    

Klik!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Klik!

Pintu dibuka sebaik sahaja kunci diputar sebelum dia masuk ke dalam rumah diikuti seorang figura yang lain.

"Duduk lah dulu, Dayana. Aku nak ambil barang kejap dalam bilik lepas itu kita pergi kolej. Okay?" Ujarnya kepada perempuan yang merupakan kawan baiknya sejak sekolah menengah lagi.

Dayana hanya menganggukkan kepala sebelum menghenyakkan punggung di atas sofa ruang tamu itu. Matanya meliar melihat dekorasi rumah agam itu, sungguh mengagumkan! Bertuah Khayra!

Selepas sahaja mencapai fail yang berada di atas meja, Khayra bergerak ke pintu sebelum menghampiri Dayana di ruang tamu.

"Jom." Ujarnya kepada Dayana.

Belum sempat mereka keluar dari rumah, sebuah kereta mewah memasuki perlahan perkarangan rumah itu. Seorang figura dengan cermin mata hitam keluar dari kereta sebelum menghampiri mereka.

"Adik nak ke mana ni?" Soal Khayrul kepada Khayra.

"Ni pula siapa?" Soalnya lagi. Dia tak pernah nampak gadis ini sebelum ni. Mereka baru kenal atau dia yang tak perasan agaknya?

"Adik nak ke kolej. Tadi tertinggal fail dalam bilik." Jelas Khayra.

"Oh, ni kawan baik Khayra. Dayana." Khayra memperkenalkan Dayana kepada Khayrul.

"Dan Dayana, ni abang aku. Khayrul." Dayana hanya melemparkan senyum manis kepada Khayrul, Khayrul terpaku melihat senyuman pada wajah itu sebelum turut mengukir senyum tipis.

Keadaan menjadi sepi seketika sebelum Khayra memecahkan kesunyian.

"Okay lah abang. Khayra nak pergi kolej dah ni. Dah lambat. Jumpa dekat rumah nanti!" Ujarnya sebelum melangkah ke kereta diikuti Dayana.

Khayrul hanya memerhati sebelum satu senyuman yang cukup lebar terbit di bibirnya.

•••

Pintu biliknya dibuka kuat sehingga terhenjut bahu Khayra yang sedang membuat assignment di meja belajar. Matanya menjeling gerangan yang membuka pintu bilik seperti hendak roboh dibuatnya.

Khayrul hanya tersengih sebelum duduk di birai katil menghadap Khayra yang sedang membelakanginya.

'Macam sibuk je! Nak tanya ke tak? Ke esok je?' Hatinya berbolak-balik sekarang ni apabila melihat kesibukan adiknya itu.

Khayra yang merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan abangnya itu terus memusingkan tubuh menghadap Khayrul.

"Abang nak apa masuk bilik Khayra ni?"

"Kalau... abang nak tanya boleh?" Soal Khayrul perlahan.

"Tanya apa? Tanya lah cepat. Khayra ada banyak kerja ni!" Bentaknya sedikit kasar. Orang tengah sibuk lah nak kacau!

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒Where stories live. Discover now